Damar Laut Resort

Damar Laut Resort

Friday, 20 December 2013

KeSaN PeNgamBilanNya....

Assalamualaikum..

Salam jumaat sahabat2 blogger...hari ni nak share sikit pasal kesihatan my hubby. Kalau sesiapa yang ada baca entri sebelum ni..sahabat mungkin tahu hubby adalah penghidap diabetes type 2.

Minggu lepas kami pergi farmasi untuk cek glucose hubby...bacaan dia still tinggi 12.2mol...untuk puasa....ubat hospital dah lama tak makan...makanan memang tak pantang. The worst thing is....berat dah turun dari 79kg ke 74kg. Kalau orang sihat itu satu kejayaan buat mereka...tapi buat hubby..satu kegagalan atau kejayaan aku pun tak pasti. Tapi satu perkara yang ada peningkatan untuk tekanan darah dia...109/70...yang terbaik dalam rekod dia yang pernah ada. Sebelum ni...182/79(masa ni doktor dah bagi ubat cholestrol)...hehe...of coz la hubby tak makan ubat tu. Bacaan cholestrol yang terbaru time cek kat farmasi tu..5.1...pharmacist tu kata..wah memang cantik bacaan ni. Tekanan darah dengan kolestrol ok...tapi glucose tu kena kurang lagi.......dia suruh kurang makan nasi....haha...kita orang melayu...nasi makanan ruji.

Kalau tengok pada rekod yang terbaru ni....agak2 apa la yang en hubby buat sampai leh turun berat dan cholesterol macam tu sekali... Senaman?..huhu..memang tak la...Dah ramai tegur en hubby dah kurus...dia sendiri pun tak tau nak jawab ape...bila orang tanya...kenapa kurus....kurang makan jawabnya. Mungkin jugak kot. Tapi satu benda yang aku nak share ialah satu produk ni....keluaran Fadhilat Herb.



 Kalau nak tau detail pasal produk ni boleh la tanya en google. Hubby hanya pengguna bukan penjual. Aku pun tak tau nak panggil ape produk ni...tapi ngan hubby aku sebut melada pahit jer..haha..memang pahit pun. Tapi lalu pulak dia minum hari2. (Satu2 nya supplement yang hubby tak putus ambil) kalau yang lain jgn harap...dah beratus aku habis..idak disentuhnya.(frust aku).

Produk ni diperkenalkan oleh kawan sepejabat hubby 3 bulan lepas..since dia tau hubby diabetic dia pun promote. Sebab kawan jual..hubby pun beli la...Alhamdulillah...aku sebagai orang yang paling rapat nampak perubahan dia lepas sminggu dia ambil...dia tak nampak penat macam dulu. Kalau tak bila balik keje asyik merungut badan lemah. Nampak dia lebih aktif dari biasa. Since dah tengok perubahan macam tu..aku bagi galakkan untuk dia terus minum air ni. ..dah tu ubat hospital xmo makan. Kalau biar nanti melarat pulak. Aku rase sebab apa dia lalu minum air ni....sebab sejuk...leh letak dalam peti sejuk. Hubby memang penggemar ais. Tiap2 pagi aku ni jadi penuang setia air ni..org pagi2 tuang teh untuk suami..aku plak tuang ubat untuk suami..bior la..janji dia nak minum. Sebulan hubby minum 4 botol....harga pun tak mahal..kalau nak banding ngan supplement2 lain...sebotol dalam rm20..untuk seminggu.

Aku pun macam teringin nak minum bila tengok tahap kesihatan dia yang meningkat tu...tapi tak termampu nak minum pahitnya.......
 Aku ada terbaca...entah kat mana entah...air ni pun boleh bantu untuk kesuburan....tapi ibu mengandung tak boleh minum.  Untuk wanita yang period tak teratur boleh la cuba.

Minuman ni sekadar usaha untuk dapatkan kesihatan yang lebih baik..segalanya dengan izin Allah.

Tuesday, 17 December 2013

TaHun PerTaMa di SiNi

Assalamualaikum

Syukur Alhamdulillah..hari ni genap setahun aku bekerja di syarikat ini...semakin hari pengalaman semakin bertambah hendaknya.

Aku sendiri tak sangka boleh bertahan di syarikat ini hingga hari ini.Kalau dulu...masa baru kerja selalu terfikir nak cari kerja lain. Bukan sebab tension...tapi sebab kesorangan...sedih kena kerja sorang2 tanpa kawan2 sekeliling. Tinggal kat ofis sorang2....dulu macam tak percaya boleh bertahan...sebulan kerja dah fikir nak cari kerja lain. Tapi itu la hakikat manusia biasa...lebih suka pandang yang negatif dari positif... Bukan itu jer..siap dengan dorongan orang sekeliling especially ahli keluarga suruh cari kerja lain...konon-kononnya senang nak cari kerja.

Tapi semua tu aku berjaya tepis...huhu..terharu jugak dengan kejayaan diri sendiri ni. Dalam diam dah setahun aku manage company sorang2....hahaha...macam company ni aku yang punya. Dulu aku tak dapat bayangkan ape akan jadi pada aku kalau aku keje kat sini lepas 3 bulan....aku ingat mesti dah jadi kera sumbang seh.(almaklum lah tak pernah keje sorang2)..aku fikir pengalaman aku tak dapat berkembang kalau stay kat company ni..semua kena buat sendiri..kena cari alternatif sendiri kalau nak apa2 maklumat.dan ini sangat2 mengajar aku maksud independent...mula2 dulu tak biasa..rasa nak nangis sebab company dulu,nak apa main mintak jer...sekarang semua kena cari sendiri...guna pengalaman yang ciput nih. ..Sebenarnya...ini lah rezki yang dah ditentukan untuk aku. Sepatutnya aku bersyukur....sebab ada kerja..betul tak?

Lepas 6 bulan kerja dengan company ni..baru sendiri sedar..."takkan nak berhenti lagi dalam masa kurang setahun..cukup2 lah company dulu setakat 6 bulan....bila fikir2 balik...tak cantik pulak resume aku. Keje sana...6 bulan..keje sini 6 bulan...kat situ boleh kurangkan markah 'loyalty" aku untuk sebuah company... Lagipun kerja kat sini tak buat aku tension...rasanya itu dah memadai bagi aku. Masuk kerja pukul 8..pukul 5 boleh balik...tengah hari boleh balik lunch kat rumah dengan hubby. Pengalaman dulu mengajar aku erti syukur...huh company yang terdahulu ada yang kena balik sampai 11 malam...mujur belum kawin masa tu.

Kat sini kerja pulak dengan kaum adam...aku sorang kaum hawa...jadi soal anak...xjadi masalah. Takde adik or kakak yang nak bercerita pasal pregnant ke..pasal anak ke....lega.

Hehe...since dah genap setahun ni...pelan2 dah kena buat rancangan untuk 2014...nak stay kat sini..atau cari tempat baru. Tapi kalau kat area Tapah ni...berapa banyak vacancy yang ada?...alamak..kena berhijrah pulak?...takpe2 fikir kemudian.

Alhamdulillah dah setahun ni..kepercayaan bos kat aku dah makin bertambah...dengan harapan aku akan bertahan untuk masa akan datang..BOLEH?..siap mintak aku datang ofis KL sehari setiap minggu. Atas alasan dia tak percaya accountant yang sedia ada kat sana. Sakit hati gak aku...aku pulak yang jadi mangsa keadaan sebab orang tu.Walaupun..keputusan belum muktamad lagi...aku memang tak setuju..

Segala yang berlaku atas kehendak-Nya..segalanya ada hikmah. Pengalaman yang paling mencabar di sini....adalah menjadi amanah. Almaklumlah..kerja tanpa pengawasan manusia...bila2 masa pun boleh mengulat.

Dan..bekerja di sini la..aku mampu berblog....banyak masa terluang...kalau kat tempat lain selesai kerja or penat sekejap boleh chit chat ngan kawan sebelah. Tapi kat sini aku hanya boleh chit chat online jer. Tapi tetap tak sama bila kita bersembang face to face kan???? dan ini menyebabkan aku lebih banyak luangkan masa membaca info2 kat google...bila BOSAN.



Ape2 pun nak wish congrat kat diri sendiri sebab dah setahun keje kat company ni...hehe.TAHNIAH!.
InsyaAllah..dengan pengalaman yang ada setakat hari ini dan akan datang..akan digunapakai untuk kerjaya aku di masa depan..

Tuesday, 26 November 2013

SuCCeSfulL oF TheM (3)

As'salam

Alhamdulillah..hari ni Tuhan bagi kesihatan yang baik dari semalam(dah 2hari badan rasa panas tak berapa sihat). Hari ni cuma nak  kongsi inspirasi aku dengan kawan2 yang senasib. Aku memang tak pernah jemu untuk cari perkara2 yang berkaitan azoospermia ni...dan beberapa hari lepas aku terbaca dari satu forum mengenai kejayaan mereka dalam menangani masalah yang sama :-

"Hi...Finally I can give some good news for those who are dealing with Azoospermia. I have been waiting for 3 years to be able to post on here and give good news. DH has NOA azoospermia. Unexplained. And he was 30 when we discovered it, in the prime of his life, a real man's man. What a devastating blow to him! After more than 2 years of pussyfooting around, (in July 2009) we went to do the testis biopsy and the doctors actually said he had NECROSIS (!!!) on one testicle. And no sign of sperm. On the other side, they found SPERMATID (not even sperm! And only 3 of them!!!) Our chances seemed pretty slim.

But the nurse we were dealing with was magnificent. As far as she was concerned, as long as SOMETHING was found, we had hope. And then 2 weeks ago we went for the EC and ET...In seaching further in DH's cryogenically frozen tissue, they found another 11 spermatid (NOT SPERM). They tried to fertilize nonetheless, since 14 eggs had been retrieved from me. Well, the next day, they told us that 12 out of 14 had fertilized! OMG!!! We did a 3dt, and to our (and the doctors and nurses) utter amazement, 7 of the fertilized eggs were grade 1! (i.e 8 cells or better), 4 were grade 2 (6-7 or better) and 1 was grade 3 (around 5 cells). They transferred 3 embies that day and we settled into the 2ww.

I had been scrutinizing my body for symptoms, are my boobs looking bigger? Do I have any veins? Do I feel nauseous? NOTHING! Yesterday was 10dp3dt...and I just could not resist. I did a HPT...and to my utter delight, a second line showed up! I wish I had a scanner so I could show the cynics! miracles do happen!

My hubby had NOA with no sperm, not even in the testes! Only spermatid! If you dont know what spermatid are, they are immature sperm, sperm without the tail. And yet, this is our first ICSI, and we got a BFP! I am doing my beta test tomorrow. BTW, my DH's FSH level was also really really high. 35. Yikes! And also, I have gone through horrible doctors telling me things like "Now dont be upset, but you probably wont have kids," or "your chances are pretty slim", or the "prognosis is really poor with these spermatids". Oh yeah? Then explain 12 eggs fertilizing Grade 1? And explain my 2 lines on the HPT? Have faith. Miracles DO happen in spite of what the doctors tell you. His testis biopsy was brutal. Not a tiny little slit, because those dont really work because the area targeted is small. This was full out biopsy with a HUGE chunk of tissue removed, and the embryologist sifted through it for hours and found only 3 on the day of the biopsy. This sounds bad but he has 1 1/2 testicles left. Yes, he was slaughtered.

I used to hunt and hunt for posts like this, and I saw very few. I promised that I would write on here the day I got my BFP, because I know that there are plenty of women like me. If you have questions or anything at all, please contact me. I know what you are going through because I have lived through this. And I finally got my positive yesterday! I still feel like this is a dream, but I tested again today using clearblue, and the result is BFP again! We live in South Africa, which contrary to what a lot of people think, is highly advanced in areas of medicine (after all, the first heart transplant was done right here in Cape Town, South Africa, by Dr Chris Barnaard). The procedure I did was ICSI, which has a greater success rate than with IVF. Look it up. Email me through this site and I will give you my private email address if you want to talk more. I will happily answer any questions you may have. Write "azoospermia" in the subject heading so I know its not spam. As I said, I have lived through this everyday since the day I got married and I remember feeling so lost when I would scour the websites and people would not reply back to me once they got their good news. I swore I would never be like that. Forget all those who are still looking for answers. If you want to even chat with me, I can even skype with you. It happened to us, it can happen to anyone else. NOA, no blockage, no sperm at all, necrosis (that means DYING TISSUE!) on one testicle, and here I am pregnant!"

MOGA IA BOLEH JADI INSPIRASI BUAT AKU DAN KAWAN2 TTC YANG SENASIB. 

Thursday, 21 November 2013

SYaHidNya SeoRanG MuJahiDDin

As'salam,

Subahanallah...Alhamdulillah..Allahhuakbar...Sesungguhnya mati itu pasti...itulah yang mampu aku luah dalam hati tatkala menonton video kenangan AHMAD AMMAR AHMAD AZAM..pemuda Malaysia yang syahid di turki pada 2 November 2013 bersamaan 1 Muharam 1435H. Video berdurasi selama 24minit 15 saat sangat menyentuh hati. Untuk peringatan aku dan umat Islam.

http://www.youtube.com/watch?v=HIR30U3E9sE



Manusia yang lahirnya seorang yang biasa...berakhir dengan kematian yang luar biasa. Mampukah kita Syahid seperti Ammar?

Untuk muhasabah diri sendiri...
Ahmad Ammar mendapat Hidayah se-awal umur 20 tahun..Apa yang aku buat pada masa umur aku sebaya Ammar? Aku masih leka dengan hal duniawi.

Ya Allah......masih banyak kekurangan aku dalam mentaati perintah-Mu.

Monday, 18 November 2013

SuPPleMeNt UnTuK LeLaKi

As'salam...

Apa khabar sahabat2 blogger?....hari ini datang ofis dengan otak yang kosong...tak mo fikir apa2...cuma yang terfikir nak update blog...haha..Monday blues...blurrrr.

Otak yang kosong..tapi still nak bercerita....ye la dah seminggu tak update...macam lame jer..macam malas jer...Opps..bukan malas...tapi akibat dari kekangan masa.. Minggu lepas sibuk dengan audit. Mengelabah dibuatnya...rasa macam buat kerje giler pun hado.. Mana taknye..akaun selama 6 bulan disuruhnya aku key in dalam masa 3 hari...GILER KER????..ingat aku robot ke.. kalau setakat 40-50 transaction boleh lagi aku siapkan...Ini...dekat 400 transaction...mau tak tido malam dibuatnya. Tapi dengan usaha keras aku ni...setakat kerja sampai 11 malam selama 3 hari..mampu siap 380 transaction..huhu..Alhamdulillah setel jugak closing account tahun ni. Tapi tak habis kat situ..banyak yang tak betul..gara2 buat kerja last minute. Nampak gayanya banyak adjusment nak kena buat lepas ni....

Dalam pada sibuk minggu tu...MIL sibuk promote kat aku Proxceed Plus...tau tak ape tu? Ala...supplement yang doktor Zubaidi cadangkan untuk lelaki yang ada masalah sperm.  MIL..siap pm kat facebook lagi.  Mula-mula suruh aku baca bab kesuburan lelaki...kat blog dr Zubaidi...penat aku cari..tak jumpa plak. Last2 tanya ape nama supplement tu?...Proxceed Plus...haaaaa..kan senang....


Tu...dia...nampak tak macam mana rupa dia?..tengok dari pada gambar ni..kandungannya macam serbuk jer...bancuh dalam air. Kalau pil..confirm en hubby tak makan punya.(kalau beli la..) Kalau ikut kegunaannya adalah untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma....mmmmm..pada aku mungkin sesuai untuk suami2 yang kurang kuantiti sperma dan lemah. Tapi untuk azoospermia sesuai ke tak?...bila dah baca info tu.(kalau nak tau lebih lanjut google la yer..) Mula2 dah rasa macam...mmmmmm..macam tak sesuai jer untuk en hubby.. tapi sebab rasa tak puas hati yang menggunung...terus pm dr Zubaidi..tanya sesuai tak untuk orang ada masalah Azoospermia?..sehari lepas tu baru doktor balas..."W'salam sekiranya ia disebabkan masalah production, boleh dicuba. Sekiranya disebabkan saluran tersumbat, pembedahan mungkin perlu dilakukan".. Yang mana satu masalah en hubby yer?...tak tau pun..sebab tak continue lagi check up dgn hospital. Tapi aku agak...masalah production sebab hormon level hari tu memang out of normal range..(terernya kau buat andaian)..sekadar pengetahuan atas pembacaan aku jer. Ok..patut ke en hubby cuba?...

Alamak...bila dah jumpa MIL...harga Proxceed Plus ni RM270 sekotak..untuk 15 hari..kena ambil sekurang2nya 3bulan untuk tengok kesannya....huh..mandi peluh aku dengarnya...macam2 terfikir...beli karang en hubby tak minum..harganya sama dengan belanja rokok en hubby sebulan...beli kang tak berkesan utk azoospermia...adoi la. Ape yang terbaik yer?...cari2 testimonial yang berjaya setakat ni pun..setakat masalah kurang kuantiti dan lemah jer...belum jumpa yang azoospermia lagi...







Friday, 8 November 2013

BiLa HaTi BeRkaTa-KaTa

As'salam

Melalui hari-hari pada minggu ni macam biasa..cuti sempena awal muharam yang lepas dimanfaatkan di rumah mentua. 4 hari tinggal kat rumah mentua bosan..pergerakan terbatas...tak macam tinggal kat rumah mak sendiri. Tapi aku kena akur...antara mak sendiri dan mak mentua...sebagai isteri mak mentua perlu diutamakan.

Actually aku nak luahkan ape yang tengah bermain kat benak hati aku. Dah tak tau nak describe macam mana..Yea..selama ini aku redha saja ape keadaan yang berlaku untuk aku. Aku sentiasa terima takdir Allah..dan aku sentiasa yakin perancangan Allah yang terbaik. Tapi akhir2 ni..hati ini sangat  memberontak.. Memberontak?sebab ape?...sebab sunyi... terasa sangat sunyi. Berlenang air mata bila fikir pasal zuriat.
Fikiran ni sangat2 buntu. Apa usaha TERBAIK untuk  kami dapat zuriat dari keturunan sendiri.

Setelah sebulan berubat dengan Pak hor...tak pasti ada perubahan ke tak. Cuma yang berlaku pelik sikit..period cycle jadi 26 hari. Sebelum kawin pun aku tak pernah 26 hari. Paling awal pun 28 hari. Tapi dalam masa yang sama aku ada ambil GLA Shaklee. Tak pasti mana satu punya kesan jadi macam tu.

Tapi....ape kaitan benda-benda ni?...kenapa aku yang beria-ria makan itu ini?....sedangkan en hubby yang ada masalah. En. hubby tak makan/ambil apa-apa pun....is it unfair? kenapa aku beria-ria berusaha..sedangkan dia tidak?..dan aku sedar secara logiknya ia tak kan berhasil...tapi aku masih teruskan.. Kadang-kadang buat aku terfikir...beruntungnya sahabat2 yang ada masalah infertility dipihak perempuan. Sebab apa?..sebab perempuan ada naluri keibuan yang kuat...keinginan nak jadi ibu tu tersangat kuat. Jadi usaha mereka juga kuat semata-mata untuk jadi seorang ibu. Tahniah! untuk ibu-ibu yang telah berjaya pregnant  setelah bertahun-tahun usaha dengan pelbagai treatment. Sanggup dicucuk sana sini semata2 untuk permata yang satu itu. Bukan sekali..tapi berkali2. Operate itu..operate ini...kerana dambakan si comel yang hakikatnya...kita belum pasti kewujudannya.

Tapi situasi sangat berbeza bila infertility pada si suami...naluri kebapaan mungkin tak sama macam seorang ibu.(aku pun tak pasti). Setiap rawatan pasti ada alasan...takut sakit..takut itu..takut ini..all the negative thinking come out.. especially berkaitan rawatan2 moden.Jangan katakan pasal cucuk2..operate ni..makan ubat pun belum tentu untuk bersungguh2. So..jawapannya sampai bila?...menunggu jawapan tu kadang2 buat kita sakit yang amat. Tanpa ada usaha...tapi sentiasa mengharap(macam mana tu?).

Tiada apa-apa yang aku boleh lakukan selagi takde sebarang kata putus dari en hubby. Terasa macam orang gantung tak bertali. 

Aku sentiasa berdoa en hubby akan terbuka hati untuk meneruskan rawatan hospital dalam masa terdekat...Doakan kami yer..



Friday, 1 November 2013

MiMpi CinCiN EmaS

As'salam

Pagi-pagi2 lagi dah tak boleh fokus kat kerje. Tetiba teringat pasal mimpi..siap cari kat en. google untuk tafsir mimpi malam tadi. Mimpi ape ye?...haha...Tajuk post pun dah tau kan...MIMPI CINCIN EMAS.

Aku ni kira manusia yang jarang bermimpi...haha..mimpi tu kan mainan tidur. Maknanya aku jarang main masa tidur..hihi.

Haaa..ni nak cite sikit pasal mimpi malam tadi..aku mimpi sarung cincin emas belah rotan...bukan sebentuk jer..tapi 2 bentuk. Cincin tu pulak muat2 jer kat jari aku. Aku sarung sendiri jer. Cincin dalam mimpi tu pun bukan cincin aku...tak tau dari mana datangnya. Sedangkan dalam masa yang sama aku memang ada pakai cincin kawin dan cincin merisik kat jari. Sekali sarung dah jadi empat cincin kat jari...so..sweeet. Liplap..liplap anak mummy.Lepas tu terjaga..tegok jam baru pukul 5 pagi... dan terfikir..sekadar mainan tidur atau petanda?


Dah google tafsir mimpi, tapi macam tak menepati kriteria yang di perlukan, tapi aku nak share jugak ape yang aku dapat dari search key word mimpi cincin emas :-

1) Mimpi memakai cincin emas,akan mendapat ilmu.

2)Sekiranya seorang wanita yang berumahtangga bermimpi tentang cincin,itu kemungkinan memberi   petanda   tidak baik iaitu mungkin akan berlaku perbalanhan dengan suami.

3) Mimpi cincinnya diperbuat daripada emas, bererti seluruh harta yang dimilikinya makruh hukumnya (dibenci) dan haram.

4) Mimpi pada jarinya ada cincin yang biasanya tidak di pakai dalam waktu jaga, bererti memperolehi kekuasaan dan kekuatan atau mengahwini seorang perempuan lalu memperolehi anak yang diberkati.(.hehe untuk lelaki la..)

5)Jika wanita bermimpi diberi cincin,bererti diakan menikah dan punya anak.(hehe..aku dah menikah..tapi tak punya anak)

6)Bermimpikan emas di tangan wanita ia menunjukkan perhiasan, kegembiraan & keselesaan

Cukup lah 6 tafsiran yang berbeza banyak lagi sebenarnya... yang positif ada..yang negatif ada. Terpulang pada ilmu mentafsir masing2. Yang penting kita tak boleh 100% percaya sebab segala kejadian kehidupan adalah ketentuan Allah. Semoga ada sesuatu yang baik buat aku.

Actually, sebab apa aku tekankan sangat pasal mimpi cincin emas ni?sebab mak aku pernah cerita...setiap kali dia nak pregnant dia mesti mimpi dapat emas. 5 kali mengandung walaupun 1 gugur..5 kali dia mimpi dapat emas. 


Dasyat kan?...Bertuahnya mak sebab Tuhan bagi anugerah nikmat macam tu. Tapi seingat aku mak cerita..dia pergi menyelam sungai perak..dapat emas tu. Masa tu memang mak selalu mandi sungai perak.


Sebab aku ni anak emak..jadi boleh pulak aku fikir...aku pun akan dapat mimpi macam mak aku bila nak pregnant nanti..logik ke?????..ish..ish..ini semua poyo...perasan jer lebih.


         




Wednesday, 30 October 2013

PeRinGaTaN!!!!

As'salam

Semalaman memikir hala tuju hidup sendiri...tabah ke aku menghadapi ujian akan datang?..Mampu kah aku?..Ya Allah...mungkin ujian aku tak sehebat sahabat2 lain yang berTTC. Redha kah aku?..Semua bermain difikiran.

Pagi-pagi lagi dah menitis airmata bila baca blog seorang rakan TTC yang kehilangan suami. Merasakan kalau lah aku berada ditempatnya..mampukah aku?. Ujian yang sekelumit ini pun adakalanya buat aku lupa ramai lagi manusia yang hebat Ujian-Nya.





Sekadar PERINGATAN untuk diri sendiri..supaya jangan terus berasa sedih atas ujian ini... perlu sedar kerana kasih sayang Allah yang satu ini lah aku di uji.

Tuesday, 22 October 2013

HaRi-HaRi YanG MeMeNaTKan.

As'salam

Bila last entri ditulis? tak ingat dah..baru lagi kot..xda ape cerita yang menarik.. sekadar nak mengisi blog yang dah lama di update. Seminggu 2 yang lepas memang agak sibuk..kena oustation sampai KL. Huh memang memenatkan..pergi dan balik pada hari yang sama. Perjalanan berdua dengan mr boss sgt bosan. Buat orang yang tak biasa oustation macam aku perkara ni agak luar biasa..hehe. Mana taknya..sampai rumah malam tu pukul 9(biasanya pukul 5.30 dah terpacak depan pintu rumah)..en hubby boleh tanya aku...rindu dia tak?....berdekah2 aku gelak...takkan pergi balik sehari pun boleh rindu?...macam biasa jer pergi kerja.cuma smpai rumah lewat sikit..haha..Katanya" terasa jauh pulak bila ayang kena g KL"... Alhamdulillah..kalau betul sehebat itu rindu dia tak kala aku jauh dengan dia(jiwang pulak)



Almaklumlah..bila dah kena oustation keje2 kat ofis yang tertangguh tu..berlambak2 la. Lepas tu sambung pulak cuti hari raya korban. Aku takde buat korban pun..sekadar korban cuti jer. Mula2 berniat cuti panjang tu dapat la main dengan anak-anak buah kesayangan. Rupanya...abang aku tak dapat balik raya..huhu sedihnya. Lepas raya baru balik..sebab dia buat kekah anak dia yang no.3. Tapi terasa sekejap sangat sebab dapat main dengan anak2 dia 3 jam jer. Majlis akikahnya sangat meriah..."kalau la aku ada anak..aku pun nak buat macam tu". Moga angan2 ni jadi realiti suatu hari nanti.Majlis akikah tak buat kat rumah mak aku. Buat kat rumah MIL abang. Kebetulan masa pergi tu..aku bawa MIL aku skali. Bila dah balik rumah..mula la MIL...bercerita keinginan dia nak buat kenduri macam tu jugak...dia nak sponsor kambing. Ya Allah..itu la hati seorang ibu yang nak tengok anak dia bahgia macam orang lain. Kalau la Allah bagi peluang tu pada aku dan suami....

 p/s: Gambar buaian tu dapat dari google. Tak semapat nak snap gambar masa majlis tu.








Monday, 7 October 2013

RaWaTaN TraDiSioNaL

As' salam..

Alhamdulillah...hujan renyai(sejuk) pagi2 ni buat mood lebih baik...walaupun berhadapan dengan simptom2 cik P yang bakal menjelma hari ni. Bangun pagi tadi dh rasa malas nak pergi kerja...tapi kekuatan nak bangun tu lagi kuat sebab fikir aku ni selalu sangat MC hari Isnin.hehe..rasa macam tak bertanggungjawab pulak walau takde siapa pun nak kisah.

Actually nak kongsi pasal pergi berubat cara tradisional hari tu. Tempat yang MIL cadangkan pergi tu kat Kampung Sayong Masjid. Mula-mula memang rasa malas nak pergi..tapi dah orang tu mengharap jugak lepas dengar kejayaan orang lain yang preggy. Aku dengan hubby pergi petang sabtu..waktu rawatan dia pukul 2-7 ptg...sampai kat sana pukul 2.30..dah ada orang pun. Kami dapat giliran no 3...masa sampai tu tgk macam ramai jer. Rupanya yang teman org datang berubat yang lagi ramai.

Pagi sebelum pergi tu dah telefon dulu pak cik tu untuk datang. ..dan ada  barang yang kena bawa untuk berubat. Kebetulan..bukan kami je yang datang untuk rawatan zuriat ni..pasangan yang sebelum kami pun sama juga. Diorang dah kawin 7 tahun...dah merata-rata pergi berubat(mengikut cerita mak dia). Masa sedang dirawat tu..sempat juga aku curi2 dengar..Pakcik tu kata dua2 ada masalah. Jadi dua2 kena berubat.

Jeng2..tiba giliran kami pulak. Berdebar jugak..sebab ini 1st time aku berubat cara tradisional ni. Dah bagi nama suami isteri...sekali pakcik kata aku yang ada masalah????????????????????????????????????....sengugut....................... TERBELIAK mata aku. hubby tgk aku..aku tgk hubby...oppps...macam ada yg tak kena pulak. Pakcik kata Suami ok takde problem... dalam hati mula la berkata macam2...betul ke tidak ni?..boleh percaya ke tidak ni???..Adoi. 3 tempat rawatan yang kami pergi sebelum ni dari hospital sampai homeopati semua bgtau hubby yang problem. Tiba2 kat sini kata ..aku yang ada problem.

Tapi aku tak diam juga...aku bagitau kat pakcik tu..sebelum ni pergi jumpa doktor..doktor kata suami yang ada masalah...doktor kata kosong. Pakcik tu kata..."doktor tu ramalan jer".  Confius jap...sape kami nak percaya. Dalam pada tu..sempat jugak pakcik bercerita ada doktor dari hukm berubat dgn dia dah ada 2 anak...lepas 17 thn kawin. Mmmm...dengan izin Allah.

Barang yang kena bawa tu kena habiskan dalam 7 hari. Buat cuci dalaman..darah2 kotor yang tak keluar habis tu kena cuci. Baiklah pakcik. hubby apa pun tak payah....aku pulak yang kena berubat...APA DAH JADI???

Sampai rumah bila cerita kat mak aku dengan MIL...masing2 pun terkejut. Tapi..dua2 akui...ubat cara kampung memang macam tu. Walaupun ada sikit kurang yakin...aku tetap kena teruskan juga rawatan ni sampai selesai. Mana la tau kalau ini jadi sebab di sebalik Takdir ALLah. Dah hubby jenis tak mahu makan ubat dengan consistent..biar la aku yang makan pulak. Kalau kena en hubby yang berubat...ntah la..aku pun tak tau macam mana pulak sakitnya hati aku nanti kalau dia tak mau makan ubat lagi. Moga ada harapan buat kami di sini.


Thursday, 3 October 2013

SaBaR ItU WaJiB

As'salam

Kebetulan pagi ni aku buka satu community website terbaca artikal pasal SABAR. Mungkin boleh jadi panduan buat semua...tak kira sama ada TTC atau sesiapa saja yang sedang melalui ujian daripada Allah ketika ini...dan akan datang.:-
 
SABAR dipandang mulia di sisi Allah kerana mendatangkan banyak kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain. Sikap itu perlu diamalkan setiap masa dalam kehidupan seharian.

Keperluan sabar dikategorikan kepada dua perkara iaitu sabar menahan diri daripada perkara yang disukai, tetapi dilarang oleh agama.

Satu lagi sabar bermaksud menahan diri daripada keadaan yang tidak disukai atau kesusahan yang dihadapi.

Sabar bererti menahan diri daripada mengikut kehendak hati atau perasaan yang mendorong melakukan perbuatan yang mendatangkan keburukan. Menahan diri ketika penderitaan, sanggup melakukan perkara sukar demi mendapat kebaikan dan bersedia menghadapi tempoh panjang untuk mendapatkan sesuatu.

Allah menyebut orang bersabar bakal mendapat kegembiraan, petunjuk, keberkatan dan rahmat daripada-Nya.

Sebab itu setiap orang mesti bersabar dalam menghadapi segala cabaran hidup. Janji dan jaminan yang diberikan oleh Allah kepada orang yang bersabar adalah bukti kebaikan yang tiada tolok bandingnya.







Dr Yusof Al Qardhawi berkata ada lapan perkara yang boleh membantu meningkatkan kesabaran seseorang, iaitu:

# Mengenali hakikat hidup di dunia yang penuh cabaran dan sementara.



# Mengenali bahawa diri ini milik Allah dan manusia mempunyai had tertentu.

# Yakin setiap perbuatan baik akan mendapat ganjaran Allah.

# Yakin bahawa Allah akan membantu hambanya.

# Berusaha mencontohi orang sabar.

# Sentiasa memohon pertolongan dan keredaan Allah.

# Sentiasa beriman kepada qadar dan sunnah Allah.

# Berusaha menjauhi penyakit penghalang sabar seperti marah, sedih berlebihan, putus asa dan gopoh-gapah.

Sabar boleh dibentuk dengan adanya harapan dan cita-cita untuk mendapatkan sesuatu. Hal ini kerana seseorang itu pasti berusaha bersungguh berlandaskan kesabaran untuk mencapai hasrat hati.

Ibnu Qayim dalam bukunya, Al Madaraji menyebut hukum bersabar itu adalah WAJIB

Sifat sabar adalah kunci kejayaan, insan yang tidak tekun dan tidak sabar dalam menuntut ilmu tidak memperoleh pengetahuan. Pekerja yang tidak sabar dalam pekerjaan tidak akan dapat menyiapkan tugasnya mengikut jadual dengan mutu yang baik.

Kesabaran sangat dikehendaki dan ada batasnya. Kita perlu mengelakkan sesuatu pihak menggunakan sifat kesabaran yang ada pada diri sebagai senjata memusnahkan diri kita.






Oleh itu, setiap insan perlu mempunyai tahap sabar yang tinggi bagi mengatasi apa juga persoalan kehidupan. Ia bagi memastikan kehidupan dapat ditempuhi dalam keimanan tinggi.

Wednesday, 2 October 2013

CeloTeh TeH TaRiK

As'salam
Cuaca hari ni panas terik betul..tak macam selalu pagi2 redup. Pukul 6.45 pagi dah terang benderang...Tapi Alhamdulillah..Tuhan bagi kesihatan yang baik buat aku macam selalu. Rasa macam dah lama pulak tak berblog ni..nampak macam takda idea..tapi dalam fikiran banyak cerita.

Hari ni nak bercerita pasal kejadian Jumaat lepas.. Masa tu aku baru keluar ofis tunggu en hubby ambil..Tiba-tiba pulak en.hubby nak hantar ambil g keje hari tu..rupa2nya ada udang sebalik mee.. Dia ajak g 'usha-usha' rumah baru kat area Tapah lepas keje nanti. Konon2nya nak beli rumah kat sini..ntah bila pun tak tau..macam excited sangat dia.

Macam biasa la kalau bab menunggu la paling aku tak suka. Kalau datang cepat takpe jugak..ni hampir setengah jam..boring betul.. Aku pun duduk la kat kedai makan menunggu en hubby sampai. Tiba2 ada la 2 orang uncle india ni datang nak minum..diorang buka workshop selang beberapa lot dengan ofis aku... Adoi..menyibuk jer..duduk kat meja aku pulak tu. Macam dah lama kenal jer...haha. Si uncle yang no 1 sibuk nak belanja aku minum teh tarik..."Mari2 saya belanja u minum teh panas"...haha..aku bagi alasan takut teh tak sempat sejuk hubby dah sampai..tak boleh minum pulak. "oooo..u tunggu u punya laki ke?...itu kereta merah bukan?"...eh dalam hati aku...tau pulak uncle ni. Padahal hari ni..tak naik kereta merah pun...naik kete aku jer. Sah2...diorang perhati aku setiap kali keluar masuk ofis..terasa tepi kain ku dijaga mereka..huhu.

Bila dah lama melayan diorang sembang..mula la keluar soalan yang TTC paling tak suka....."u sudah berapa orang anak?" Bila aku jawab belum ada lagi...sambung pulak soalan lagi..."sudah berapa lama kawin/"..
Haha..aku saje cakap baru setahun lebih...uncle no 2 sambung pulak"ooooo..baru lagi...ini semua kerja maha kuasa..saya kawin pun lepas 3 tahun baru dapat no 1"(slanga india)..amboi..pandai uncle ni cakap maha kuasa...nak gelak pun ada. hehe. Aku pun..mengiyakan jer.. Tak habis pulak yg sorang menyampuk..saya sampai sekarang takda anak...hehe dalam hati aku..ntah kawin ke tidak uncle tu.

Tak habis cerita lagi uncle no 2 tu... "saya dapat no 1 pun pergi sembahyang mintak dengan tuhan..hati mau suci..mintak mau betul2"...aku cakap "hati mesti ikhlas."...haha.."itu macam la".. Sambung pulak.."saya punya abang kawin 15 tahun tarak anak...sampai sekarang". aku tanya tak pergi buat sembahyang ke?..."bukan tak buat..ada buat..tapi tuhan tak mau kasi"... Habis cerita kat situ...en hubby dah sampai. Lega rasa.

Rasa macam nak buat kesimpulan sikit dari sembang2 aku dengan uncle tu. Hakikat manusia ni..walau ape pun bangsa dan agama kita...pasal zuriat ni semua percaya ia anugerah Tuhan. Sehebat mana pun orang tu...dengan Tuhan jugak kita meminta.. Diorang pun macam kita juga..berusaha..berdoa..
berserah/tawakkal..  Kalau seorang yang bukan muslim boleh berkata-kata macam tu..apatah lagi kita yang bertuhankan Allah yang satu.  Ya Allah aku hamba Mu yang lemah...tunjukkan aku jalan yang lurus.

Monday, 23 September 2013

ReZeKi OrAnG

As'salam..

Macam biasa Monday blues...mood keje ke laut. Sejak balik dari Langkawi hari tu takda mood nak wat entri kat blog..Nak kata letih tak jugak..Berjalan sakan  kat sana sampai sakit2 kaki. Tapi hari ni bukan nak citer pasal pergi langkawi. Tapi nak cerita pasal berita semalam masa pergi rumah MIL.

Cuti weekend baru ni..macam biasa la balik kampung. Sepatutnya balik tido rumah mak aku..tapi minggu ni terlebih pulak duduk rumah mentua. Takut pulak mak aku terasa. Walaupun cuti 2 hari jer..sempat jugak menghabiskan masa pergi jalan2 tengok wayang dengan hubby. Dah lama tak menghabiskan masa jalan2 cuci mata. Kebetulan weekend takde plan nak ke mana-mana..lepas servis kereta..kami pergi tengok wayang. Tak plan pun nak tengok cite ape. Hubby kata kite tengok jer cite ape yang ada. Kami tengok citer THE FLU.. haha...masa beli tiket ingatkan cerita omputih..skali citer Korea daa. Tapi jalan cerita tu memang best..sampai meleleh air mata bila tengok scene seorang kanak-kanak merayu untuk nyawa mak dia. Bahagianya kalau aku ada anak secomel & secerdik dia....kiut sangat.

Lepas tengok wayang kami singgah rumah mentua sebelum balik. Datang kali ni MIL bagi no telefon sorang pakcik untuk berubat pasal masalah zuriat nih. Sebelum aku sampai rumah mentua... hubby ada bagitau kakak saudara dia baru pregnant 3 bulan setelah 6 tahun kawin. Yer..aku pernah jumpa Kak Zura tu..dia ada ambil anak angkat sorang. Dah rezki dia...tapi setahu aku..dia pernah pregnant 2 tahun lepas tapi tahan 2 bulan jer. Itu pun masa aku jumpa dia raya tahun lepas.

So..dari Kak Zura la MIL dapat no telefon pakcik ni. Mengikut cerita Kak Zura nama pakcik tu..Pak Ho..tinggal kat Kuala Kangsar. Dua kali Kak Zura pergi berubat dengan dia...katanya Kak Zura yang bermasalah...lepas 2 kali berubat terus lekat...Alhamdulillah..semua ni dengan izin Allah. Dia cerita jugak pasal si abang sedara yang 15 tahun kawin pun isteri dia pregnant lepas berubat dengan Pak Ho.

Bila aku tanya MIL cara Pak Ho berubat...dia tak tahu pulak...mmm takpe la. In sha Allah..kalau takde aral..hujung minggu ni kami pergi. Kebetulan kakak hubby yang dah setahun kawin juga tak preggy lagi..mybe dia pergi jugak dengan kami. Mengharap sangat tu tak la..tapi kami cuba ikhtiar..In Sha Allah..


Friday, 13 September 2013

NaK PerGi ReuNion

As'salam..

Diam2 hari ni dah Jumaat..Hari yang ditunggu2 oleh semua pekerja yang bercuti Sabtu Ahad. Hari ni aku excited lain macam sikit..sebab malam ni nak gerak g Kedah. Esok pagi sampai la Langkawi. Wah..macam seronok sangat nak g Langkawi..giler excited sampai tak boleh nak tido lena. Pukul 5.30 dah terjaga.."eh dah siang nak g langkawi.." haha..sebenarnya excited nak jumpa kawan2.

Konon2 nya reunion la.. padahal perginya 5 org jer termasuk aku. Tapi sebab dah lama sangat tak jumpa diaorang..tu yang excited tu. Diorang housemate masa aku blajar dulu. 3 tahun setengah hidup sebumbung. Macam2 perangai ade..tapi diorang la kawan gaduh..kawan baik time tu. Sepatutnya kami 6 orang tapi sebab sorang tengah sarat mengandung..dia di kecualikan. Jelesnya..lepas kawin dia terus lekat..rezki dia.

Kami yang ber5 ni..3 bujang...2 dah kawin termasuk aku. Kami sama2 TTC sejak 2 tahun lepas...dia kawin awal sebulan dari aku. Aku kesian sangat kat kawan aku tu..macam jatuh di timpa tangga..lepas 2 bulan kawin..mak dia meninggal..bapa dia kawin lain..adik-beradik 2 orang jer. Adik lelaki dia dah kawin..dah ade anak pun. Kesian dia..takde tempat nak mengadu..adik-bradik pompuan xde...mak mentua selalu perli dia sebab tak pregnant. Sekurang2nya..aku kena bersyukur sebab aku ada orang2 sekeliling yang aku boleh share problem.

Aik..da lari topik ni..reunion ni last minit punya plan. Mula2 nya..kawan2 dari KL nak melancong ke Kedah jer..diorang nak singgah rumah aku untuk ziarah jer..haha. Sekali aku terdapat tau...ape lagi..NAK IKUT JUGAK!!!!..Sudahnya plan terus masuk langkawi..sebab ade sorang yang bujang ni tak pernah pergi langkawi rupanya..hihi..abis kena gelak dengan yang lain.. 1 Malaysia dia dah pusing..sebab dia ni urusetia seminar-seminar guru. Sabah sarawak abis dah berjalan..vietnam..semua dah lepas. Sekali dia bagitau langkawi tak pernah pergi lagi..hehe.

Kalau ikut perancangan..diorang amik aku kat rnr je..lepas tu terus gerak g Kedah...Tido rumah yang dok Kedah tu.  Pagi sabtu naik feri pukul 8. Masing2 ni tengah teruja nak pergi Island hoping. Dalam ramai2 tu..aku sorang jer yang pernah g island hoping. Aku g masa honeymoon dulu..tapi tak mandi kat tasik dayang bunting..rugi plak tak mandi. kali ni pergi lagi sekali..dengan harapan nak mandi tasik puas2. Tak tau nak cakap..tgk rezki mcm mana. 2-3 hari ni kerap hujan pulak. Haha..ada pulak hubby suruh bawa balik air tasik tu dalam botol..lepas tu minum kat rumah..Ai!..ni dah kes bida'ah.

Kiranya ni 1st time nak pergi jauh tinggal hubby sejak kawin. Selalunya aku yang kena tinggal...baru jer minggu lepas hubby g langkawi. Nak mintak permission pergi pun macam2 cerita..last sekali dia bagi pergi tapi kena call dia setiap kali ubah lokasi..huh..bunyi jeles tak bertempat. Pesan JANGAN pakai cantik2..buat cara dah kawin. Adoi..la..comfirm sehari 5-6 kali hubby akan call aku kat sana.

Eh..teringat pasal packing..baju tak masuk beg lagi..hehe..lunch hour boleh balik masuk baju dalam beg. Tak tau nak bawa ape ni..yang penting sluar track dengan t-shirt untuk main air...bestnye. Hopefully percutian kali ni boleh buat kenangan manis..YES!


Monday, 9 September 2013

KeNduRi PeRgi HaJi

As'salam

Semalam..Ahad..masa bermalas-malasan di rumah...kami suami isteri jarang sangat bercuti kat rumah sendiri ,biasanya setiap minggu mesti balik kg...Kebetulan minggu ni pun ada jemputan kenduri doa selamat sepupu hubby dekat ngan rumah kami sempena keberangkatan menunaikan haji..kami pun tak balik kg. Haha...seronoknya pagi2 Ahad berada di rumah sendiri..berdua jer ok!. haha..dunia aku yang punya. Suka hati nak bangun pukul berapa pun..xde sapa nak kisah..takde sapa nak mengata bangun lambat pun.

Tapi kalau spesis mata tak leh tutup lama-lama bila hari dah terang..tak yah nak berangan la...hihi.paling lewat boleh tido pun pukul 9 jer..lebih2 kang sakit kepala. Mengemas sikit2..lepas tu dah boleh rilek tengok tv..Tv pun aku yang punya..kalau dok rumah parents...ramai yang ada..kena la bertolak ansur.

Kul 12 bersiap2 la pi kenduri..punya la lama kami berdua bersiap..pukul 1 baru nak gerak. sampai kenduri orang tengah baca doa.Alhamdulillah..tak lewat sangat. Lepas makan..mak sedara hubby mula bertanya pasal urut yang aku nak pergi tu..dulu2..aku pernah tanya dia pasal tukang urut kat kg..tapi masa tu sebelum dapat result hubby. Lepas dapat result..semuanya cancel. Tapi ape yang aku boleh cakap ngan makcik2 macam tu?...selalunya org akan salahkan isteri sebab tak pregnant...senyum tanpa jawapan.

Lepas makan pergi lepaking plak kat rumah makcik yang lagi sorang..memang enjoy la kat sana sebab diorang ni..org2 KL yang balik kg untuk release kesibukan bandar. Tapi ada yang kurang menyenangkan biler nak balik..salam jer dengan sorang makcik hubby "awak ni xde ape2 lagi ke?"..huh i hate this question. aku geleng kepala jer.."menantu wan nun yang dan 3 tahun kawin tu dan lekat dah"..aku jawab sambil lewa jer..bukan aku tak tau..semalam hubby dah bagi tau dah.."oh yer ke?...dia ade buat ape?treatment ke?".Sebenarnya bila keluar jer soalan tu..rasa macam nak jerit bagi tau orang yang suami saya ada masalah..doktor kata kami xleh ade anak seumur hidup...huhuhuuuuhuh...nangis puas2.

Susahnya..hadapi benda macam ni...hati TTC mana yang tak cemburu bila dengar orang lain preggy. Tapi hakikatnya Allah jer tau perasaan ni. Tapi berpegang la pada janji Allah...Allah hanya menguji hamba-Nya berdasar kemampuan hamba-Nya. Allah Maha Mengetahui.

Saturday, 7 September 2013

TeTaMu PeRtaMa DiaKhir SyaWal

As'salam

Haha..aku sendiri pun nak ketawa taip tajuk tu..macam tajuk novel pulak. Tetamu tu sebenarnya parents and adik bongsu aku..Kebetulan semalam Jumaat..hari terakhir syawal..jadi tajuk yang sesuai kot. Al-kisahnya..sepanjang syawal mana ada tetamu datang rumah kami..semalam yang betul2 famly aku datang lepak lama2 kat rumah..Actually,seminggu selepas raya hari tu ada gak keluarga in-law datang singgah tak sampai 15minit pun(tak boleh dikira raya la kan)..sekadar nak hantar makanan kat hubby. Diorang on the way gi KL time tu..MIL ingat aku keje hari sabtu tu.thats why la dia hantar lauk untuk makan lunch..haha..sekali aku dah siap masak kat rumah..Kesian..tu la..datang mengejut lagi.

Family aku datang tu pun sebab diorang on the way balik dari Terengganu rumah abang aku..So before diorang bertolak balik tu aku ajak mak singgah rumah aku..sebab nanti aku tak balik kg 2 minggu..hehe 2 minggu je..di sebabkan aku ni balik tiap2 minggu..2 minggu tu rase lama sangat. Haha..nampak macam tak serius mana pun tak balik 2 minggu. Tapi bagi abah aku..ini perkara serius..sebab ape?..sebab dia pernah sakit bila lame sangat tak jumpa anak2 dia..huh dasyatnye?..betul..anak2 ni semangat untuk abah aku.

Family pergi Terengganu bukan sebab nak jalan2..tapi sebab nak jumpa cucu...sebagai orang yang tak dapat bagi cucu kat atok ngan opah..agak terasa jugak. Actually..abang aku baru dapat anak yang ke3 bulan Jun lepas. Sanggupkan?...jauh2 Opah ngan atuk datang sebab cucu tanya bila nak datang rumah diorang...padahal kakak ipar aku berpantang 2 bulan kat Ipoh..hari2 jumpa cucu. Tapi itu la hakikatnya..tarikan budak2..apa tah lagi dari darah daging sendiri...Aku sendiri pun sayang kat anak2 buah aku tu...ketiga-tiga lelaki. Parents aku belum ade cucu gurl2 lagi. Mungkin kah aku?...mmm

Diorang datang..aku tak sempat sambut depan pintu pun..sebab aku keje. En. hubby yang cuti ada kat rumah..En. hubby tak pandai sangat layan orang ni..mak tunggu sampai aku balik. Rasa happy plak bila family datang rumah kita. Aku bawa balik goreng pisang..hihi..minum petang kan..
Tapi nampak mereka macam kepenatan..aku offer makan nasi..mula2 abah tak nak..bila offer kat adik yang kuat makan tu..anytime la..ok jer.

So..dalam setengah jam..siap masak sardin + sayur timun tua masak lemak kuning(fevret adik aku) + lauk makan tengah hari tadi..sambal sotong dengan terung bakar..selere betul diorang makan....aku happy.
Licin..masak cincai pun jadi..abah kata bile lagi nak masak macam ni?..nanti abah datang lagi..hehe. Ini la pengubat jantung hati aku...susah senang aku..diorang tahu.Nak hidangkan kuih raya memang dah takde..hujung syawal macam ni...semua dah licin. Tapi ini la namanye rezki..simple tapi selere.

Tuesday, 3 September 2013

Ulang Tahun Ke-2

Salam 1Malaysia..
Hari ni genap 2 tahun perkahwinan aku dan hubby..3 September...tapi kalau ikut bulan islam..hari pernikahan kami bersamaan 3 Syawal...dah lepas pun. Semakin lama tempoh perkahwinan semakin tinggi cabarannye.
Lepas ni semakin ramai org akan tanya..biler nak ade anak..huh...letih kot nak menjawabnye.. sbb mmg x akan ade jawapan..Semua ni rahsia Allah. Walau ape pun..Alhamdulillah..rumahtangga kami masih lagi bertahan walau pelbagai ujian melanda. Semakin hari semakin matang menempuh alam perkahwinan..semoga perkahwinan kami terus kekal sampai ke Jannah...In sha Allah.

Walaupun hari ini hari Anniversary kami yang ke-2..nampaknye xde sebarang sambutan..sebab hubby pergi out station ke langkawi...huh..tak bestnye. Minggu ni terpaksa tinggal sorang2 kat rumah...sangat boring sebab xde kawan..kalau ade anak...sekurang-kurangnye ade gak peneman. Ok lah..nak citer sikit pasal minggu lepas..weekend hari tu balik rumah MIL...sempat gak aku share problem hubby ngan MIL..huh sgt sporting..tak sangka..walaupun aku xde kawan nak share problem aku..tapi dengan MIL aku boleh share..aku ade..kau ade?..hehe..cuma satu perkara dia nampak kurang bersetuju biler aku cakap nak ambil anak angkat..dia kata pasal aurat..Yup sangat betul aku stuju..tapi aku akan ambil ubat hormon untuk susukan..but tiba2 MIL cakap..jiran sebelah rumah dia pernah ambil ubat pun tak mau keluar..Uhh!..boleh jadi macam tu jugak ke?...Ya ALLah..aku mohon kasih sayang Mu..kurniakan aku zuriat dari keturunan ku.


Monday, 26 August 2013

SeLamAt HaRi RaYa

As'salam
Lamanya aku tak menulis kat blog ni..semapat lagi nak ucap selamat hari raya kat blog ni bertarikh 19 syawal..hihi...baru perasan bulan Julai langsung takde entri. Blog masih aku buka..tapi takde hati nak menulis.. Bermulanya puasa...balik keje awal...so lagi la malas nak meluangkan masa untuk benda2 ni..letih la konon. Kalau ikut pengiraan esok genap la 2 bulan tak menaip ape2 entri kat blog ni..hihi..nampak beno malas tahap gaban. Sebenarnye..aku takde ape2 nak bercerita..fikiran agak tertekan. Selalu sangat menangis..tapi pada siapa aku nak mengadu?. Selama tak menulis blog ni...aku lebih banyak mencari info pasal masalah en.hubby. Membaca..membaca..dan membaca..dah jenuh search macam benda dengan en. google. Clue macam dah dapat..tapi...aku masih percaya pada Kuasa Allah. Kalau aku baca dari sudut saintifik atau medical condition...memang takde harapan langsung untuk zuriat ni..sebab penyakit hubby ni berkait dengan genetic problem yang aku agak adelah Klinifelter Syndrom.

Huh..memang berat kalau kita nak kaji benda ni satu2..tapi sebab benda ni ade kaitan dengan aku..indirectly aku terpaksa baca sebanyak mungkin.. Kalau nak ikutkan statistik kat Malaysia ni..hanya 1% jer lelaki yang mengalami masalah ini...Aku banyak baca sintom2 lelaki yang berpenyakit macam ni..n most 80% en.hubby mengalaminye. But...aku xde kepastian 100% lagi sebab blood test tak buat lagi untuk confirm kan benda ni. Susah sangat nak share benda ni dengan orang lain..sebab pada aku..orang yang biasa2 takkan paham masalah aku...dengan hubby sendiri pun aku tak dapat share.

Masa mula..aku dapat info pasal masalah ni..aku ade forward link website tu kepada MIL...huh berani betul.! Aku nak mintak kepastian dengan dia..then bila aku jumpa dia..dia kata...symptom2 masa kecik tu xde kat anak dia...owh..ok...Setakat itu jer la yang mapu aku share dengan MIL. So..sampai la ke hari ini...aku tak ajak en.hubby g mane2 treament lagi. Sebab aku sebenarnye dah penat...pergi sana sini..keluar duit...tapi hubby tak bagi support 100% untuk usaha ni..setakat mampu menangis..menangis..menangis.

Setakat hari ini..kami berehat untuk ape2 treatment. Mybe..hujung tahun ni atau awal tahun depan..hubby akan apply untuk testicular byopsi.

Friday, 21 June 2013

SuCceSSfuLL of TheM (2)

Salam
 
Ini lagi satu kejayaan yang paling aku suka baca. Usaha itu tangga kejayaan..jangan putus asa. Aku ingat lagi masa doktor bagi kaunseling kat aku ngan hubby pasal masalah kami tu...Seolah2 xde penyelesaian langsung. Cuma ambil anak angkat je penyelesaiannya..Oh tidak..aku yakin USAHA,DOA dan TAWAKAL..dan ini sumber inspirasi aku yang paling aku suka setakat hari ini..Pasangan ni memang tak kenal erti putus asa..

Hello guys! I wanted to share our story with you, in case any of you are or have gone through anything similar.

Our struggle with fertility started back in 2001. At first the doctors thought that it was me (the wife), so I went through the standard testing procedures once our "official year of trying" was complete. All of my test results were normal, so the doctors put me on Clomid, certain that we would be pregnant by the end of the year. We had no such luck.

After we failed to get pregnant on clomid, they sent me in for an ultrasound, did some more blood work, and came back and said all were normal again.

Now it is time to start looking into my husband and his side of the process...my gynecologist ordered the 1st semen analysis. The results came back...0 sperm...unexplained Azoospermia. Just to verify the results, they ordered a second SA...results the same...0 sperm...Azoospermia.

We were devestated, but tried to remain hopeful. They referred us to a urologist who ran his own SA and again, the same result. They told us that "theoretically" my husband could have obstructive azoospermia, meaning that the ducts were blocked and no sperm could make it out, but that most likely he does not produce sperm at all and that if we wanted children we should use a sperm donor, or adopt.

My husband wasn't comfortable with those options for us as a couple, and asked me to do my research. We visited a 2nd urologist who ran the standard gambit of tests and came back with the same options. Still not satisfied, my husband asked me to keep looking for a "better doctor". (By better he meant someone who would do more tests or give us more options)

I looked into it, and found Dr. Jeffrey Buch, located in Frisco, TX. We made an appointment to get my husband in with Dr. Buch as soon as possible.

Dr. Buch (pronounced Bush), did a SA, with no change, ordered a post-ejaculate urine sample to rule out the chance that the ejaculate was backflowing into his bladdar...that test was negative, so he sat us down and explained our options.

He wanted to do a testicular biopsy to see if there was any sperm production going on at all. Not surprisingly, my husband was quite nervous about this procedure, and needed some time to think it over, but ultimately agreed to do this.

During the biopsy we found out that indeed there was sperm production, however, only one testicle was functioning, and the sperm were few and of low quality. None were making there way out.

Our next step was for my husband to undergo what is called an Epidydimovasostomy. It is the equivilent to a vasectomy reversal, although he had never had a vasectomy. During the surgery, Dr. Buch confirmed that my husband had tubal scarring, that was possibly congenital that completely blocked his vas defrens making it impossible for the sperm to get out.

He wasn't very optimistic about our odds post op, but said there was a 70-80% chance that there would be increased sperm production, but a very slim chance that a pregnancy would occur naturally. IVF with ICSI would be our only chance if sperm production resumed.

So here we are. Currently we have ZERO sperm available to us for IVF or for a miracle pregnancy. He had the surgery and we recieved not-so-encouraging news. All we could do was pray.

They put him on anti-inflammatory medication and anti-biotics and told him to return in 6 months for another SA.

Fast forward 6 months...SA complete, still ZERO sperm seen.

Dr. Buch decides to allow for more time to heal, asks us to come back in another 6 months. No sperm.

In the meantime my husband started a shot for his asthma that is new on the market...(it contains some type of steroid).

6 months pass, he goes in for an SA, the results come back...and we have 250,000 sperm! Still not great, but it was exciting to us. ZERO to 250 THOUSAND is a big deal. We now have some we could use for InVitro!

Treatment continues, husband stops taking the asthma shots. Dr. Buch ordered another SA just to see if sperm production has continued to increase...results come back...only 600 sperm

Dr. Buch put him on a medicine that increases testosterone production to see if sperm production increases...SA back to 200K sperm or so, but less motal and poor morphology.

Dr. Buch decided to put husband on steroid called Prednisone to see if that would help with production...two weeks on the medication, two weeks off, then another two weeks on and two weeks off...SA

Results are in.....12.5 MILLION...that's right...I said MILLION sperm.

Still, that is not a great count, but at least we are in the "Normal-low range" and we have much more sperm with normal motility, morphology, pH, etc.

The point of this story is...Don't give up. You may receive discouraging news, they may tell you that you have no other options, but you have to keep trying. There may be a doctor out there that is willing to put the effort into helping you, you just have to find them.

We have yet to get pregnant naturally, but we aren't holding our breath. We are saving for IVF now, but if a natural mircale occurs we will both be thrilled! At least now it is sort of a possiblity. As they say...it only takes 1! Before, I was so sick of that phrase, but now, there is a little glimmer of hope since they are no longer chasing their tails!

Infertility is a difficult situation regardless of where the problems lay. The important thing to remember is to keep an open mind, don't play the blame-game, and encourage your partner. Look into your options, and don't accept no for an answer. At some point you will have to make a decision whether or not to continue with treatment to try to get pregnant or if you are just going to try IVF, but at least give yourself that option.

Many blessings!

SuCceSSfuLL of TheM (1)

Salam..

Pagi Jumaat ni..Alhamdulillah...sihat..sampai ofis pun awal..tapi tak sempat breakfast kat rumah..Everything goes smoothly. Dah 3 hari kesorangan di ofis memandangkan en. ketua gi outstsation. So..sakan la aku meng'update blog bila ade masa terluang..hehe. terluang la sangat..terbuang kot. Hari ni..aku nak share beberapa kejayaan masalah azoospermia yang mampu untuk punya zuriat sendiri. Kebanyakkan yang aku baca ni melalui forum-forum yang ditulis sendiri oleh tuan empunya badan. Aku tak berapa suka baca dari testimonial sesuatu produk atau bisness. Sebab aku kadang2 rase tak berapa nak percaya..kot2 la owner bisness tu ade manipulate ape2 ke kat testimonial dia kan!!!

So..ini aku share beberapa penulisan ibu-ibu yang telah berjaya hamil dari masalah yang sama macam kami..sorry la kalau yang aku ambik ni dari overseas punye forum..

1. My husband and I were very successful using acupuncture. I will try to make our very long story short. My husband was diagnosed with azoospermia about 4.5 years ago. He went for a biopsy which showed a zero sperm count but were still advised to proceed with the TESE procedure in hopes of finding a few sperm for IVF. We did TESE a year later and only few sperm were found. We ended up with bad quality embryos that didn't take. We were required to take two years off before we tried again because the surgery was so invasive. I took those two years to do a little research to see if there was anything my husband could do. I came across some great research on acupuncture and male infertility and decided to give it a try. While it is very expensive, we figured it was minimal compared to the cost of IVF/ICSI with the TESE procedure. We were willing to try anything. We were scheduled for IVF in June and my husband started going for acupuncture around Jan/Feb of that year. He went once a week. I began going around April once a week (I had no issues) and we both increased our sessions to two times per week in May. We went in for our scheduled IVF without having done a sperm analysis prior. I was hoping the acupuncture helped my husband have a few dozen sperm- the dr. came in that morning after doing a required sperm analysis before the surgery and my husband had 20 million sperm! He went from zero to 20 million! We couldn't believe it. We proceeded with the IVF because I was already cycling and now we have beautiful twins. I HIGHLY recommend acupuncture. It changed our life!

2.  Acupuncture and Chinese herbs, over a period of about 5 months (2x/week at first, then 1x/week towards the end), brought my husband from total azoospermia (0) to tens of thousands of high-quality sperm per ejaculate. By high quality, I mean good morphology and motility. That's not enough for IUI, but it is certainly enough for IVF. We got seven fertilized eggs through ICSI and I am currently in the "two-week wait." My husband had had testicular cancer (but no chemo or radiation) and unexplained testicular failure, but it worked.

We went to a very experienced (20+ years) practitioner. He doesn't specialize in infertility, per se, but he has treated plenty of patients for it in his 20+ years. My husband took some Chinese herb combinations--they mix these specifically for the patient, it's not something you can get in a store--and wheat germ oil, which is a great source of Vitamin E, a known fertility enhancer. There was also another Chinese herbal mixture he was suggesting that we declined to use because it is actually made in part with freeze-dried bull testicles (!). Apparently it works, but because of the cancer my husband's doctor said not to take anything that could contain hormones, and also my husband is a quasi-vegetarian, so we opted out of the bull testicles, haha. Who knows, maybe that would've made the treatment work better. But it worked, so we're thankful.




Ini..kejayaan mereka dalam usaha2 mereka...In sha Allah..kami pun boleh!!!!chaiyok..

Wednesday, 19 June 2013

IriDoLogY

Salam

Semalam masa boring2 xde wat kerja aku saja2 google pasal rawatan melalui mata yang hubby buat tu.. Rupanya baru aku tau..ade istilah dia iaitu..IRIDOLOGY...Ada jugak info yang mengatakan iridology ni adalah istilah bagi akupuntur mata..ntah betul ker tidak.. Kalau google pun tak banyak info sangat macam akupuntur or homeopathy..aku pun tak sure kenapa?...maybe cara rawatan ni tak ramai pengamal yang wujud kat Malaysia ni..aku pun baru jer tau..hehe. So aku nak share sikit info yang aku dapat dari website lain.

Mata yang Allah kurniakan bukan sahaja untuk melihat. Ianya juga merupakan gambaran tahap kesihatan seseorang. Apa-apa sahaja yang berlaku terhadap organ-organ dalam badan kita, ianya akan terakam dalam mata kita. Kelebihan dari rawatan ini ianya boleh menganalisis dan mengawasi tahap kesihatan seseorang itu.
Iridologi kini merupakan salah satu ilmu yang sedang berkembang dan mulai digunakan oleh pengamal perubatan tradisional dan homeopathy. 

Didalam iridologi terdapat carta iris yang menunjukkan lokasi organ-organ pada tubuh manusia. Teorinya menyatakan iris mata itu pada hakikatnya berhubungan dengan setiap organ dan tisu tubuh menerusi sistem saraf dan otak. Fiber saraf yang terdapat pada iris akan memberi tindakbalas terhadap sebarang perubahan yang berlaku didalam tubuh dengan cara memanifestasikan fisiologi refleks yang sejajar dengan lokasi dan perubahan tisu tertentu.Menerusi kanta pembesar dan sebuah lampu khas, seorang iridologis boleh melihat dan mentafsir atau menganalisa tahap kesihatan seseorang, juga menunjukkan dimana terdapat kekuatan dan kelemahan organ-organ dan tisu tubuh seseorang itu. 

 Iridology adalah diantara kaedah menganalisa kelemahan anggota badan.Fiber iris berhubung kait dengan gangguan kelemahan diseluruh anggota badan melalui sistem rangkaian saraf. SEORANG IRIDOLOGIST YANG BERPENGALAMAN boleh menganalisa dengan tepat tentang masalah fiber saraf mata

Apa itu Iridology?.. Satu kaedah sains dimana maklumat-maklumat keadaan kesihatan badan seseorang dapat diterbitkan dengan cara memerhatikan petanda-petanda unik dalam irisnya.
Satu ilmu mengenai iris mata yang merupakan satu gabungan raksasa penghujung-penghujung saraf(dianggarkan 28,000 saraf dalam seluruh anggota tubuh yang badan dimana ianya saling sambung-menyambung dengan organ-organ tubuh badan yang tertumpu pada iris.Dapat mengetahui tahap kesihatan organ-organ dalaman yang menyebabkan punca pelbagai penyakit. 

Apa kelebihan Iridology?... Iridologi adalah selamat,tiada sebarang sentuhan fizikal. Dapat mengenal pasti secara tepat dan jitu tentang bahagian tubuh yang bermasalah., Keadaan kesihatan dapat diketahui tanpa maklumat dari pesakit. Kaedah iridology mempunyai kebaikan tersendiri dan ia mampu mendedahkan hal-hal seperti berikut; Kelemahan dan kekuatan yang sedia ada pada tisu dan organ.Paras keasidan badan
Tahap toksid dalam tubuh dan menunjukkan tempat dimana ia terkumpul. Tahap mental dapat dikesan dengan melihat pada reaksi terhadap emosi,tekanan dan keletihan.Tahap keseluruhan tubuh-lemah,pertengahan dan baik (kesihatan secara umum).Punca masalah kesihatan dan kaitannya dengan organ tertentu.Keadaan anggota tubuh-akut (acute), sub-akut (sub-acute), kronik (chronic) atau merosot teruk (degenerative).

Sejarah Iridology...
Iridology mula-mula ditemui secara kebetulan pada awal tahun 1820 oleh seorang anak laki-laki
bernama Ignaz Von Peczelly berhampiran Budapest, Hungary.   Si Ignaz yang pada waktu itu berumur 11 tahun, berjuang melawan seekor burung hantu yang mengerikan dengan cengkaman kuku-kukunya yang tajam.   Tanpa sengaja, kaki burung hantu patah dalam perlawanan dengan si Ignaz.   Suatu saat, kedua-dua makhluk itu bertentang mata, dan si Ignaz melihat satu goresan hitam pada IRIS (selaput mata) si burung hantu.   Si Ignaz membalut kaki si burung hantu dan memeliharanya sampai sembuh dan jinak.   Walaupun kemudian sudah dilepaskannya, namun si burung hantu tetap saja tinggal di kebunnya sampai belasan tahun kemudian.   Kemudian suatu hari, Si Ignaz mengamati, tercalar hitam pada IRIS burung hantu tadi berubah jadi tercalar putih, petanda sudah sembuh barangkali fikirnya.   Disitulah dia mula berfikir lebih lanjut bahawa mungkin ada hubungan antara mata dan kaki burung hantu itu.Kemudian, Ignaz membesar menjadi seorang remaja dan masuk fakulti perubatan.   Setelah dewasa dan bekerja di rumah sakit sebagai seorang doktor, dia tetap mengingati keadaan mata (iris) si burung hantu itu dan berfikir mungkin pada diri manusia seperti itu juga.   Ertinya mungkin ada hubungan mata dengan bahagian tubuh lain.Maka setelah berada di rumah sakit, dia dapat peluang untuk melihat mata para pesakit, dari satu orang ke orang lain dan seterusnya.   Dari pengamatannya selama bertahun-tahun dapatlah ia suatu keyakinan bahawa setiap penyakit yang serupa / sama dari orang ke orang, selalu memberikan tanda pada daerah tertentu yang sama pula pada mata (iris) orang-orang berkenaan. Begitulah seterusnya, penyelidikan dan pembuktian kebenarannya berkembang maju dari satu orang kepada orang lain, dari seorang ahli bekas muridnya ke ahli yang lain dan seterusnya.
Kemudian muncul seorang Amerika, Dr Bernard Jensen yang pada waktu itu masih muda, tertarik dan masuk ke dalam lingkungan ini.   Kemudian melalui kajian-kajiannya tentang iridology ini secara sendiri atau dengan group, selama lebih daripada 50-tahun dari + tahun 1930, berjaya memudahkan penemuannya dengan membuat suatu diagram atau peta iridology (sebagai hasil pemeriksaan iris dari +350.000 orang), yang boleh digunakan dengan mudah dalam membuat analisa / pembacaan keadaan yang berlaku pada tubuh seseorang melalui irisnya dengan hasil yang sangat tepat. 

Penggunaan Iridology di Malaysia...
Di Malaysia, orang dalam kalangan tertentu mula mengenal iridology mungkin baru selepas tahun 90-an.   Iridology belum / tidak tersebar secara meluas pada masyarakat umum.   Padahal di negara maju, Iridology sudah dikenali sejak 150 tahun lebih.   Iridology merupakan satu rangkaian ilmu pengetahuan mengenai cara mengesan atau mendedahkan penyakit dan kelemahan badan lain yang sangat unik tetapi sangat mudah penerapannya.Cuma masalahnya, perlu masa untuk menarik kepercayaan masyarakat kerana sudah lumrah untuk tidak mempercayai hal-hal yang baru.Disamping itu, masyarakat beranggapan bahawa soal kesihatan seperti merupakan perkara yang suci. Banyak hal-hal yang belum terjamah yang sangat penting ertinya dalam pembinaan kesihatan dan rawatan pelbagai penyakit.   

Kat bawah ni contoh carta yang diguna pakai oleh Iridologist untuk menafsir penyakit/masalah badan manusia.

http://upload.wsapps.net/S1-20285457/rte/5164C_Iridology%20Chart%20-%20web.jpg

Monday, 17 June 2013

AkuPuNtuR

Salam

Aku nak citer pasal akupuntur yang aku pergi baru2 ni. Sabtu lepas aku tak keje..lepas zuhur aku ajak hubby g cari tempat akupuntur tu.. Hehe dengan "gamble"nye aku main redah jer pergi tambun..kononnya dah ade alamat yang aku google dah boleh tunjuk aku kat mana tempat dia..ehek 3 kali pusing tak jumpa jugak. Terpaksa mengalah..kena call no phone yang adik aku bagi tu. Bila aku call jer..kawan dia yang angkat..alamak..kantoi plak..cadangnya taknak bagitau dia..abis tu terpaksa jugak tanya direction tempat tu.

Hehe..kelakar pun ade..jauh nun ke dalam kebun herba..1.5km dari pekan tambun...jalan nak masuk tu muat2 untuk satu kete jer. Terpaksa masuk semak kalau berselisih dengan kereta lain. Sampai jer kat situ..macam blur...tempat tu macam terpencil sikit..tapi bila masuk halaman tempat tu...ade banyak kete la pulak. Tapi orangnye tak nampak pun. Bila kitaorang turun jer kereta...ada nyonya ni keluar tanya kami nak ape?...Haha..hemtam sajer la..nak buat akupuntur..

Baik betul nyonya tu...peramah plak tu...macam2 dia sembang..sepatutnya kena buat appointment.. Nasib menyebelahi kami time tu.. Doktor memang ade tapi, ada class. Hehe...tapi dengan baik hatinye..doktor tu suruh tunggu mase dia rehat nnt. Kami tunggu pun tak lama..dalam 20 minnit mcm tu jer. Doktor keluar class terus cek mata hubby...dia tak tanye pun ape penyakit hubby...dia tengok mata hitam hubby jer..dia dah diagnose ape problem hubby. Ok..cantik..terus doktor bagitau sperm count problem... yup..memang tepat pun.Actually doktor tu Chindian..Dr.K.Devi..but his wife pure chinese..umo dia maybe around 65 years old.Tapi doktor tu punya cakap melayu penang memang tip top...mula2 tengok dah macam melayu...cakap cina pun fasih...bila aku tanya wife dia baru tau.


Ok...dalam masa yang sama..ade sorang doktor medical dari hospital KL datang situ belajar akupuntur jugak....jeng2...wow!..terkejut gua...ingatkan...kita yang biasa2 jer percaya pada rawatan alternatif ni.. rupanya medical officer yang modern ni pun percaya gak. Then...biler explain kat doktor medical tu(Melayu) hubby azoospermia...yup...betul...sperm count is zero.

Dua orang doktor tu bawa hubby masuk bilik untuk cucuk jarum/akupuntur...ok..aku masih menunggu kat luar...tak lama lepas tu Dr. K Devi panggil aku suruh teman sembang ngan hubby. Hehe...masuk jer bilik tu...aku tengok dah terpacak 9 batang jarum kat badan hubby.. atas kepala 1..perut 3..kaki 4..tangan 1., ok perfect..hubby kata dr melayu tu yang cucuk..tiap2 cucuk tu baca Bismillah..syukur..ada keberkatan. Hubby kata sakit sikit...kaki rase kebas..dr. kata dont worry. Setengah jam kena cucuk.

Lepas tu doktor consult pulak..pasal problem hubby. Badan hubby sangat banyak toksin...so kena clearkan toksin tu dulu...baru boleh tuju tempat yang betul2 problem. So aku dah paham..kalau makan ape ubat pun tak guna selagi toksin2 tu tak di singkirkan..Disamping akupuntur tu..kena ambik ubat yang doktor cadangkan..dokor tu buat sendiri..tapi dah dibotolkan siap label skali. Satu jenis teh..dan 4 jenis pil..total amount...RM239..mmm...doktor K.Devi punye explanation memang aku puas hati. Tapi ubat tu kami tak amik lagi..lepas gaji nanti baru amik..pikir2..nak habiskan dulu homeopathy yang ade tu..lepas tu baru continue dengan yang doktor cadangkan tu. So...akan stop dengan yang lain2...mula dengan yang akan datang...dan yakin dengan izin Allah..boleh sembuh...rasanya tempat ni la yang aku paling yakin.

So far dah dua hari berlalu..hubby takde plak kata letih ke ape...nampak macam biase jer..kata adik aku dulu bile dia buat akupuntur..besoknye..mesti dia letih sgt2...tapi hubby tak nampak letih langsung. Lepas ni nak pergi lagi.


Wednesday, 12 June 2013

MaSiH MeNcari

Salam der,

Hari ni menunggu masa lagi 2 hari cik P menjelma. Sengal2 badan usah cakap la...sakit pinggang memang tak bleh blah. Kemalasan cukup bagus...kelaparan pun boleh tahan jugak..perut ni asyik berkeroncong jer.
Tapi tahan jer la..lunch nanti makan puas2. Sebenarnye takde idea sangat nak menulis..tapi letak tajuk macam tu sebab terpikir pasal rawatan terbaik untuk hubby.

Ya..Allah..Kau tunjukkan lah jalan yang terbaik untuk ku. Dalam sibuk2 bekerja pun hati tak pernah lupa untuk berdoa untuk zuriat kami suatu hari nanti. Pernah juga mak tanya aku tentang keadaan ini. "sanggup ke kamu lalui keadaan ini?"...jawapan aku.."ntah la mak..selagi dia mampu untuk kawal sikap baran dia,selagi itu aku mampu bertahan..in sha Allah"..mak senyum. Tapi dalam hati aku..sedihnye...Tuhan tak menguji hambanya kalau kita tak mampu lalui...

Aku masih mencari tempat akupuntur untuk en hubby kat kawasan Ipoh. Pusat rawatan yang bagi ubat herbal hari tu tak mau buat akupuntur..aku masih yakin akupuntur akan membantu hubby. Dalam diam aku teringat yang ade sorang kawan adik aku keje kat kedai akupuntur cina..jeng..jeng..so aku pun selidik la...kawan adik aku ni pun pandai gak wat akupuntur sikit2.  tapi sebenarnye dia keje sebagai tukang kebun kat taman herba tokeh tu...oooo...so aku dapat la dia punye..adress & no tel...tapi hati ni belum berani nak call sebab takut kawan adik aku yang angkat phone..hehe..kantoi plak.


Monday, 10 June 2013

TraDisiTiOnAl ChiNeSe MediCine

Salam blog..

Huh lamanye tak menaip blog ni...genap sebulan yang lepas aku menulis. Hari ni baru ade hati nak menulis semula..Actually takde specific topik yang nak di ceritakan.. Cuma nak kongsi sikit pasal Tradisional Chinese Medicine... Selepas jumpa dr syikin sebulan yang lepas macam2 maklumat yang aku search kat internet untuk azoospermia ni. Klau kat oversea banyak kes yang dapat sembuh dari sakit ni guna rawatan akupuntur dan chinese herb. So, lepas dapat info pasal ni..aku pun cari la tempat akupuntur yang berpengalaman dekat kawasan Ipoh...sebab mula2 plan nak pergi ker klinik dr. nik omar..tapi bila pikir2 balik...emmm..financial tak mengizinkan kalau nak berulang-alik dua kali sebulan. So, aku ade la jumpa website pusat rawatan cina kat ipoh..4 hari sebelum pergi aku dah call doktor tu citer sikit prob hubby. So, doktor kata ok..boleh jumpe dia on public holiday.

Alamak..on that day..wesak day...hihi..sampai depan klinik tutup plak. adoi la..nasib baik en hubby tak marah..dia call doktor. Then, doktor kata dtg balik pukul 2. Nasib baik dekat ngn umah mak. Mula-mula jumpa doktor, en.hubby kata nak buat akupuntur..bile doktor tanya balik apa problem?..terus tak jadi buat akupuntur...doktor consult en.hubby dulu. Lepas tu bagi 2 botol ubat herbal untuk seminggu..RM20 sebotol. doc kata ubat tu kuat..setengah orang tak tahan dengan ubat tu pans boleh jadi ulser mulut..dalam seminggu boleh nampak perubahan..doc kata badan hubby sejuk..jadi dia bagi ubat untuk panaskan badan..Then, doc suruh buat sperm count test lagi sekali untuk rekod dia kat makmal swasta. Semua skali bayaran termasuk ubat & sperm test tu RM170.

Hehehe...sekarang dah nak masuk 3 minggu tak continue check-up. Pagi semalam pergi makmal nak buat sperma test...pekerja makmal kata..Isnin-Jumaat jer ada buat. Huh..tak pasal2 kena datang lain kali plak. Hubby kena cuti lain. Ubat herba tu pun dah habis mungkin cuti sabtu ni pergi ambik ubat lagi.. Memang ade perubahan pun..badan dia pon makin bertenaga..air tut dia pun makin pekat.

Semalam, en.hubby pergi buat cermin mata baru..tukar yang lama dah teruk sgt. So..aku nak citer sikit la..power spec dia dah berkurang..huh terkejut beruk aku...jarang sgt dengar power spec orang boleh berkurang...jeles pun ade..aku ni makin bertambah ade la. Balik rumah lepas tu..mula la terpikir macam mana power dia boleh kurang?...sebab ubat cina tu ker..sebab ubat homeopati ker?..ini kesan positif..kena teruskan pengambilan tersebut...andaian jer tu. So..ubat homeopathy yang ade lagi tu kena teruskan jugak. Tapi aku letih skit sebab en.hubby malas suap ubat sendiri..semua aku yg kena sediakan.

Saturday, 11 May 2013

TrYinG To CoNceiVe (6)

Salam

Ini entry kedua untuk hari ni...aku cuba asingkan appointment pada 7/5/13. Hari Rabu tu..aku terpaksa lari dari tugas..semata2 untuk jumpa dr. shikin. Tak boleh nak cuti...tapi cover la skit untuk kluar ke Ipoh...nak buat macam mana I have no choice. Hari tu aku tak kluar lunch..xmakan pun sebab ingat nak balik awal.

Pukul 2.30 baru bertolak dari pejabat...en hubby dah tunggu awal dah. Sampai hospital pukul 3.20..terus pergi ke Klinik Pakar O@G. Nurse yg in-charge kt hospital pun ade kat situ.. Seorang india yang baik budi bahasanya. Sampai jer kami kat sana..dia dah tunggu.. Dalam ramai2 tu..dia dtg jumpa kami."nak jumpa dr shikin kan?"..tunggu sekejap..tadi dia tunggu u. agaknye dr. dah kluar solat. dalam 10 min kami masuk jumpa dr shikin.

Doktor cuma terangkan ape yang sepatutnye la.What is next step yang kena buat because of the result...
En. hubby di sarankan buat biopsy..yang mana operation kecil perlu dilakukan di testis untuk melihat samada terdapat sperma dalam kantungnya atau tidak Operation tersebut hanya dilakukan di KL dan Alor Star..memandangkan makmal dan tempat operation bersebelahan. Di Ipoh..tidak dilakukan. Doktor masih menyarankan kami mengambil anak angkat. Berkali2 doktor tanya kat aku..tak berminat ke untuk ambil anak angkat?..aku menggeleng. Tapi dari penerangan dr shikin..aku dapat mengagak...peratus sperm itu wujud sgt rendah. Sebab kata dr....fsh level en hubby yg terlalu tinggi ni tak pasti ade hasilkan sperm ke tidak. Yup..itu la yang bermain kat fikiran aku sekarang ni...en suami xde sperm. ade kah ia titik?..atau persoalan yang perlu jawapan.....adekah dengan homeopathy jer dapat membantu.?....terbaca pasal rawatan akupuntur yang membantu dalam mengurangkan fsh level..yang mana ia dapat membantu mengimbangi hormon dalam badan.

TryIng To CoNCieVe (5)

Salam,

Memandangkan hari ni sabtu aku bekerja dan seorang diri di ofis..mungkin sampai ke petang...huhu..ambil kesempatan skejap meluahkan perasaan. Nak sambung cerita pasal appointment doktor pada 3/5/13..jatuh pada hari jumaat...sebenarnye inferlity clinic memang setiap jumaat pun.

Appointment kali ni untuk tengok result yang terbaru...selepas 1st result en hubby azoospermia hari tu..doktor suruh buat lagi sekali test termasuk fsh/lh. Hari tu tak korban kan cuti dah..niat mintak mc jer ngan doktor. Appointment macam biase pukul 9. Hehe..tapi kul 9 tu baru nak kluar rumah..sampai hospital kul 9.30..tunggu punya tunggu pkul 10.30 pun tak panggil masuk lagi..adoi lamenye...kami pergi makan kat cafe hospital dlu..baru kul 11.00..Orang yang datang sebelum kami pun belum panggil lagi...mmm alamat lama la jawabnye. Pkul 12.00 nama aku dipanggil masuk bilik 2. Dalam hati sangat nervous..ape la result yang bakal aku dapat..Kali ni x dapat consult dengan doktor Norashikin...Kena dengan dr. Rama..bukan specialist agaknye. Sebab aku dengar nurse cakap hari ni semua doktor pakar xde. Ala...xbestnye. Jumpe dr. Rama..dia baca jer pasal sejarah lepas..adoi la dr. kenapa xstudi awal2. Baca la awal2 sebelum jumpa kami.. Tengok2 result test xde dalam fail...mmm masalah lagi. Tunggu staffnurse cari fail...dapat result SA...result masih Azoospermia... Dalam kesibukan nurse2 nak cari result darah..diorang sempat tanye..test darah hari tu sape yang ambik..suami atau isteri. Aku cakap suami...diorang dengan lagaknye kata kami ni macam pandai2 jer..sebab dua2 test suami yg buat. sepatutnye fsh/lh tu untuk perempuan. OMG...sakitnye hati..diorang kononnye lagi pandai dari kami. 15 minit depan doktor result tak jumpe. Lepas tu suruh kami tunggu kat luar sbb nurse tgh cari result.

Kami pun tunggu kat luar...en hubby dah merunggut sakan..tak nak dtg dah...luluh hati ni.Jam 12.45 baru dipanggil balik..ade la secebis note handwriting kat tangan dr.Rama. Fsh: 32.7 Lh:27 dan testoteron 3.2..
Tau ape doktor cakap?...I dah call dr.shikin hormon kamu terlalu tinggi..kemungkinan besar kamu kena buat biyopsy..untuk melihat samada kamu ade sperma ke tak. Ok..dr shikin suruh jumpe dia pada hari selasa minggu depan...pkul 3 petang...huhu..Kalau setakat menyampaikan ape yg dr shikin cakap...baik suruh dr. shikin call aku jer.

Thursday, 2 May 2013

HoMeoPatHy

As-salam,

Hari ni keje...gerak dari Ipoh..pkul 7.15 kluar rumah...tepat kul 8.00 sampai ofis. Hehe..hubby hantar. Laju nak mampus kat highway tadi...pagi lagi dah plan nak wat kerja ape hari ni..so far banyak dah setel..ade sikit2 jer lg nak setel.. jadi sambil2 rehat jap..rase nak menulis sikit..

Berbalik kepada tajuk..hehe..Homeopathy..semalam 1 May...cuti Labour Day...seperti yang di janjikan..kami pergi Klinik Homeopathy Kg. Gajah...mula2 plan nak pergi pagi...tapi en hubby ni tak larat la plak nak bangun awal pagi..mmm awal pagi la sangat...pkul 11.30 pagiiiiii...baru bangun...lepas bangun baru nak breakfast...nak mandi la..nak siap la...tunggu itu ini...kul 12.20 baru nak gerak...aish..macam2 hubby ni...dah nak gerak kuar baru la dia bagitau nak tido rumah mak..sebab tu pagi tadi gerak dari rumah mak...sebab cucu kesayangan opah ade balik.

Pukul 12.20 gerak dari Tapah ke Kg. Gajah...perjalanan lebih kurang sejam..menyeronokkan..sebab kami ikut jalan kampung...very excited...lalu sawah padi lagi...dah lame tak jalan-jalan kat tempat macam tu.
Sampai jer kat pekan Kg. Gajah kami pun isi minyak...masa tu la amik kesempatan nak tanya org kat mana Arked Mara...hehe..dekat jer...sebelah pasar. Pusing2 kat situ..dah jumpa..tapi alamak...klinik tutup..doktor kluar rehat...kul 3 baru masuk. Huhu..sabar ini ujian Allah..dari 1.30 nak tunggu pkul 3 ptg..mak ai! lamanye..dekat 2 jam. Tapi rasenye kejap jer..sebab kami berdua..sempat pergi lunch keli ikan keli bakar kat medan selera...sungguh menyelerakan..cari masjid solat jap(Alhamdulillah)..pastu pergi bank cucuk duit...semua setel dah pukul 2.45..ok lagi 15 minit jer...tunggu dalam kete.

Tepat kul 3..kami dah masuk klinik..mmmm..ingatkan doktor..rupanye asisstant dia...lebih kurang pkul 3.30 baru doktor datang..tapi kami masih menunggu..sebab turn kami yang kedua..sementara menunggu tu ade org dtg lagi..en hubby malu org dengar problem dia..sebab doktor consult secara terbuka..xde bilik..siapa yg menunggu boleh dengar. Dengan baik hatinya..dia suruh org yg dtg kemudian tadi pergi dulu. Lame la jugak terus menunggu..kul 4 baru giliran kami. Lepas kami pun ade yg menunggu dah. Tapi en hubby akur..xmampu nak tunggu lg. Jumpa doktor.
Doktor: sape yang ade masalah?
Hubby: saya..
Doktor: ape masalahnye?
Hubby:Azoospermia
Doktor:Dah brape lama kawin?
hubby: setahun setengah...
Doktor:mmm..air ade..tapi isi xde..kosong

Doktor terus ambik buku kat sebelah dia..."saya kena tengok buku balik sebab jarang ade kes ni"....doktor pun menyelak buku homeopathy..aku nampak tajuk muka surat tu..infertility...rupanye dia cari ubat yang sesuai untuk masalah ini.Hubby pun cakap dia ade diabetic..doktor suruh ambik daun ceri rendam dalam air teh setiap hari..lepas tu minum minyak zaiton 1 sudu teh..setiap hari... doktor bagi ubat diabetis 2 botol dan ubat untuk sperm 2 botol..serta 6 botol ubat biji.1.2.3.4.5.6..selesai en hubby.

Aku pun kena makan ubat jugak..doktor kata rahim aku tak kuat..walau pun aku dikatakan normal xde ape2 masalah...6 botol ubat biji..2 botol ubat titis..untuk hormon...

Doktor pesan supaya berisgtifar dan banyak bersedekah...Insyaallah..rezki tu ada.
Total bayaran semua RM120..Alhamdulillah..bekal untuk sebulan..

Nak citer la sikit...org yang ketiga yang dtg tu pun dtg untuk usaha dapat zuriat....tapi istri je yang datang..somi dia tak dtg. doktor suruh dia telefon jer..doktor cakap ngan husban dia. Lepas tu doktor bagi ubat untuk rahim istri terbalik dan sperm husban yang sikit..pompuan tu datang dengan kawan dia..yang mengadung 4 bulan..pompuan tu mintak ubat untuk alahan pregnant..hehe..rupanya..pompuan tu pun sebelum ni datang situ untuk berubat lepas setahun setengah x pregnant..happy plak dengar gud news macam tu....dengan harapan suatu hari nanti aku juga mampu menikmati perkara yang sama.




Monday, 29 April 2013

DaH SiHat DaH

Salam blogger..

Lagi setengah jam nak abis keje..bosan plak nak buat keje..memandangkan hari ni pun dah 29 April..lagi sehari jer April nak tutup tirai..aku saje2 nak mengumell sikit kat blog ni.Actuallly, xde ape cite yang menarik nak di kongsi. Cuma nak update perkembangan diri En. hubby yang dah semakin sihat tu. Ni dah masuk hari ke 15 selepas operation hari tu..mmm..sihat sangat dah nampaknye...boleh berlari2 lagi.Alhamdulillah...walaupun en hubby ni..pesakit diabetic..luka operation tu cepat gak sembuh.

Sekarang ni hubby ade lepaking kat umah jer...lepas 2 minggu doctor bagi mc..dia pergi isi borang cuti lagi sminggu. Orang sihat la katakan...bukan leh dok diam kat umah tu..nanti aku balik umah..macam2 hal jadi.
Its ok..jangan marah2 dah. Kecewa di buatnye..

Esok en. hubby kena wat sperm test skali lagi.. sebab doctor nak comfirm balik result tu..esok gak dia kena amik darah utk cek hormon testron,fs dan lh. Ntah berapa tiub nnt kena amik...dia kena cuti. 1 May plak plan nak cuba jumpa doctor homeopathy..mana la tau kalau rezki dengan rawatan ni leh dapat anak..namun yang penting...baikkan diabetic dan wujudkan sperm...

Semuanya dengan izin Allah.

Thursday, 18 April 2013

ApPendixS

Salam 1 Malaysia..

Belum pun surut kesedihan ujian yang melanda..di datangi satu lagi ujian...Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Ampunilah dosa2 ku. Tajuk appendixs tu xde kne mengena pun dengan ape2 attachment.
Appendixs yang dimaksudkan adalah sakit. Seminggu selepas keputusan Azoospermia tu tiba hubby sakit perut yang teruk pukul 12 malam sampai kul 5 pagi.

Nak dijadikan cerita...dah dekat seminggu aku mengalami depression sebab result tu..sedih sangat2..x berapa nak bercakap..makan pun x selera..then, hari Sabtu seminggu selepas kejadian..aku baru dapat terima kenyataan itu ujian ALLAH. Baru selera nak makan..buat kerja rumah..jiwa baru nak tenteram. Hari Ahad tu punya la enjoy masak untuk hubby..buat kerja rumah..mengemas..lipat kain yang dah seminggu bertimbun..wah!bertenaga sungguh..tengah hari tu aku sempat masak kurma ayam...mula2 plan nak masak pajeri nenas..bila dah kupas nenas tu..tengok2 nenas terlebih masak..dah lembik..so..xleh nak buat gulai..makan mentah jer la...manis betul..so makan la kami berdua. sebiji nenas tengah hari tu. Malam tu dah malas nak masak..tiba2 teringin makan kfc..ajak hubby pegi kfc..i sanggup belanja..makan snack plate jer dengan ice lemon tea..mmm..kenyang. Cheeze wages terpakse bawak balik sebab tak abis makan.

Sampai umah..dahaga plak...teringat lemon ade dalam frigde..leh buat air untuk cut cholestrol sebab tadi dah makan ayam goreng yang high cholesterol. So malam tu aku buat lemon tea suam..Then tido..Tiba2 kul 2.30 aku jaga..hubby lum tido lagi..tengah sapu minyak angin kat perut..sakit perut katanye. Sebab nenas kot.. aku sambung tido lagi. hubby masuk bilik kul 4..x lega lagi sakit perut..aku bagi dia makan magnesium...kot2 la angin gastric..pastu muntah..hubby kata lega skit. aku sambung tido lagi...kul 5 aku jaga lagi..hubby mengerang sakit..aku try bagi habatussauda pulak...mmm..muntah lagi...xde jalan penyelesaian lain. Hospital la jawabnye.

5.30 pagi..nasib baik hospital dekat dengan umah 5 minit sampai unit kecemasan. Adoi..staf amat la kurang..so tunggu gak 15 minit..hubby kena cucuk drip..doktor suruh masuk wad..comfirm dah...aku call la sape2 yang patut...mula2 ingat kena wad kat sini jer..skali kena wad kat ipoh. Adoi..problem lagi. Sampai ipoh..Doctor comfirm appendixs...malam tu jugak kena operate. 2 hari aku korbankan cuti.Hubby dah kluar wad..sekarang MIL jaga. Nasib baik MIL ada..kalau tak..pengsan aku nak jaga..Tapi wat sementara waktu ni..aku kena travel gi kerja dari umah MIL...sangat la penat.

Tuesday, 9 April 2013

TrYing To CoNciEve (4)

Salam..

Selepas dari appointment last week..segala-galanya berubah. Hati,raut wajah...dan segalanya.. result yang mengecewakan betul2 buat aku terduduk. Satu perkataan yang menggambarkan gelapnye masa depan ku...

Azoospermia...

Segala usaha...hancur lebur..setahun lebih aku jaga segala pemakanan..itu tak makan ini tak makan...akhirnya..musnah.


Friday, 29 March 2013

MaSiH TidAk

As-salam.

Hari ni dah kembali ke Jumaat...baru jer rasa macam semalam tulis blog yang lepas..sminggu dah rupanye. Diam-diam dah nak masuk bulan April lagi 2 hari. Mmmm..dua tiga hari ni..hati rasa tak bahgia..ntah la kenapa. Serba tak kena..makan tak lalu..dah tiga hari tak sentuh nasi..kalu tak sebelum ni..hari2 nak nasi..selere kurang baik..sebab perasaan tak tenang. Setakat life tempat keje ngan rumah..ape la sangat..bukan perlu berhadapan dengan kerenah bermacam2 orang. Tapi itu juga ujian..tiada kawan untuk mengadu...tiada keluarga untuk bermesra..hakikatnya..macam orang bisu.

Hari ni dan semalam..sayu dan sedih. Mengenangkan nasib seorang diri..Pagi2 lagi bergenang air mata...bila terkenang nasib..Ya ALLAh...sayangnya Kamu kepada aku...sejak berkahwin..aku sentiasa di uji..kadang2 rasa tak mampu untuk tanggung semua ni...tapi aku tahu...ALLAH maha mengetahui segala2 nya.. Hikmah yang kita tak nampak dan sedar. Semakin lama di sini hati makin memberontak. Takde tempat nak bercerita.

Ya Allah ampunkan lah hamba-Mu ini.Susah nak di ceritakan pasal hati. Aku cuba bertahan, namun makin ku tahan..menjadi virus kepada diri. Takdir itu milik Allah. Aku cuba mengelak bila orang tanya pasal anak. Kadang2 buat aku rase takmo mengaku dah kawin...sebab bila cakap dah kawin orang akan sambung soalan anak berapa...berapa lama kawin?/...nak menjawab tu rase macam hati ni di hiris2.. Tau tak downnye saya bile orang tanya pasal anak...minggu depan ade next cek-up untuk infertelity. Ape keputusannya aku pun berdebar2..sape yang problem masih lagi mengganggu fikiran...semakin dekat hari semakin takut.macam exam plak. Tapi aku berharap sangat kami takde masalah.

Dalam pada bimbang dan tidak ni..aku kerap jugak search pasal PCOS...simptom2 dia. sikit sebanyak aku ada simptom2 tersebut..mmm..tapi dalam pembacaan PCOS ni still boleh hamil. Jadi aku tak takut sangat. takut yang lain2 jer. Selain nak tunggu result blood test tu..MIL pun tengah tunggu result nak bawa aku g berurut. Pelik kan?..tapi itu la kebenarnya...Bukan ape..sebulan lepas dah MIL tanya aku nak ke dia bawa g urut sebab kawan dia punya anak berurut dgn bidan tu dpt lepas kawin 3 tahun. So. aku pun citer ngan mak aku. then. mak pesan...lepas dapat result baru ambik keputusan urut ke tak..sebab no point kalau aku buat semua tapi yang masalahnye hubby..so berdebar tunggu result minggu depan..Jadi jangan tension2.