Damar Laut Resort

Damar Laut Resort

Wednesday 2 October 2013

CeloTeh TeH TaRiK

As'salam
Cuaca hari ni panas terik betul..tak macam selalu pagi2 redup. Pukul 6.45 pagi dah terang benderang...Tapi Alhamdulillah..Tuhan bagi kesihatan yang baik buat aku macam selalu. Rasa macam dah lama pulak tak berblog ni..nampak macam takda idea..tapi dalam fikiran banyak cerita.

Hari ni nak bercerita pasal kejadian Jumaat lepas.. Masa tu aku baru keluar ofis tunggu en hubby ambil..Tiba-tiba pulak en.hubby nak hantar ambil g keje hari tu..rupa2nya ada udang sebalik mee.. Dia ajak g 'usha-usha' rumah baru kat area Tapah lepas keje nanti. Konon2nya nak beli rumah kat sini..ntah bila pun tak tau..macam excited sangat dia.

Macam biasa la kalau bab menunggu la paling aku tak suka. Kalau datang cepat takpe jugak..ni hampir setengah jam..boring betul.. Aku pun duduk la kat kedai makan menunggu en hubby sampai. Tiba2 ada la 2 orang uncle india ni datang nak minum..diorang buka workshop selang beberapa lot dengan ofis aku... Adoi..menyibuk jer..duduk kat meja aku pulak tu. Macam dah lama kenal jer...haha. Si uncle yang no 1 sibuk nak belanja aku minum teh tarik..."Mari2 saya belanja u minum teh panas"...haha..aku bagi alasan takut teh tak sempat sejuk hubby dah sampai..tak boleh minum pulak. "oooo..u tunggu u punya laki ke?...itu kereta merah bukan?"...eh dalam hati aku...tau pulak uncle ni. Padahal hari ni..tak naik kereta merah pun...naik kete aku jer. Sah2...diorang perhati aku setiap kali keluar masuk ofis..terasa tepi kain ku dijaga mereka..huhu.

Bila dah lama melayan diorang sembang..mula la keluar soalan yang TTC paling tak suka....."u sudah berapa orang anak?" Bila aku jawab belum ada lagi...sambung pulak soalan lagi..."sudah berapa lama kawin/"..
Haha..aku saje cakap baru setahun lebih...uncle no 2 sambung pulak"ooooo..baru lagi...ini semua kerja maha kuasa..saya kawin pun lepas 3 tahun baru dapat no 1"(slanga india)..amboi..pandai uncle ni cakap maha kuasa...nak gelak pun ada. hehe. Aku pun..mengiyakan jer.. Tak habis pulak yg sorang menyampuk..saya sampai sekarang takda anak...hehe dalam hati aku..ntah kawin ke tidak uncle tu.

Tak habis cerita lagi uncle no 2 tu... "saya dapat no 1 pun pergi sembahyang mintak dengan tuhan..hati mau suci..mintak mau betul2"...aku cakap "hati mesti ikhlas."...haha.."itu macam la".. Sambung pulak.."saya punya abang kawin 15 tahun tarak anak...sampai sekarang". aku tanya tak pergi buat sembahyang ke?..."bukan tak buat..ada buat..tapi tuhan tak mau kasi"... Habis cerita kat situ...en hubby dah sampai. Lega rasa.

Rasa macam nak buat kesimpulan sikit dari sembang2 aku dengan uncle tu. Hakikat manusia ni..walau ape pun bangsa dan agama kita...pasal zuriat ni semua percaya ia anugerah Tuhan. Sehebat mana pun orang tu...dengan Tuhan jugak kita meminta.. Diorang pun macam kita juga..berusaha..berdoa..
berserah/tawakkal..  Kalau seorang yang bukan muslim boleh berkata-kata macam tu..apatah lagi kita yang bertuhankan Allah yang satu.  Ya Allah aku hamba Mu yang lemah...tunjukkan aku jalan yang lurus.

2 comments:

  1. mujurlah awak bertemu dgn uncle india yang fhm keadaan kite. saya pun pernah kena, baru 2-3 hari lepas(kwn tempat keje suami). tapi yang ni mulut mcm taik, siap bagi syarahan bagai. Tak boleh tak de anak, satu tahun mesti sudah ada satu. mesti mau usaha kuta2. bila saya jawab 'bukan tak usaha uncle,tuhan tak mau bagi' dia leh ckp 'mana ada itu macam, mesti betul2 usaha,kalau tak usaha mcm mana mau dapat' dalam hati saya menyampah je, rasa mcm nak sound setempek je..pas tu last2 dia bagi tahu,'saya ada 5 orang anak, 2 lelaki 3 perempuan,semua belum kahwin' terus dalam hati saya ckp 'tunggulah anak kau kahwin nanti,kalau tak de anak karang,baru kau tahu!'

    ReplyDelete
  2. Hehe..tu manusia yg riak namanya.. Tunjuk dia pandai buat anak.....kalau jumpa dia lagi ajar sikit pasal hukum karma..

    ReplyDelete