Damar Laut Resort

Damar Laut Resort

Tuesday 26 November 2013

SuCCeSfulL oF TheM (3)

As'salam

Alhamdulillah..hari ni Tuhan bagi kesihatan yang baik dari semalam(dah 2hari badan rasa panas tak berapa sihat). Hari ni cuma nak  kongsi inspirasi aku dengan kawan2 yang senasib. Aku memang tak pernah jemu untuk cari perkara2 yang berkaitan azoospermia ni...dan beberapa hari lepas aku terbaca dari satu forum mengenai kejayaan mereka dalam menangani masalah yang sama :-

"Hi...Finally I can give some good news for those who are dealing with Azoospermia. I have been waiting for 3 years to be able to post on here and give good news. DH has NOA azoospermia. Unexplained. And he was 30 when we discovered it, in the prime of his life, a real man's man. What a devastating blow to him! After more than 2 years of pussyfooting around, (in July 2009) we went to do the testis biopsy and the doctors actually said he had NECROSIS (!!!) on one testicle. And no sign of sperm. On the other side, they found SPERMATID (not even sperm! And only 3 of them!!!) Our chances seemed pretty slim.

But the nurse we were dealing with was magnificent. As far as she was concerned, as long as SOMETHING was found, we had hope. And then 2 weeks ago we went for the EC and ET...In seaching further in DH's cryogenically frozen tissue, they found another 11 spermatid (NOT SPERM). They tried to fertilize nonetheless, since 14 eggs had been retrieved from me. Well, the next day, they told us that 12 out of 14 had fertilized! OMG!!! We did a 3dt, and to our (and the doctors and nurses) utter amazement, 7 of the fertilized eggs were grade 1! (i.e 8 cells or better), 4 were grade 2 (6-7 or better) and 1 was grade 3 (around 5 cells). They transferred 3 embies that day and we settled into the 2ww.

I had been scrutinizing my body for symptoms, are my boobs looking bigger? Do I have any veins? Do I feel nauseous? NOTHING! Yesterday was 10dp3dt...and I just could not resist. I did a HPT...and to my utter delight, a second line showed up! I wish I had a scanner so I could show the cynics! miracles do happen!

My hubby had NOA with no sperm, not even in the testes! Only spermatid! If you dont know what spermatid are, they are immature sperm, sperm without the tail. And yet, this is our first ICSI, and we got a BFP! I am doing my beta test tomorrow. BTW, my DH's FSH level was also really really high. 35. Yikes! And also, I have gone through horrible doctors telling me things like "Now dont be upset, but you probably wont have kids," or "your chances are pretty slim", or the "prognosis is really poor with these spermatids". Oh yeah? Then explain 12 eggs fertilizing Grade 1? And explain my 2 lines on the HPT? Have faith. Miracles DO happen in spite of what the doctors tell you. His testis biopsy was brutal. Not a tiny little slit, because those dont really work because the area targeted is small. This was full out biopsy with a HUGE chunk of tissue removed, and the embryologist sifted through it for hours and found only 3 on the day of the biopsy. This sounds bad but he has 1 1/2 testicles left. Yes, he was slaughtered.

I used to hunt and hunt for posts like this, and I saw very few. I promised that I would write on here the day I got my BFP, because I know that there are plenty of women like me. If you have questions or anything at all, please contact me. I know what you are going through because I have lived through this. And I finally got my positive yesterday! I still feel like this is a dream, but I tested again today using clearblue, and the result is BFP again! We live in South Africa, which contrary to what a lot of people think, is highly advanced in areas of medicine (after all, the first heart transplant was done right here in Cape Town, South Africa, by Dr Chris Barnaard). The procedure I did was ICSI, which has a greater success rate than with IVF. Look it up. Email me through this site and I will give you my private email address if you want to talk more. I will happily answer any questions you may have. Write "azoospermia" in the subject heading so I know its not spam. As I said, I have lived through this everyday since the day I got married and I remember feeling so lost when I would scour the websites and people would not reply back to me once they got their good news. I swore I would never be like that. Forget all those who are still looking for answers. If you want to even chat with me, I can even skype with you. It happened to us, it can happen to anyone else. NOA, no blockage, no sperm at all, necrosis (that means DYING TISSUE!) on one testicle, and here I am pregnant!"

MOGA IA BOLEH JADI INSPIRASI BUAT AKU DAN KAWAN2 TTC YANG SENASIB. 

Thursday 21 November 2013

SYaHidNya SeoRanG MuJahiDDin

As'salam,

Subahanallah...Alhamdulillah..Allahhuakbar...Sesungguhnya mati itu pasti...itulah yang mampu aku luah dalam hati tatkala menonton video kenangan AHMAD AMMAR AHMAD AZAM..pemuda Malaysia yang syahid di turki pada 2 November 2013 bersamaan 1 Muharam 1435H. Video berdurasi selama 24minit 15 saat sangat menyentuh hati. Untuk peringatan aku dan umat Islam.

http://www.youtube.com/watch?v=HIR30U3E9sE



Manusia yang lahirnya seorang yang biasa...berakhir dengan kematian yang luar biasa. Mampukah kita Syahid seperti Ammar?

Untuk muhasabah diri sendiri...
Ahmad Ammar mendapat Hidayah se-awal umur 20 tahun..Apa yang aku buat pada masa umur aku sebaya Ammar? Aku masih leka dengan hal duniawi.

Ya Allah......masih banyak kekurangan aku dalam mentaati perintah-Mu.

Monday 18 November 2013

SuPPleMeNt UnTuK LeLaKi

As'salam...

Apa khabar sahabat2 blogger?....hari ini datang ofis dengan otak yang kosong...tak mo fikir apa2...cuma yang terfikir nak update blog...haha..Monday blues...blurrrr.

Otak yang kosong..tapi still nak bercerita....ye la dah seminggu tak update...macam lame jer..macam malas jer...Opps..bukan malas...tapi akibat dari kekangan masa.. Minggu lepas sibuk dengan audit. Mengelabah dibuatnya...rasa macam buat kerje giler pun hado.. Mana taknye..akaun selama 6 bulan disuruhnya aku key in dalam masa 3 hari...GILER KER????..ingat aku robot ke.. kalau setakat 40-50 transaction boleh lagi aku siapkan...Ini...dekat 400 transaction...mau tak tido malam dibuatnya. Tapi dengan usaha keras aku ni...setakat kerja sampai 11 malam selama 3 hari..mampu siap 380 transaction..huhu..Alhamdulillah setel jugak closing account tahun ni. Tapi tak habis kat situ..banyak yang tak betul..gara2 buat kerja last minute. Nampak gayanya banyak adjusment nak kena buat lepas ni....

Dalam pada sibuk minggu tu...MIL sibuk promote kat aku Proxceed Plus...tau tak ape tu? Ala...supplement yang doktor Zubaidi cadangkan untuk lelaki yang ada masalah sperm.  MIL..siap pm kat facebook lagi.  Mula-mula suruh aku baca bab kesuburan lelaki...kat blog dr Zubaidi...penat aku cari..tak jumpa plak. Last2 tanya ape nama supplement tu?...Proxceed Plus...haaaaa..kan senang....


Tu...dia...nampak tak macam mana rupa dia?..tengok dari pada gambar ni..kandungannya macam serbuk jer...bancuh dalam air. Kalau pil..confirm en hubby tak makan punya.(kalau beli la..) Kalau ikut kegunaannya adalah untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma....mmmmm..pada aku mungkin sesuai untuk suami2 yang kurang kuantiti sperma dan lemah. Tapi untuk azoospermia sesuai ke tak?...bila dah baca info tu.(kalau nak tau lebih lanjut google la yer..) Mula2 dah rasa macam...mmmmmm..macam tak sesuai jer untuk en hubby.. tapi sebab rasa tak puas hati yang menggunung...terus pm dr Zubaidi..tanya sesuai tak untuk orang ada masalah Azoospermia?..sehari lepas tu baru doktor balas..."W'salam sekiranya ia disebabkan masalah production, boleh dicuba. Sekiranya disebabkan saluran tersumbat, pembedahan mungkin perlu dilakukan".. Yang mana satu masalah en hubby yer?...tak tau pun..sebab tak continue lagi check up dgn hospital. Tapi aku agak...masalah production sebab hormon level hari tu memang out of normal range..(terernya kau buat andaian)..sekadar pengetahuan atas pembacaan aku jer. Ok..patut ke en hubby cuba?...

Alamak...bila dah jumpa MIL...harga Proxceed Plus ni RM270 sekotak..untuk 15 hari..kena ambil sekurang2nya 3bulan untuk tengok kesannya....huh..mandi peluh aku dengarnya...macam2 terfikir...beli karang en hubby tak minum..harganya sama dengan belanja rokok en hubby sebulan...beli kang tak berkesan utk azoospermia...adoi la. Ape yang terbaik yer?...cari2 testimonial yang berjaya setakat ni pun..setakat masalah kurang kuantiti dan lemah jer...belum jumpa yang azoospermia lagi...







Friday 8 November 2013

BiLa HaTi BeRkaTa-KaTa

As'salam

Melalui hari-hari pada minggu ni macam biasa..cuti sempena awal muharam yang lepas dimanfaatkan di rumah mentua. 4 hari tinggal kat rumah mentua bosan..pergerakan terbatas...tak macam tinggal kat rumah mak sendiri. Tapi aku kena akur...antara mak sendiri dan mak mentua...sebagai isteri mak mentua perlu diutamakan.

Actually aku nak luahkan ape yang tengah bermain kat benak hati aku. Dah tak tau nak describe macam mana..Yea..selama ini aku redha saja ape keadaan yang berlaku untuk aku. Aku sentiasa terima takdir Allah..dan aku sentiasa yakin perancangan Allah yang terbaik. Tapi akhir2 ni..hati ini sangat  memberontak.. Memberontak?sebab ape?...sebab sunyi... terasa sangat sunyi. Berlenang air mata bila fikir pasal zuriat.
Fikiran ni sangat2 buntu. Apa usaha TERBAIK untuk  kami dapat zuriat dari keturunan sendiri.

Setelah sebulan berubat dengan Pak hor...tak pasti ada perubahan ke tak. Cuma yang berlaku pelik sikit..period cycle jadi 26 hari. Sebelum kawin pun aku tak pernah 26 hari. Paling awal pun 28 hari. Tapi dalam masa yang sama aku ada ambil GLA Shaklee. Tak pasti mana satu punya kesan jadi macam tu.

Tapi....ape kaitan benda-benda ni?...kenapa aku yang beria-ria makan itu ini?....sedangkan en hubby yang ada masalah. En. hubby tak makan/ambil apa-apa pun....is it unfair? kenapa aku beria-ria berusaha..sedangkan dia tidak?..dan aku sedar secara logiknya ia tak kan berhasil...tapi aku masih teruskan.. Kadang-kadang buat aku terfikir...beruntungnya sahabat2 yang ada masalah infertility dipihak perempuan. Sebab apa?..sebab perempuan ada naluri keibuan yang kuat...keinginan nak jadi ibu tu tersangat kuat. Jadi usaha mereka juga kuat semata-mata untuk jadi seorang ibu. Tahniah! untuk ibu-ibu yang telah berjaya pregnant  setelah bertahun-tahun usaha dengan pelbagai treatment. Sanggup dicucuk sana sini semata2 untuk permata yang satu itu. Bukan sekali..tapi berkali2. Operate itu..operate ini...kerana dambakan si comel yang hakikatnya...kita belum pasti kewujudannya.

Tapi situasi sangat berbeza bila infertility pada si suami...naluri kebapaan mungkin tak sama macam seorang ibu.(aku pun tak pasti). Setiap rawatan pasti ada alasan...takut sakit..takut itu..takut ini..all the negative thinking come out.. especially berkaitan rawatan2 moden.Jangan katakan pasal cucuk2..operate ni..makan ubat pun belum tentu untuk bersungguh2. So..jawapannya sampai bila?...menunggu jawapan tu kadang2 buat kita sakit yang amat. Tanpa ada usaha...tapi sentiasa mengharap(macam mana tu?).

Tiada apa-apa yang aku boleh lakukan selagi takde sebarang kata putus dari en hubby. Terasa macam orang gantung tak bertali. 

Aku sentiasa berdoa en hubby akan terbuka hati untuk meneruskan rawatan hospital dalam masa terdekat...Doakan kami yer..



Friday 1 November 2013

MiMpi CinCiN EmaS

As'salam

Pagi-pagi2 lagi dah tak boleh fokus kat kerje. Tetiba teringat pasal mimpi..siap cari kat en. google untuk tafsir mimpi malam tadi. Mimpi ape ye?...haha...Tajuk post pun dah tau kan...MIMPI CINCIN EMAS.

Aku ni kira manusia yang jarang bermimpi...haha..mimpi tu kan mainan tidur. Maknanya aku jarang main masa tidur..hihi.

Haaa..ni nak cite sikit pasal mimpi malam tadi..aku mimpi sarung cincin emas belah rotan...bukan sebentuk jer..tapi 2 bentuk. Cincin tu pulak muat2 jer kat jari aku. Aku sarung sendiri jer. Cincin dalam mimpi tu pun bukan cincin aku...tak tau dari mana datangnya. Sedangkan dalam masa yang sama aku memang ada pakai cincin kawin dan cincin merisik kat jari. Sekali sarung dah jadi empat cincin kat jari...so..sweeet. Liplap..liplap anak mummy.Lepas tu terjaga..tegok jam baru pukul 5 pagi... dan terfikir..sekadar mainan tidur atau petanda?


Dah google tafsir mimpi, tapi macam tak menepati kriteria yang di perlukan, tapi aku nak share jugak ape yang aku dapat dari search key word mimpi cincin emas :-

1) Mimpi memakai cincin emas,akan mendapat ilmu.

2)Sekiranya seorang wanita yang berumahtangga bermimpi tentang cincin,itu kemungkinan memberi   petanda   tidak baik iaitu mungkin akan berlaku perbalanhan dengan suami.

3) Mimpi cincinnya diperbuat daripada emas, bererti seluruh harta yang dimilikinya makruh hukumnya (dibenci) dan haram.

4) Mimpi pada jarinya ada cincin yang biasanya tidak di pakai dalam waktu jaga, bererti memperolehi kekuasaan dan kekuatan atau mengahwini seorang perempuan lalu memperolehi anak yang diberkati.(.hehe untuk lelaki la..)

5)Jika wanita bermimpi diberi cincin,bererti diakan menikah dan punya anak.(hehe..aku dah menikah..tapi tak punya anak)

6)Bermimpikan emas di tangan wanita ia menunjukkan perhiasan, kegembiraan & keselesaan

Cukup lah 6 tafsiran yang berbeza banyak lagi sebenarnya... yang positif ada..yang negatif ada. Terpulang pada ilmu mentafsir masing2. Yang penting kita tak boleh 100% percaya sebab segala kejadian kehidupan adalah ketentuan Allah. Semoga ada sesuatu yang baik buat aku.

Actually, sebab apa aku tekankan sangat pasal mimpi cincin emas ni?sebab mak aku pernah cerita...setiap kali dia nak pregnant dia mesti mimpi dapat emas. 5 kali mengandung walaupun 1 gugur..5 kali dia mimpi dapat emas. 


Dasyat kan?...Bertuahnya mak sebab Tuhan bagi anugerah nikmat macam tu. Tapi seingat aku mak cerita..dia pergi menyelam sungai perak..dapat emas tu. Masa tu memang mak selalu mandi sungai perak.


Sebab aku ni anak emak..jadi boleh pulak aku fikir...aku pun akan dapat mimpi macam mak aku bila nak pregnant nanti..logik ke?????..ish..ish..ini semua poyo...perasan jer lebih.