As'salam
Melalui hari-hari pada minggu ni macam biasa..cuti sempena awal muharam yang lepas dimanfaatkan di rumah mentua. 4 hari tinggal kat rumah mentua bosan..pergerakan terbatas...tak macam tinggal kat rumah mak sendiri. Tapi aku kena akur...antara mak sendiri dan mak mentua...sebagai isteri mak mentua perlu diutamakan.
Actually aku nak luahkan ape yang tengah bermain kat benak hati aku. Dah tak tau nak describe macam mana..Yea..selama ini aku redha saja ape keadaan yang berlaku untuk aku. Aku sentiasa terima takdir Allah..dan aku sentiasa yakin perancangan Allah yang terbaik. Tapi akhir2 ni..hati ini sangat memberontak.. Memberontak?sebab ape?...sebab sunyi... terasa sangat sunyi. Berlenang air mata bila fikir pasal zuriat.
Fikiran ni sangat2 buntu. Apa usaha TERBAIK untuk kami dapat zuriat dari keturunan sendiri.
Setelah sebulan berubat dengan Pak hor...tak pasti ada perubahan ke tak. Cuma yang berlaku pelik sikit..period cycle jadi 26 hari. Sebelum kawin pun aku tak pernah 26 hari. Paling awal pun 28 hari. Tapi dalam masa yang sama aku ada ambil GLA Shaklee. Tak pasti mana satu punya kesan jadi macam tu.
Tapi....ape kaitan benda-benda ni?...kenapa aku yang beria-ria makan itu ini?....sedangkan en hubby yang ada masalah. En. hubby tak makan/ambil apa-apa pun....is it unfair? kenapa aku beria-ria berusaha..sedangkan dia tidak?..dan aku sedar secara logiknya ia tak kan berhasil...tapi aku masih teruskan.. Kadang-kadang buat aku terfikir...beruntungnya sahabat2 yang ada masalah infertility dipihak perempuan. Sebab apa?..sebab perempuan ada naluri keibuan yang kuat...keinginan nak jadi ibu tu tersangat kuat. Jadi usaha mereka juga kuat semata-mata untuk jadi seorang ibu. Tahniah! untuk ibu-ibu yang telah berjaya pregnant setelah bertahun-tahun usaha dengan pelbagai treatment. Sanggup dicucuk sana sini semata2 untuk permata yang satu itu. Bukan sekali..tapi berkali2. Operate itu..operate ini...kerana dambakan si comel yang hakikatnya...kita belum pasti kewujudannya.
Tapi situasi sangat berbeza bila infertility pada si suami...naluri kebapaan mungkin tak sama macam seorang ibu.(aku pun tak pasti). Setiap rawatan pasti ada alasan...takut sakit..takut itu..takut ini..all the negative thinking come out.. especially berkaitan rawatan2 moden.Jangan katakan pasal cucuk2..operate ni..makan ubat pun belum tentu untuk bersungguh2. So..jawapannya sampai bila?...menunggu jawapan tu kadang2 buat kita sakit yang amat. Tanpa ada usaha...tapi sentiasa mengharap(macam mana tu?).
Tiada apa-apa yang aku boleh lakukan selagi takde sebarang kata putus dari en hubby. Terasa macam orang gantung tak bertali.
Aku sentiasa berdoa en hubby akan terbuka hati untuk meneruskan rawatan hospital dalam masa terdekat...Doakan kami yer..
No comments:
Post a Comment