Damar Laut Resort

Damar Laut Resort

Monday 21 July 2014

TRaDiSioNal CHiNeSe MeDiCiNe 4

Assalamualaikum

Ape khabar sahabat2 sekalian..Alhamdulilah..sedar tak sedar..kita dah berada pada 23 Ramadhan 1435H. InsyaAllah..untuk sepuluh malam2 terakhir ini...kita dapat bertemu dengan malam seribu bulan.

Hari ni aku saje nak update entri tentang kali ketiga ke klinik TCM Sabtu lepas,aku sempat teman en hubby ke klinik.Alhamdulillah.kesihatan en hubby bertambah baik...bacaan glukos dalam darah semakin menurun..dari 19.7...12.0...dan yang terkini 9.dalam tempoh 20 hari. pemeriksaan air kencing terhadap kandungan protein pun dah semakin baik..dari bacaan +3..+2...dan +1. Kata doktor buah pinggang still lemah... doktor bg tambahan herba dalam air herba yang biasa tu. Harap lepas ni boleh bagi kesan yang memberangsangkan kepada buah pinggang. Kapsul untuk diabetic still kena continue ambil..harap2 ade penurunan lagi. Air herba hari ahad baru boleh ambil..memandangkan kami balik berbuka di rumah mak..so tak sempat nak ambil siang hari..kami janji dengan doktor ambil malam...hihi finally..doktor surh ambil kat rumah dia pukul 10 mlm...

Alhamdulillah...semuanya di permudahkan..mungkin melihat kesungguhan kami datang setiap minggu ke klinik untuk berubat...doktor sudi membantu memudahkan urusan. Ibu doktor itu sendiri yg call aku supaya jangan lupa datang ambil ubat kat rumah malam nanti. Kali ni dapat rezki lebih...air herba tu biasanya dapat 14 paket untuk 7 hari..tapi kali ni dapat 18 paket. So cukup utk...9 hari..tak payah cepat sangat nak kena ulang ke klinik.

Hari ini..hati berbunga2 sebab semalam baru pergi melawat bff bersalin anak kedua...baby girl..Happy sangat dapat riba baby sejam lebih...baby tak nangis pun.  Kulit baby sangat cantik.licin..putih merah.banyak kali dapat cium baby. Bercerita tentang saat melahirkan anak....senang je si bff ni bersalin. 20 minit tahan sakit dah keluar baby...Ya Allah..kalaulah aku diberi nikmat itu..bersyukurnya aku.


Thursday 10 July 2014

KeSiHaTaN MaKiN BaiK

Assalamualaikum

Alhamdulillah dah masuk 12 hari kita berpuasa tahun ni... moga ramadhan ini dapat menambah keimanan dan ketaqwaan kita pada-Nya. Syukur yang teramat....kerana ramadhan kali ini,jiwa dan hati aku merasa teramat tenang dan damai. Sesungguhnya ini satu nikmat yang jarang aku dapat sepanjang hari-hari biasa.

Hari ni cuma nak meng'update kesihatan en suami. Alhamdulillah...petang semalam berkesempatan pergi klinik TCM selepas sepuluh hari pengambilan air herba dan kapsul. Bila doktor buat check-up pada badan en hubby...Alhamdulillah...ada perubahan positif. Buah pinggang sebelah kanan yang lemah tempoh hari...semakin kuat tapi masih tak mencapai tahap yang baik. Kata doktor...buah pinggang sebelah kiri masih lemah. Kandungan gula untuk kencing manis pun ada penurunan kepada 12.00...ermm... itu bacaan masa xmakan kapsul, sebab dah habis...malam sebelum tu en hubby dah makan 2 biji durian...Mungkin kalau makan kapsul tu dan tak makan durian...boleh jadi banyak penurunan.

Doktor masih pesan suruh jaga pemakanan...4 makanan yang wajib dielakkan ikut kata doktor...pisang..pulut...teh..mee kuning. Kesian kat kami...dah lah minuman harian kami sememangnya teh 'o'...Jadi berkorban lah untuk kesihatan.

Air herba dan kapsul sambung pengambilannya untuk sepuluh hari lagi.

Dari pandangan mata aku secara luaran...en hubby lebih bertenaga berbanding sebelum ni...kalau tak selalu sangat dia mengeluh letih bila buat kerja berat sikit.Kadang-kadang tu balik kerja jer dah tak larat nak buat apa-apa.badan jadi lemah sangat..Alhamdulillah...sekarang ni dia pun nampak positif atas usaha kali ni. Kalau ini lah jalannya untuk kami memperoleh zuriat...InsyaAllah akan kami teruskan usaha ini. Doakan agar kami istiqamoh dengan usaha ini...



Wednesday 2 July 2014

TRaDiSioNaL CHiNeSe MeDiCiNe 3

Assalamualaikum..

Hari ni nak upload gambar air herba dan kapsul diabetic yg en hubby ambil hari tu.

  Gambar atas ni kapsul untuk diabetic...RM130 =20 biji

Kena telan 2 biji sehari..Alhamdulillah..en hubby tak pernah miss lagi setakat hari ni.Lepas berbuka sebiji,lepas sahur sebiji. 



  Gambar yang ni pulak air rebusan herba untuk kidney....RM55 = 14 paket

Kena minum 2 kali sehari..sama macam kapsul tu. Herba ni kena simpan freeze. Panaskan sikit sebelum minum.Huhu...semalam aku try minum sikit...pahit ya amat..en hubby kata rasanya macam kopi xde gula.

Sabtu ni kena pergi lagi,utk tengok perkembangan tahap kesihatan en hubby lepas ambil ubat ni. Kalau perkembangan positif...InsyaAllah...akan teruskan pengambilannya.