Damar Laut Resort

Damar Laut Resort

Wednesday 20 February 2013

Impian KeCil Ku

Actually..dalam 1-2minggu ni aku sibuk search pasal bisnes. Impian aku dari dulu lagi nak ade bisnes sendiri. Sekurang-kurangnya..aku ade butik sendiri. Kalau nak ikutkan background family..parents xde yang terjebak secara langsung dengan bisnes..tapi bapak sedara sebelah ayah..ade la 2-3 orang yang menjalankan bisnes kecil-kecilan ni. Kenapa aku minat bisnes yer?...sebab aku nak kerja sendiri. Aku nak manage syarikat sendiri..duit sendiri..semuanya sendiri...Kalau lah di izinkan Tuhan..aku nak senangkan parents aku jugak. Tapi sampai sekarang impian tu sikit pun lum tercapai lagi.. nak kata aku ni ade wat bisnes kecil-kecik xde plak.. Kalau kata minat nak buat marketing suruh orang beli barang kita..huh itu mustahil..Pelik betul?..macam mana nak jadi penjual kalau xminat buat marketing. Tapi bagi aku.itu xjadi masalah..sebab bisnes yang aku minat ni x perlu nak paksa-paksa orang suruh beli barang kita. Orang yang akan cari kita untuk beli..tapi yang penting mereka tau kedai kita.

Sekarang ni,keinginan nak ade butik sendiri tu di ketepikan dulu..mata aku sedang di buka untuk ceburi bisnes lain..hehe..tiba-tiba tukar pikiran plak. Ini bukan masalah butik tu tak menguntungkan ker ape..cumanya persaingan terhadap dunia fesyen ni terlalu tinggi..banyak sangat kedai-kedai yang menjual baju..nak cari baju kat supermarket pun dah senang. Dekat FB & blog dah berapa banyak jual baju?...baju..baju..baju..ade jer yang latest..sampai aku sendiri pun xtau. Tapi aku sendiri pun tak banyak search pasal butik ni. Bile dah terlampau banyak mula la persaingan tu sengit. Alamak negatif pulak...macam mana nak jadi bisneswomen ni..kalau berfikiran negatif...buangkan yang negatif.

Sebelum-sebelum ni pun rajin gak aku search pasal bisnes ni,especially satu website yang semua usahawan bumiputera join..macam-macam bisnes diorang buat..dari tahap IKS sampai tahap industri..hebat gak orang melayu ni. Aku cukup minat kalau orang bisnes citer pasal bisnes dan pengalaman diorang.. Tapi cukup menyampah kalau bukan orang bisnes cite pasal bisnes(citer jer lebih habuk pun tarak). Bila aku rajin buka website tu..secara tak langsung aku ambil pengalaman diorang macam mana suatu hari nanti nak run bisnes sendiri. Masa mula-mula baca info kat situ..aku mula buka mata pasal bisnes peruncitan ni..baru aku tau..bisnes peruncitan ni sangat mengutungkan..patut la ca ya nun alif kaya..buka supermakaet besar2..untung lagi besar. Mula la minat tu datang..tapi perlu modal besar..kalau nak buat bisnes peruncitan ni. Mana la aku ade modal. Sekarang ni makan gaji jer pun cukup2 jer sampai hujung bulan..nak menyimpan untuk buat modal pun kena tunggu sampai 20 tahun lagi..huhu.Pernah jugak aku suarakan kat mak aku..tahun lepas, aku dah tak minat nak makan gaji..aku nak buka kedai RM2..hehe..sebab aku nampak modal kecik kalau buka kedai RM2 ni..info dari pembacaan jugak. Tapi kecik2 modal pun mana duitnye????..senyap dulu.

Tahun lepas,sebelum berhenti kerja dengan company construction sebab dah fed-up ngan perangai bos caya nun alif yang tak adil. Boleh plak bagi rate bonus/gaji ikut bangsa...huh kecewa gile time tu. Bila dah plan nak letak jawatan aku pergi pejabat MARA kononnya nak mohon pergi kursus anjuran MARA. Pergi la amik borang..tapi sampai sekarang pun tak hantar..niatnya nak apply kursus peruncitan. Tapi bile tengok jadual kursus kena sampai seminggu..Alamak cuti pun ada 8 hari jer setahun...pendam terus niat tu. Lagi pun pegawai MARA tu kata keutamaan kepada yang pernah hadir kursus LPU..alamak kursus LPU lagi la lama tempohnye..Kerja makan gaji tetap di teruskan. Tiba-tiba dapat offer kerja kat tempat lain,kononya ikut suami..nasib baik gaji dapat lebih RM400 dari asal...aku pergi jua...Sempat 6 bulan jer kerja kat situ..lepas tu hubby dapat tukar negeri asal..hehe..kena la berenti lagi..dan sekarang aku dengan kerja baru ku.gaji dah kurang balik RM400...makan gaji jugak.
 
Sejak kerja kat sini yang memboringkan...kerja sorang2..kerjanya pun kurang..keinginan nak ade bisnes sendiri tu membuak-buak..Selagi aku dok company ni..aku takleh ubah apa2 pasal idup aku..takde yang best pun kat sini..semata-mata..buat akaun,layan bos yang ntah ape2 tu,layan internet.kawan pun xde...bosan tau tak..aku tengok akaun lepas pun mana ade bonus..macam mana ni..kerja xde bonus?macam mana nak motivate staff?..yang ade cuma RM300 sorang untuk hari raya..itu jer???...dan atas sebab itu la aku mula rajin meng'search pasal idea bisnes ni..dengan harapan aku boleh tinggalakan company ni secepat mungkin.

Sejak beberapa minggu meng'search pasal bisnes ni..aku rase dah nampak idea bisnes yang boleh aku ceburi..rasenye tak perlukan modal yang tinggi sangat..yang penting ada otai-otai yang boleh beri tunjuk ajar. Kebanyakkan bisnes ni orang kita yang buat..kalau kena pada tempat..memang menguntungkan. Yes..aku rase tak rugi kalau involved bisnes ni..bisnes ape yer????..cuma aku yang tau.. Sekarang ni aku dah kena pikir pasal kawasan yang strategik untuk bisnes ni..Insyaallah bulan depan aku nak join kursus untuk bisnes ni..perlu ade knowledge kalau nak buat bisnes ni..sebab pengalaman langsung xde.

Dalam masa yang sama aku gak search pasal kursus-kursus usahawan yang ada kat Perak. Mana la tau ade peluang. Memang dah nampak dah..yang penting kena korban cuti..kursus perangcangan perniagaan...percuma pulak tu...anjuran KBS,selama 5 hari. Nak jer aku pergi...Cuti oh cuti. kalau la boleh cuti tanpa gaji..korban pun xpe...

Its ok kot..aku akan pergi dulu kursus berbayar tu..sebab 2 hari jer..sabtu ahad..xyah amik cuti..
Ya..Allah aku sentiasa mohon yang terbaik dari MU.

Monday 18 February 2013

TrYing To CoNceiVe (2)

Hari ni pagi-pagi lagi aku dah bersiap untuk ke hospital ambil darah. Aku tak pergi ke HRPB tempat aku jumpa Gynea. Sebaliknya aku plan pergi ambik darah dekat hospital daerah yang berdekatan dengan tempat tinggal aku. So tak payah aku susah-susah ambik cuti untuk ambik darah,lagi pun cuti tahunan aku boleh simpan untuk pemeriksaan dengan Gynea akan datang. Malam tadi dah plan nak pergi hospital pukul 7.45a.m..so kalau datang awal boleh setel awal..hehe.. sekali kul 8a.m baru keluar rumah..drive dari rumah terus gi masuk pagar hospital dan keluar pagar hospital..Tiba-tiba plak berubah fikiran..nak pergi ke klinik kesihatan jer..sebab tak nampak kat mana signboard pesakit luar...lgi senang kot.

Nasib baik la dah tau klinik kesihatan kat mana..senang sikit. Sampai kat klinik kesihatan kena bagi borang ambil darah kat kaunter pendaftaran. Bawa borang tu jer..tak payah i/c...tunggu 15 minit..dapat no giliran. 0050,no sekarang adalah 0005..mak ai! terkejut aku..kalau sekarang baru no 5,kul berapa aku nak masuk ofis ni..Bawa no giliran gi bilik amik darah..terus bagi borang kat nurse dalam bilik tu..tunggu 10 minit jer pun..takda la lama sangat seperti di jangka..sebab aku kena tunggu sorang jer makcik sebelum giliran aku. Time bagi borang tu nurse ade tanya nak jumpe doktor mana?..aku:doktor hospital ipoh 5hb 4 nnt..So giliran aku ambik darah..MA yang amikkan..muda sangat..x pasti student ke bukan...mula-mula dia ikat lengan aku dengan getah..bagi memudahkan mencari urat kot..aku pun xpasti..then,cucuk dengan carum injection...darah di ambil lebih kurang satu tube. Ambik darah kali ni aku rase sakit pulak kalau nak compare dengan ambik darah yang sebelum2 ni.Si MA tu kata darah aku pekat..aku pernah gak kena amik darah sebab demam...derma darah pun pernah jugak..darah aku pekat hari ni sebab aku makan kupang semalam ke?..or sebab lain..ntah..tak tau la plak.

OK..dah siap..boleh balik..eh?..kejap plak rasenye..nanti 1hb 4 boleh datang ambil result.(satu kertas kecik dibagi untuk ambik result nanti).terbeliak bijik mata aku tengok tarikh ni...lambatnye..macam mana ni?nanti hari ke21 nak kena ambil lagi..bile pulak nak dapatnye kalu tempoh 6 minggu..but then,nurse tu kata takpe..result ni datang dari hospital ipoh jugak..so nanti dia boleh buat surat untuk mintak result tu..ok..hopefully semuanya akan berjalan lancar. Akhirnye ku berjaya sampai ofis pukul 8.50a.m. Maknanya aku ambik masa tak sampai 1 jam.

P/s: Sedang bermain difikiran aku...hari ke21 nanti jatuh hari sabtu..hari kerja plak tu..kat mana aku nak ambik darah ni? klinik mana yang buka ni?..sedang mencari penyelesaian.

Friday 8 February 2013

Kanak-kaNak 9 TaHun MelaHirKan AnaK

A nine-year-old Mexican girl has given birth and authorities are looking for the presumed father, who is 17, officials said.The girl, identified as Dafne, gave birth by Cesarean section to a baby girl weighing 2.7 kilos (5.7 pounds) and measuring 50 centimeters (20 inches) on January 27 2013 in a hospital in the western state of Jalisco.The girl was not seen by doctors during her pregnancy and was almost in labor when she arrived at the hospital, said Enrique Rabago, director of the Occidente General Hospital where the child gave birth in the town of Zapopan."It is dismaying that a young girl became pregnant. You shouldn't be pregnant at this age," Rabago told a news conference.A C-section was carried out because it was safer for the mother and baby, he said. The two were released in good condition and they will have an extensive follow-up in the coming days due to the mother's age.Dafne's mother said the girl was eight when she became pregnant.
"There are 11 siblings. Apparently their parents are separated and there was little care by the mother with so many children," the source said. "With the birth, (Dafne's mother) and grandmother are taking care of things now."

Subahannallah...semua ini kuasa Allah..Kanak-kanak semuda itu melahirkan anak?..terkejut tak terkata bila terbaca berita ni. Sebagai seorang TTC perkara-perkara macam ni sangat menyetuh perasaan. Layak ke kanak-kanak seusia itu menjadi ibu?..bagaimana kemampuan dia sebagai kanak-kanak mengandung selama 9 bulan?..macam mana pulak menanggung kesakitan semasa nak bersalin..Ya Allah..segalanya ketentuan-Mu. Secara lumrahnye,kalau kite tengok persekitaran di Malaysia sendiri..kanak-kanak berumur 8-9 tahun ni masih lagi bermain,berlari,berkejar-kejar.terlompa sana sini...bukan nak kata kanak-kanak lain. Dulu aku ketika umur 9 Tahun masih lagi bermain-main dengan kawan-kawan yang sebaya..kehidupan masa tu antara sekolah dan rumah. samada main di sekolah atau rumah. ketika umur ini,setiap kali pergi ke kedai mesti mencari aiskrim,jajan tak pun ape-ape mainan yang menarik perhatian. Masa ni, rutin harian bangun pagi pergi sekolah,baca pun baru pandai,kat sekolah waktu rehat main,abis kelas tunggu bas datang main lagi.Masa ni segala  game la yang paling best..lompat getah ker,batu seremban ker,kad gambar ker,macam-macam ikut musim. Balik sekolah, makan mak dah siap, tukar baju tengok tv tak pun tidor. pukul 5 keluar rumah pergi padang,main lagi..game kat padang ni lagi la aktif..budak kampung la katakan..galah panjang,kasut tiga,aci nyorok la..ish..banyak tak teringat..bak kata orang hidup kanak-kanak adalah untuk bermain..magrib balik rumah..kalau tak tengok tv,main lagi ngan adik beradik..segala benda yang mak beli kami main..sahiba,saidina,chest..huh macam-macam. Sampai la kul 10 masuk tido.

Itu la rutin seharian aku masa umur 7-9 tahun...tapi itu cerita 19 tahun lepas..sekarang zaman dah berubah..adakah adik-adik dan anak-anak kita mempunyai rutin yang sama macam kita dulu-dulu?.mungkin ade segelindir yang tinggal kat pendalaman..yang di bandar macam mana?..segala jenis gadget yang ade jadi permainan kanak-kanak zaman sekarang..pendedahan yang melampaui batas menyebabkan hilangnye nilai-nilai murni kanak-kanak zaman sekarang. Bermacam-macam persoalan bermain di fikiran aku..dan sebab inikah terjadinya kelahiran di usia kanak-kanak?..siapa yang perlu di persalahkan?..remaja berumur 17 tahun itu ker?..kanak-kanak 9 tahun itu ker?..ibu kanak-kanak?..masyarakat ker?..atau kerajaan sendiri?.. Kalau mengikut penulis berita,seolah-olah mengatakan anak yang ramai,ibu bapa bercerai menyebabkan ibu tidak dapat memberi perhatian kepada kanak-kanak itu?..mungkin ya.. tapi itu ker hakikat sebenar?..macam mana dengan masyarakat sekeliling?..hanya melihat dan mengumpat?..

Walaupun mempunyai keinginan yang tinggi untuk ada anak sendiri..tapi perkara yang berlaku kuat menghantui aku bagaimana untuk mendidik anak menjadi khalifah di bumi Allah?..Ya Allah..jauhkan lah anak-anak ku daripada api neraka MU,perelokkan lah akhlak mereka,..kuatkan hatiku untuk mendidik mereka ke jalan-Mu.

Thursday 7 February 2013

DiaBetes Di uSia MuDa????

Hari ni..en hubby punye turn g chek up penyakit dia...huhu..ramai yang tak sangka di usia 26 tahun dia dah kena buat buku hijau(type A diabetes). As a wife,sometimes rasa sangat kecewa bila dapat tau hubby adalah seorang pesakit diabetes. Masa mula-mula diagnose dia kena diabetes tahun 2012,time tu aku baru 3 bulan kawen. Ya..Allah..masa dapat tau tu...meleleh air mata bila dengar hubby sah diabetes. Time tu macam-macam bermain difikiran ni. Umur tak panjang la..susah dapat anak la..adoi..macam-macam lagi. Seminggu gak bersedih nak menerima kenyataan  hubby sakit.

Macam mane mula-mula  tau dia kena diabetes?..erm panjang kisahnya.. seingat aku, masa tu awal January 2012...setiap hari dia complain dia asyik nak kencing jer...so biler tanye,banyak minum air ker?..banyak. Jadi normal la..kalau banyak minum,banyak la buang..lepas tu dia start rasa dahaga..masa dia kuat rasa dahaga tu..memang dia nampak teruk sangat..macam org dehydrate. Pelik pulak aku rasa..padahal baru jer minum tadi..penat dia usah cakap la..berdiri lama pun tak boleh.Malam kalau masa tidor tu ade la 3-4 kali bangun gi kencing.Sementara tu, aku ada gak tanya kat mak aku,based on her experience kalau asyik dahaga dan nak kencing jer selalunye simptom orang diabetes..atau pun kencing kotor..dalam hati..erm..dah sah ade yang tak kena.walaupun masih mendoakan ianya sebab lain.Berat masa tu pun turun mendadak,dalam sebulan setengah turun 10kg..OMG...ape petuanye?bila ditanya..minum air yourgurt tiap hari.. Nak di jadikan cerita,suatu hari aku ngan hubby ikut family mentua gi melawat uncle hubby yang tengah critical kat hospital. Time tu,aku aku tengok muka dia.macam orang yang penat sangat..huh apsal lain macam jer ni?...katanye dahaga dan sangat letih..aku hairan..orang lain yang tua-tua tak pun macam dia..masih boleh berdiri..sampai dia terpaksa mintak kat cousin bangun dari kerusi sebab nak duduk. So, aku ajak pergi klinik cek ape yang patut. katanya..nanti la..malas la.. erm ape nak buat wife terpaksa akur.

Rentetan dari uncle yang sakit tu,selepas seminggu dia kembali keRahmatullah..petang tu kami bergegas ke rumah arwah. Tapi sebab terlambat,arwah dah dikebumikan bila kami sampai. Kami hanya sempat berjumpa ahli keluarga yang terdekat jer. Selepas selesai tahlil pada malam tu,kami pun menuju nak balik. So, kalau ikut masa dah lewat malam..jadi highway alternatif yang terbaik la untuk cepat sampai. Opps!...nampaknye sangkaan meleset ingatkan boleh sampai awal...sekali tersangkut selama 1 jam setangah kat highway gara-gara accident,sepatutnye stengah jam dah boleh sampai.Dan...tiba-tiba hubby gagal mengawal kencing..Alamak...kete aku....abis seat kete lenjun. Sejak tragedi malam tu..sampai jer rumah aku pujuk hubby pergi klinik pergi cek problem dia...akhirnye dia setuju.

Keesokan pagi, hubby hantar aku kerja..dengan harapan balik kerja nanti kul 1 boleh terus gi klinik..Ok..cantik la macam tu..tepat kul 1 dia dah sampai nak ambik aku..tiba-tiba dalam perjalanan dia belok kanan jalan gi rumah mak dia. Eh?..kata nak pergi klinik?..nanti la..balik umah ibu dulu..lepas makan baru pegi..huh banyaknye excuses. Sampai umah maknye..kena bebel..sebab tak gi klinik. Last skali aku pujuk gak.takpe kalu tak nak kluar duit..biar aku yang bayar..then terus pergi. Klinik pertama pergi..sampai kat kaunter..doktor xde. Budak klinik suruh datang balik kul 4..huh tak payah la..klinik lain pun ade..malas nak tunggu..buatnye hubby tak nak pergi lagi susah. So,pergi lak klinik lain, lepas buat pedaftaran terus dipanggil masuk bilik doktor.Doktor: ape masalah? Hubby: kerap kencing. Doktor :ada demam? Hubby: takde..Doktor: Kencing kerap ni adalah simptom kepada dua penyakit..yang pertama kencing kotor atau yang kedua kencing manis yang terlalu tinggi,kalau boleh kita cek kandungan gula dalam darah encik.
Masa tu jari di cucuk untuk ambil secalit darah. Jeng-jeng..bacaan pada alat pengukur tertera no 25..si pembantu doktor yang pegang alat tu buat muka terkejut.. Doktor: bacaan ini terlalu tinggi, saya akan buat surat untuk refer encik ke hospital..surat itu encik terus bawa ke unit kecemasan hari ini juga.. Hubby: ok.
Lepas siap surat pembantu klinik bagi dan kena bayar RM12...dalam hati aku: murah plak ingatkan kena 30-40 hinggit.

Petang tu jugak,naik kete FIL dengan MIL terus g unit kecemasan bawa surat tu..sampai jer terus masuk bilik untuk cek tekanan darah dan kandungan gula lagi..masa tu bacaan gula yang aku ingat dah jadi 23.
MA tu kata..tinggi  ni..mula la macam-macam soalan keluar..keturunan ade diabetes ke? ade ambik ape-ape ubat ker?...jawapannye: semua xde. 10 minit lepas tu..hubby kena masuk CCU..gelabah gak aku time tu..ingtkan kena masuk ICU..tapi sebelah bilik ICU...dalam CCU ni pesakit yang perlu rawatan segera di tempatkan...betul ke tak,tak pasti plak. Sampai jer situ..dapat satu katil.sorang-sorang staf dalam bilik tu datang inteview..especially doktor pelatih..nurse datang bagi kepit ibu jari(hehe untuk jantung ker ape aku lupe) and cucuk tangan sambung salur untuk drip.Tunggu sampai dua jam. Nurse test abs lagi...dah turun 18..nurse kata ok dlu..kalau tak turun kena cucuk insulin. Huh nasib baik la.. sampai kul 9 malam baru leh balik berbekalkan ubat untuk seminggu kalu tak silap name ubat tu Metformin,surat MC seminggu,referal letter kepada klinik kesihatan terdekat. Hambik kau..makan ubat setiap hari...seumor hidup kot.

Dan hari itu lah..bermulanya hidup hubby sebagai pesakit diabetes hingga hari ini dan seterusnya. Sehingga hari ini ramai keluarga dan kawan tertanya-tanya macam mana leh kena diabetic semuda ini?..sebab keturunan ke?..jawapanya : tidak sama sekali,ibu bapa tiada rekod diabetes..tapi lebih tepat kerana habit minum air yang dikilangkan dalam botol /kotak/tin setiap hari. Sebagai isteri of coz rasa kasihan tu tinggi, sebab muda lagi terpakse pantang makan macam-macam benda. Sedangkan masa muda ni la nak rasa nikmat makan.Dan buat diri aku sendiri dan sesiapa saja...kalau makan tu berpada-pada,ingat orang tersayang.(macam mesej pandu laju plak).

As a result untuk hari ni ..abs=9.1 berat=77kg tekanan darah=121/83 (mengikut kata doktor tekanan darah agak tinggi berbanding rekod sebelum ni)..ubat Metformin dan Glutezite kena continue makan setiap hari  4biji pagi 4 biji malam. Sekarang ni tengah pikir macam mana nak turunkan balik bacaan tekanan darah tu..kalau boleh takmo makan ubat lagi..macam-macam side effect.


Tuesday 5 February 2013

TrYing To CoNceivE (1)

Hari ni genap 1 tahun 5 bulan 1 hari perkahwinan aku...pada tarikh 4/2/2013 1st appointment aku di infertility klinik di HRPB..berdebar dan tak sabar perasaan tuhan jer yang tahu..date untuk 1st appointment ni aku dapat sejak dua bulan lepas..masa dapat date untuk appointment ni ..huhu rasa macam geram gak...sebab lama sangat sampai 2 bulan. Nurse yang bagi appointment kat aku tu siap perli lagi.."alah baru setahun jer kawin"...dalam hati rase nak jawab jer..abis tu nak tunggu sampai 4 5 tahun ker?..nanti biler dah lambat ko kata plak nape tak datang masa setahun dua?.manusia memang macam tu ek?..hehe..tapi terpaksa akur sebab nak dapatkan rawatan percuma.. Sabar tu kan penting..

Sebelum nak dapat appointment ni, macam-macam info aku dah search kat internet, kalau ikut info yang aku dapat selepas setahun berkawin(30tahun ke bawah) dan selepas 6 bulan berkawin (30 tahun ke atas) perlu menjalani rawatan kesuburan jika tidak hamil dalam tempoh tersebut.. Jadi lepas genap setahun aku berkawin..aku terus pergi GH dengan husband untuk daftar dan bagitau kat pendaftar tu nak buat rawatan kesuburan...nanti dia buat kad untuk husband n wife masing-masing. Lepas tu doktor akan inteview macam-macam soalan..masa ni pasangan perlu jumpa doktor biasa jer. Lepas doktor biasa dah ambil semua laporan pasal husband n wife,baru dia bagi surat untuk rujukan ke klinik pakar.. Tapi husband aku ni sayang sangat surat rujukan tu...dekat 2 bulan dia simpan surat buat pekasam. banyak kali aku suruh pergi klinik pakar GH bawa surat tu gi buat appointment..hampeh...sampai sudah tak di hantar. Last-last, bila aku mintak surat tu nak gi hantar..dia kata dah hilang.. Adoi..penat lelah aku ambik unpaid leave sebab nak gi hospital,boleh plak dia hilangkan surat tu. So,biler pikir balik,tak pelah masih ade alternatif lainkan.. Aku ajak en. husband gi private klinik mintak surat rujukan ke pakar terus..hehe..kan senang tak sampai setengah jam dah dapat...ok setle,esoknye terus bawa gi HRPB buat appointment.

Appointment kul 8pagi..hehe tapi sebab cari parking, aku sampai kul 8.15 kat infertility klinik. Sampai kat klinik je,kena bagi surat rujukan dengan i/c. Kad hijau dikepilkan pada surat tu..lepas 5 minit nama aku kena panggil untuk jumpa nurse kat situ. nurse buka fail baru..ambik beberapa maklumat peribadi pasal kerja,period kali pertama,tempoh period 3 bln terakhir,nama suami. lepas tu,nurse bawa aku gi timbang dan sukat tinggi..hehe..berat aku bertambah 2kg..ok setle. lepas tu kaunter pendaftaran plak panggil. Pegawai tu tanya pn. keje krajaan ker?..aku cakap tak..suami ya..Pegawai: ade bawa GL?..Aku: takda.Pegawai: lepas ni tolong bawa GL yer.kalau ikutkan puan kena charge rm30 sebab bawa surat rujukan swasta dan takda GL.saya cek kat Hermis pun takda nama suami..aku anggukkan kepala jer ape nak buat dah memang salah sendiri.Dalam hati geramnye..ni semua en.husband punya pasal..2 minggu sebelum appointment hari-hari aku ingatkan dia ambil GL..lastnye cakap lupa.

Lepas setengah jam tunggu baru la dipanggil masuk bilik doktor,jeng-jeng mengharapkan doktor pompuan yang entertain..rupanya doktor lelaki..adoi malunye..doktor pelatih plak tu..macam biasa soalan yang sama pasal suami isteri di tanya..husband pun masuk skali mase tu..dua-dua kena soal.Doktor advice husband supaya brenti merokok..sebab tobacco leh menyebabkan sperma lemah...pastu ..pap smear dilakukan...everything ok..doktor bagi fail, aku bawa plak ke bilik ultrasound untuk scan rahim..pergi balik bilik doktor bawa report scan..ade cyst kat rahim sebelah kiri..tapi kecik jer..doktor kata itu normal semua orang leh ade.dah ok..pass kat staff nurse plak.next step staff nurse bagi tiga borang untuk aku dan husband. 1 borang untuk buat sperm test bersama botol kosong ,lagi 2 borang untuk aku ambik darah hari ke2 period dan hari ke21. So,aku mintak kat nurse tu nak ambik darah tu dekat hospital daerah jer..hehe..takyah travel jauh dan amik cuti..setakat mintak pelepasan masuk lambat jer ok kot..Nurse bagi pilihan nak buat sperm test tu kat lab hospital atau lab luar.Kalau lab luar kena bayar sendiri kalau lab hospital kena buat appointment. jadi en husband pilih yang percuma.dia kena datang 6/3/2013.nanti.hehe..Next appointment untuk infertility klinik kena bawa ketiga-tiga result test tu nanti...dengan harapan semuanya baik-baik belaka.akhirnya dapat gak aku kad hijau yang cute tertulis next appointment 5/4/2013..hehe


Saturday 2 February 2013

SECOND TIME.

First of all..memang bersyukur sangat coz this is second time..cobaan aku nak create blog..haha. tujuan utama nak share something..tapi di atas sebab yang tak dapat di elakkan terpaksa pendamkan ape yang diingini. After 2 years blog yang lame tak pernah bukak..tibe2 hari ni tergerak hati nak buat blog baru memandangkan kerja kat tempat baru ni agak membosankan. Almaklumlah dok sorang-sorang kat ofis..boringnye tuhan jer yang tau..DAN..hari ni secara rasminye..aku aktif semula berblog.

Status sebagai staff wanita yang dikeliling oleh staff lelaki agak menyesakkan jugak...tapi dengan niat utama nak cari rezeki..pejam mata jer la..walau ape pun, aku masih lagi mencari kerja yang memberi masa depan yang lebih baik untuk masa akan datang. Baru sebulan lebih kerja kat sini..so far everything its ok..first time masuk ofis ni..Masyaallah..terkejut aku..berteraburnye ofis..dengan kerajinan yang ade sikit ni..minggu pertama masuk kerja aku setle hal kemas-mengemas. Kertas dari lantai sampai ke almari siap susun, cukup seminggu setle..minggu kedua,kerja-kerja menyusun fail plak..huh pening tengok isi dalam fail tonggamg terbalik..fuh! penat gak nak faham struktur syarikat ni..rekod ntah kemana..dokumen ntah ke mana..
seminggu tu jugaklah aku sibuk mengasingkan dokumen ikut bulan masing-masing. Ok..lepas dah setle semua baru lah lega sikit..kerja tak banyak tapi nampak banyak bila rekod tak update dan berserabut.

Sekarang ni,everything dah ok..but ade sikit-sikit perkara yang kena betul..nampak gaya macam aku kena manage department aku sendiri. Mybe its good for me..mana la tau suatu hari nanti cita-cita nak jadi business women berjaya tercapai..Insyaallah.

Sejak kerja kat sini,rutin harian dah berubah sikit..sebelum ni pergi kerja kul 8.30pg..skrg pkul 8.00 dah nak kena ade kat pejabat...but as long as tak mengganggu hidup..dah kira okla..tempat kerja pun tak jauh dari rumah..so lunch hour hari-hari boleh balik..tak kira la "tapau: ker tak..janji makan mesti kat rumah.

Setakat ni..cukup la post untuk kali pertama..