Damar Laut Resort

Damar Laut Resort

Monday 18 November 2013

SuPPleMeNt UnTuK LeLaKi

As'salam...

Apa khabar sahabat2 blogger?....hari ini datang ofis dengan otak yang kosong...tak mo fikir apa2...cuma yang terfikir nak update blog...haha..Monday blues...blurrrr.

Otak yang kosong..tapi still nak bercerita....ye la dah seminggu tak update...macam lame jer..macam malas jer...Opps..bukan malas...tapi akibat dari kekangan masa.. Minggu lepas sibuk dengan audit. Mengelabah dibuatnya...rasa macam buat kerje giler pun hado.. Mana taknye..akaun selama 6 bulan disuruhnya aku key in dalam masa 3 hari...GILER KER????..ingat aku robot ke.. kalau setakat 40-50 transaction boleh lagi aku siapkan...Ini...dekat 400 transaction...mau tak tido malam dibuatnya. Tapi dengan usaha keras aku ni...setakat kerja sampai 11 malam selama 3 hari..mampu siap 380 transaction..huhu..Alhamdulillah setel jugak closing account tahun ni. Tapi tak habis kat situ..banyak yang tak betul..gara2 buat kerja last minute. Nampak gayanya banyak adjusment nak kena buat lepas ni....

Dalam pada sibuk minggu tu...MIL sibuk promote kat aku Proxceed Plus...tau tak ape tu? Ala...supplement yang doktor Zubaidi cadangkan untuk lelaki yang ada masalah sperm.  MIL..siap pm kat facebook lagi.  Mula-mula suruh aku baca bab kesuburan lelaki...kat blog dr Zubaidi...penat aku cari..tak jumpa plak. Last2 tanya ape nama supplement tu?...Proxceed Plus...haaaaa..kan senang....


Tu...dia...nampak tak macam mana rupa dia?..tengok dari pada gambar ni..kandungannya macam serbuk jer...bancuh dalam air. Kalau pil..confirm en hubby tak makan punya.(kalau beli la..) Kalau ikut kegunaannya adalah untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma....mmmmm..pada aku mungkin sesuai untuk suami2 yang kurang kuantiti sperma dan lemah. Tapi untuk azoospermia sesuai ke tak?...bila dah baca info tu.(kalau nak tau lebih lanjut google la yer..) Mula2 dah rasa macam...mmmmmm..macam tak sesuai jer untuk en hubby.. tapi sebab rasa tak puas hati yang menggunung...terus pm dr Zubaidi..tanya sesuai tak untuk orang ada masalah Azoospermia?..sehari lepas tu baru doktor balas..."W'salam sekiranya ia disebabkan masalah production, boleh dicuba. Sekiranya disebabkan saluran tersumbat, pembedahan mungkin perlu dilakukan".. Yang mana satu masalah en hubby yer?...tak tau pun..sebab tak continue lagi check up dgn hospital. Tapi aku agak...masalah production sebab hormon level hari tu memang out of normal range..(terernya kau buat andaian)..sekadar pengetahuan atas pembacaan aku jer. Ok..patut ke en hubby cuba?...

Alamak...bila dah jumpa MIL...harga Proxceed Plus ni RM270 sekotak..untuk 15 hari..kena ambil sekurang2nya 3bulan untuk tengok kesannya....huh..mandi peluh aku dengarnya...macam2 terfikir...beli karang en hubby tak minum..harganya sama dengan belanja rokok en hubby sebulan...beli kang tak berkesan utk azoospermia...adoi la. Ape yang terbaik yer?...cari2 testimonial yang berjaya setakat ni pun..setakat masalah kurang kuantiti dan lemah jer...belum jumpa yang azoospermia lagi...







9 comments:

  1. zakiah, saya pun de baca juga pasal proxeed plus ni. and sama mcm awak, saya pun was was nak beli ke tak, sbb sebelum ni saya dah cuba speman himalaya yang fungsinya sama je mcm proxeed plus ni. bila speman tak menjadi, dah malas dah nak try yang ni. nak kena g hospital gak wat check up,dah tau problem sebenar2nya baru leh cari penyelesaian,kan? hmm..but,if only its that easy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. produk ni mahal sangat..dah dekat rm500 sebulan..OMG..
      betul kata awak..kena tau punca baru boleh cari penyelesaian.
      Yup..tapi tak semudah itu..

      Delete
  2. Saya ade jual..rm220 sekotak..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Ada sesiapa boleh bagi info kat mane nak beli proxeed plus di Kuching, sarawak?

    ReplyDelete
  5. Kat farmasi ada jual tak proxeed ni...plS tolong reply...kat mana boleh beli?

    ReplyDelete