Damar Laut Resort

Damar Laut Resort

Monday 10 June 2013

TraDisiTiOnAl ChiNeSe MediCine

Salam blog..

Huh lamanye tak menaip blog ni...genap sebulan yang lepas aku menulis. Hari ni baru ade hati nak menulis semula..Actually takde specific topik yang nak di ceritakan.. Cuma nak kongsi sikit pasal Tradisional Chinese Medicine... Selepas jumpa dr syikin sebulan yang lepas macam2 maklumat yang aku search kat internet untuk azoospermia ni. Klau kat oversea banyak kes yang dapat sembuh dari sakit ni guna rawatan akupuntur dan chinese herb. So, lepas dapat info pasal ni..aku pun cari la tempat akupuntur yang berpengalaman dekat kawasan Ipoh...sebab mula2 plan nak pergi ker klinik dr. nik omar..tapi bila pikir2 balik...emmm..financial tak mengizinkan kalau nak berulang-alik dua kali sebulan. So, aku ade la jumpa website pusat rawatan cina kat ipoh..4 hari sebelum pergi aku dah call doktor tu citer sikit prob hubby. So, doktor kata ok..boleh jumpe dia on public holiday.

Alamak..on that day..wesak day...hihi..sampai depan klinik tutup plak. adoi la..nasib baik en hubby tak marah..dia call doktor. Then, doktor kata dtg balik pukul 2. Nasib baik dekat ngn umah mak. Mula-mula jumpa doktor, en.hubby kata nak buat akupuntur..bile doktor tanya balik apa problem?..terus tak jadi buat akupuntur...doktor consult en.hubby dulu. Lepas tu bagi 2 botol ubat herbal untuk seminggu..RM20 sebotol. doc kata ubat tu kuat..setengah orang tak tahan dengan ubat tu pans boleh jadi ulser mulut..dalam seminggu boleh nampak perubahan..doc kata badan hubby sejuk..jadi dia bagi ubat untuk panaskan badan..Then, doc suruh buat sperm count test lagi sekali untuk rekod dia kat makmal swasta. Semua skali bayaran termasuk ubat & sperm test tu RM170.

Hehehe...sekarang dah nak masuk 3 minggu tak continue check-up. Pagi semalam pergi makmal nak buat sperma test...pekerja makmal kata..Isnin-Jumaat jer ada buat. Huh..tak pasal2 kena datang lain kali plak. Hubby kena cuti lain. Ubat herba tu pun dah habis mungkin cuti sabtu ni pergi ambik ubat lagi.. Memang ade perubahan pun..badan dia pon makin bertenaga..air tut dia pun makin pekat.

Semalam, en.hubby pergi buat cermin mata baru..tukar yang lama dah teruk sgt. So..aku nak citer sikit la..power spec dia dah berkurang..huh terkejut beruk aku...jarang sgt dengar power spec orang boleh berkurang...jeles pun ade..aku ni makin bertambah ade la. Balik rumah lepas tu..mula la terpikir macam mana power dia boleh kurang?...sebab ubat cina tu ker..sebab ubat homeopati ker?..ini kesan positif..kena teruskan pengambilan tersebut...andaian jer tu. So..ubat homeopathy yang ade lagi tu kena teruskan jugak. Tapi aku letih skit sebab en.hubby malas suap ubat sendiri..semua aku yg kena sediakan.

1 comment: