Damar Laut Resort

Damar Laut Resort

Friday 20 December 2013

KeSaN PeNgamBilanNya....

Assalamualaikum..

Salam jumaat sahabat2 blogger...hari ni nak share sikit pasal kesihatan my hubby. Kalau sesiapa yang ada baca entri sebelum ni..sahabat mungkin tahu hubby adalah penghidap diabetes type 2.

Minggu lepas kami pergi farmasi untuk cek glucose hubby...bacaan dia still tinggi 12.2mol...untuk puasa....ubat hospital dah lama tak makan...makanan memang tak pantang. The worst thing is....berat dah turun dari 79kg ke 74kg. Kalau orang sihat itu satu kejayaan buat mereka...tapi buat hubby..satu kegagalan atau kejayaan aku pun tak pasti. Tapi satu perkara yang ada peningkatan untuk tekanan darah dia...109/70...yang terbaik dalam rekod dia yang pernah ada. Sebelum ni...182/79(masa ni doktor dah bagi ubat cholestrol)...hehe...of coz la hubby tak makan ubat tu. Bacaan cholestrol yang terbaru time cek kat farmasi tu..5.1...pharmacist tu kata..wah memang cantik bacaan ni. Tekanan darah dengan kolestrol ok...tapi glucose tu kena kurang lagi.......dia suruh kurang makan nasi....haha...kita orang melayu...nasi makanan ruji.

Kalau tengok pada rekod yang terbaru ni....agak2 apa la yang en hubby buat sampai leh turun berat dan cholesterol macam tu sekali... Senaman?..huhu..memang tak la...Dah ramai tegur en hubby dah kurus...dia sendiri pun tak tau nak jawab ape...bila orang tanya...kenapa kurus....kurang makan jawabnya. Mungkin jugak kot. Tapi satu benda yang aku nak share ialah satu produk ni....keluaran Fadhilat Herb.



 Kalau nak tau detail pasal produk ni boleh la tanya en google. Hubby hanya pengguna bukan penjual. Aku pun tak tau nak panggil ape produk ni...tapi ngan hubby aku sebut melada pahit jer..haha..memang pahit pun. Tapi lalu pulak dia minum hari2. (Satu2 nya supplement yang hubby tak putus ambil) kalau yang lain jgn harap...dah beratus aku habis..idak disentuhnya.(frust aku).

Produk ni diperkenalkan oleh kawan sepejabat hubby 3 bulan lepas..since dia tau hubby diabetic dia pun promote. Sebab kawan jual..hubby pun beli la...Alhamdulillah...aku sebagai orang yang paling rapat nampak perubahan dia lepas sminggu dia ambil...dia tak nampak penat macam dulu. Kalau tak bila balik keje asyik merungut badan lemah. Nampak dia lebih aktif dari biasa. Since dah tengok perubahan macam tu..aku bagi galakkan untuk dia terus minum air ni. ..dah tu ubat hospital xmo makan. Kalau biar nanti melarat pulak. Aku rase sebab apa dia lalu minum air ni....sebab sejuk...leh letak dalam peti sejuk. Hubby memang penggemar ais. Tiap2 pagi aku ni jadi penuang setia air ni..org pagi2 tuang teh untuk suami..aku plak tuang ubat untuk suami..bior la..janji dia nak minum. Sebulan hubby minum 4 botol....harga pun tak mahal..kalau nak banding ngan supplement2 lain...sebotol dalam rm20..untuk seminggu.

Aku pun macam teringin nak minum bila tengok tahap kesihatan dia yang meningkat tu...tapi tak termampu nak minum pahitnya.......
 Aku ada terbaca...entah kat mana entah...air ni pun boleh bantu untuk kesuburan....tapi ibu mengandung tak boleh minum.  Untuk wanita yang period tak teratur boleh la cuba.

Minuman ni sekadar usaha untuk dapatkan kesihatan yang lebih baik..segalanya dengan izin Allah.

Tuesday 17 December 2013

TaHun PerTaMa di SiNi

Assalamualaikum

Syukur Alhamdulillah..hari ni genap setahun aku bekerja di syarikat ini...semakin hari pengalaman semakin bertambah hendaknya.

Aku sendiri tak sangka boleh bertahan di syarikat ini hingga hari ini.Kalau dulu...masa baru kerja selalu terfikir nak cari kerja lain. Bukan sebab tension...tapi sebab kesorangan...sedih kena kerja sorang2 tanpa kawan2 sekeliling. Tinggal kat ofis sorang2....dulu macam tak percaya boleh bertahan...sebulan kerja dah fikir nak cari kerja lain. Tapi itu la hakikat manusia biasa...lebih suka pandang yang negatif dari positif... Bukan itu jer..siap dengan dorongan orang sekeliling especially ahli keluarga suruh cari kerja lain...konon-kononnya senang nak cari kerja.

Tapi semua tu aku berjaya tepis...huhu..terharu jugak dengan kejayaan diri sendiri ni. Dalam diam dah setahun aku manage company sorang2....hahaha...macam company ni aku yang punya. Dulu aku tak dapat bayangkan ape akan jadi pada aku kalau aku keje kat sini lepas 3 bulan....aku ingat mesti dah jadi kera sumbang seh.(almaklum lah tak pernah keje sorang2)..aku fikir pengalaman aku tak dapat berkembang kalau stay kat company ni..semua kena buat sendiri..kena cari alternatif sendiri kalau nak apa2 maklumat.dan ini sangat2 mengajar aku maksud independent...mula2 dulu tak biasa..rasa nak nangis sebab company dulu,nak apa main mintak jer...sekarang semua kena cari sendiri...guna pengalaman yang ciput nih. ..Sebenarnya...ini lah rezki yang dah ditentukan untuk aku. Sepatutnya aku bersyukur....sebab ada kerja..betul tak?

Lepas 6 bulan kerja dengan company ni..baru sendiri sedar..."takkan nak berhenti lagi dalam masa kurang setahun..cukup2 lah company dulu setakat 6 bulan....bila fikir2 balik...tak cantik pulak resume aku. Keje sana...6 bulan..keje sini 6 bulan...kat situ boleh kurangkan markah 'loyalty" aku untuk sebuah company... Lagipun kerja kat sini tak buat aku tension...rasanya itu dah memadai bagi aku. Masuk kerja pukul 8..pukul 5 boleh balik...tengah hari boleh balik lunch kat rumah dengan hubby. Pengalaman dulu mengajar aku erti syukur...huh company yang terdahulu ada yang kena balik sampai 11 malam...mujur belum kawin masa tu.

Kat sini kerja pulak dengan kaum adam...aku sorang kaum hawa...jadi soal anak...xjadi masalah. Takde adik or kakak yang nak bercerita pasal pregnant ke..pasal anak ke....lega.

Hehe...since dah genap setahun ni...pelan2 dah kena buat rancangan untuk 2014...nak stay kat sini..atau cari tempat baru. Tapi kalau kat area Tapah ni...berapa banyak vacancy yang ada?...alamak..kena berhijrah pulak?...takpe2 fikir kemudian.

Alhamdulillah dah setahun ni..kepercayaan bos kat aku dah makin bertambah...dengan harapan aku akan bertahan untuk masa akan datang..BOLEH?..siap mintak aku datang ofis KL sehari setiap minggu. Atas alasan dia tak percaya accountant yang sedia ada kat sana. Sakit hati gak aku...aku pulak yang jadi mangsa keadaan sebab orang tu.Walaupun..keputusan belum muktamad lagi...aku memang tak setuju..

Segala yang berlaku atas kehendak-Nya..segalanya ada hikmah. Pengalaman yang paling mencabar di sini....adalah menjadi amanah. Almaklumlah..kerja tanpa pengawasan manusia...bila2 masa pun boleh mengulat.

Dan..bekerja di sini la..aku mampu berblog....banyak masa terluang...kalau kat tempat lain selesai kerja or penat sekejap boleh chit chat ngan kawan sebelah. Tapi kat sini aku hanya boleh chit chat online jer. Tapi tetap tak sama bila kita bersembang face to face kan???? dan ini menyebabkan aku lebih banyak luangkan masa membaca info2 kat google...bila BOSAN.



Ape2 pun nak wish congrat kat diri sendiri sebab dah setahun keje kat company ni...hehe.TAHNIAH!.
InsyaAllah..dengan pengalaman yang ada setakat hari ini dan akan datang..akan digunapakai untuk kerjaya aku di masa depan..