Semalam masa boring2 xde wat kerja aku saja2 google pasal rawatan melalui mata yang hubby buat tu.. Rupanya baru aku tau..ade istilah dia iaitu..IRIDOLOGY...Ada jugak info yang mengatakan iridology ni adalah istilah bagi akupuntur mata..ntah betul ker tidak.. Kalau google pun tak banyak info sangat macam akupuntur or homeopathy..aku pun tak sure kenapa?...maybe cara rawatan ni tak ramai pengamal yang wujud kat Malaysia ni..aku pun baru jer tau..hehe. So aku nak share sikit info yang aku dapat dari website lain.
Mata yang Allah kurniakan bukan sahaja untuk melihat. Ianya juga merupakan gambaran tahap kesihatan seseorang. Apa-apa sahaja yang berlaku terhadap organ-organ dalam badan kita, ianya akan terakam dalam mata kita. Kelebihan dari rawatan ini ianya boleh menganalisis dan mengawasi tahap kesihatan seseorang itu.
Iridologi kini merupakan salah satu ilmu yang sedang berkembang dan mulai digunakan oleh pengamal perubatan tradisional dan homeopathy.
Didalam iridologi terdapat carta iris yang
menunjukkan lokasi organ-organ pada tubuh manusia. Teorinya menyatakan
iris mata itu pada hakikatnya berhubungan dengan setiap organ dan tisu
tubuh menerusi sistem saraf dan otak. Fiber saraf yang terdapat pada
iris akan memberi tindakbalas terhadap sebarang perubahan yang berlaku
didalam tubuh dengan cara memanifestasikan fisiologi refleks yang
sejajar dengan lokasi dan perubahan tisu tertentu.Menerusi kanta pembesar dan
sebuah lampu khas, seorang iridologis boleh melihat dan mentafsir atau
menganalisa tahap kesihatan seseorang, juga menunjukkan dimana terdapat
kekuatan dan kelemahan organ-organ dan tisu tubuh seseorang itu.
Iridology adalah diantara kaedah menganalisa kelemahan anggota
badan.Fiber iris berhubung kait dengan gangguan kelemahan diseluruh
anggota badan melalui sistem rangkaian saraf. SEORANG IRIDOLOGIST YANG BERPENGALAMAN boleh menganalisa dengan tepat tentang masalah fiber saraf mata
Apa itu Iridology?.. Satu kaedah sains dimana maklumat-maklumat keadaan
kesihatan badan seseorang dapat diterbitkan dengan cara memerhatikan
petanda-petanda unik dalam irisnya.
Satu ilmu mengenai iris mata
yang merupakan satu gabungan raksasa penghujung-penghujung
saraf(dianggarkan 28,000 saraf dalam seluruh anggota tubuh yang badan
dimana ianya saling sambung-menyambung dengan organ-organ tubuh badan
yang tertumpu pada iris.Dapat mengetahui tahap kesihatan organ-organ dalaman yang menyebabkan punca pelbagai penyakit.
Apa kelebihan Iridology?... Iridologi adalah selamat,tiada sebarang sentuhan fizikal. Dapat mengenal pasti secara tepat dan jitu tentang bahagian tubuh yang bermasalah., Keadaan kesihatan dapat diketahui tanpa maklumat dari pesakit. Kaedah iridology mempunyai kebaikan tersendiri dan ia mampu mendedahkan hal-hal seperti berikut; Kelemahan dan kekuatan yang sedia ada pada tisu dan organ.Paras keasidan badan
Tahap toksid dalam tubuh dan menunjukkan tempat dimana ia terkumpul. Tahap mental dapat dikesan dengan melihat pada reaksi terhadap emosi,tekanan dan keletihan.Tahap keseluruhan tubuh-lemah,pertengahan dan baik (kesihatan secara umum).Punca masalah kesihatan dan kaitannya dengan organ tertentu.Keadaan anggota tubuh-akut (acute), sub-akut (sub-acute), kronik (chronic) atau merosot teruk (degenerative).Sejarah Iridology...
Iridology mula-mula ditemui secara kebetulan pada awal tahun 1820 oleh seorang anak laki-laki
bernama Ignaz Von Peczelly berhampiran Budapest, Hungary. Si Ignaz yang pada waktu itu berumur 11 tahun, berjuang melawan seekor burung hantu yang mengerikan dengan cengkaman kuku-kukunya yang tajam. Tanpa sengaja, kaki burung hantu patah dalam perlawanan dengan si Ignaz. Suatu saat, kedua-dua makhluk itu bertentang mata, dan si Ignaz melihat satu goresan hitam pada IRIS (selaput mata) si burung hantu. Si Ignaz membalut kaki si burung hantu dan memeliharanya sampai sembuh dan jinak. Walaupun kemudian sudah dilepaskannya, namun si burung hantu tetap saja tinggal di kebunnya sampai belasan tahun kemudian. Kemudian suatu hari, Si Ignaz mengamati, tercalar hitam pada IRIS burung hantu tadi berubah jadi tercalar putih, petanda sudah sembuh barangkali fikirnya. Disitulah dia mula berfikir lebih lanjut bahawa mungkin ada hubungan antara mata dan kaki burung hantu itu.Kemudian, Ignaz membesar menjadi seorang remaja dan masuk fakulti perubatan. Setelah dewasa dan bekerja di rumah sakit sebagai seorang doktor, dia tetap mengingati keadaan mata (iris) si burung hantu itu dan berfikir mungkin pada diri manusia seperti itu juga. Ertinya mungkin ada hubungan mata dengan bahagian tubuh lain.Maka setelah berada di rumah sakit, dia dapat peluang untuk melihat mata para pesakit, dari satu orang ke orang lain dan seterusnya. Dari pengamatannya selama bertahun-tahun dapatlah ia suatu keyakinan bahawa setiap penyakit yang serupa / sama dari orang ke orang, selalu memberikan tanda pada daerah tertentu yang sama pula pada mata (iris) orang-orang berkenaan. Begitulah seterusnya, penyelidikan dan pembuktian kebenarannya berkembang maju dari satu orang kepada orang lain, dari seorang ahli bekas muridnya ke ahli yang lain dan seterusnya.

Kemudian muncul seorang
Amerika, Dr Bernard Jensen yang pada waktu itu masih muda, tertarik dan
masuk ke dalam lingkungan ini. Kemudian melalui kajian-kajiannya
tentang iridology ini secara sendiri atau dengan group, selama lebih
daripada 50-tahun dari + tahun 1930, berjaya memudahkan penemuannya
dengan membuat suatu diagram atau peta iridology (sebagai hasil
pemeriksaan iris dari +350.000 orang), yang boleh digunakan dengan mudah
dalam membuat analisa / pembacaan keadaan yang berlaku pada tubuh
seseorang melalui irisnya dengan hasil yang sangat tepat.
Penggunaan Iridology di Malaysia...
Di Malaysia, orang dalam kalangan tertentu mula mengenal iridology mungkin baru
selepas tahun 90-an. Iridology belum / tidak tersebar secara meluas pada masyarakat umum. Padahal di
negara maju, Iridology sudah dikenali sejak 150 tahun lebih. Iridology merupakan satu rangkaian
ilmu pengetahuan mengenai cara mengesan atau mendedahkan penyakit dan kelemahan badan lain
yang sangat unik tetapi sangat mudah penerapannya.Cuma masalahnya, perlu masa untuk menarik
kepercayaan masyarakat kerana sudah lumrah untuk tidak mempercayai hal-hal yang baru.Disamping itu, masyarakat
beranggapan bahawa soal kesihatan seperti merupakan perkara yang suci.
Banyak hal-hal yang belum terjamah yang sangat
penting ertinya dalam pembinaan kesihatan
dan rawatan pelbagai penyakit.
Kat bawah ni contoh carta yang diguna pakai oleh Iridologist untuk menafsir penyakit/masalah badan manusia.
No comments:
Post a Comment