As'salam
Kebetulan pagi ni aku buka satu community website terbaca artikal pasal SABAR. Mungkin boleh jadi panduan buat semua...tak kira sama ada TTC atau sesiapa saja yang sedang melalui ujian daripada Allah ketika ini...dan akan datang.:-
SABAR dipandang mulia di sisi Allah kerana
mendatangkan banyak kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain. Sikap
itu perlu diamalkan setiap masa dalam kehidupan seharian.
Keperluan sabar dikategorikan kepada dua perkara iaitu sabar menahan
diri daripada perkara yang disukai, tetapi dilarang oleh agama.
Satu lagi sabar bermaksud menahan diri daripada keadaan yang tidak disukai atau kesusahan yang dihadapi.
Sabar bererti menahan diri daripada mengikut kehendak hati atau
perasaan yang mendorong melakukan perbuatan yang mendatangkan keburukan.
Menahan diri ketika penderitaan, sanggup melakukan perkara sukar demi
mendapat kebaikan dan bersedia menghadapi tempoh panjang untuk
mendapatkan sesuatu.
Allah menyebut orang bersabar bakal mendapat kegembiraan, petunjuk, keberkatan dan rahmat daripada-Nya.
Sebab itu setiap orang mesti bersabar dalam menghadapi segala cabaran
hidup. Janji dan jaminan yang diberikan oleh Allah kepada orang yang
bersabar adalah bukti kebaikan yang tiada tolok bandingnya.
Dr Yusof Al Qardhawi berkata ada lapan perkara yang boleh membantu meningkatkan kesabaran seseorang, iaitu:
# Mengenali hakikat hidup di dunia yang penuh cabaran dan sementara.
# Mengenali bahawa diri ini milik Allah dan manusia mempunyai had tertentu.
# Yakin setiap perbuatan baik akan mendapat ganjaran Allah.
# Yakin bahawa Allah akan membantu hambanya.
# Berusaha mencontohi orang sabar.
# Sentiasa memohon pertolongan dan keredaan Allah.
# Sentiasa beriman kepada qadar dan sunnah Allah.
# Berusaha menjauhi penyakit penghalang sabar seperti marah, sedih berlebihan, putus asa dan gopoh-gapah.
Sabar boleh dibentuk dengan adanya harapan dan cita-cita untuk
mendapatkan sesuatu. Hal ini kerana seseorang itu pasti berusaha
bersungguh berlandaskan kesabaran untuk mencapai hasrat hati.
Ibnu Qayim dalam bukunya, Al Madaraji menyebut hukum bersabar itu adalah WAJIB
Sifat sabar adalah kunci kejayaan, insan yang tidak tekun dan tidak
sabar dalam menuntut ilmu tidak memperoleh pengetahuan. Pekerja yang
tidak sabar dalam pekerjaan tidak akan dapat menyiapkan tugasnya
mengikut jadual dengan mutu yang baik.
Kesabaran sangat
dikehendaki dan ada batasnya. Kita perlu mengelakkan sesuatu pihak
menggunakan sifat kesabaran yang ada pada diri sebagai senjata
memusnahkan diri kita.
Oleh itu, setiap insan perlu mempunyai
tahap sabar yang tinggi bagi mengatasi apa juga persoalan kehidupan. Ia
bagi memastikan kehidupan dapat ditempuhi dalam keimanan tinggi.
alhamdulillah...perkongsian yang sgt menarik. semoga kita sama2 menjadi insan yang sabar...
ReplyDelete