Damar Laut Resort

Damar Laut Resort

Monday 7 October 2013

RaWaTaN TraDiSioNaL

As' salam..

Alhamdulillah...hujan renyai(sejuk) pagi2 ni buat mood lebih baik...walaupun berhadapan dengan simptom2 cik P yang bakal menjelma hari ni. Bangun pagi tadi dh rasa malas nak pergi kerja...tapi kekuatan nak bangun tu lagi kuat sebab fikir aku ni selalu sangat MC hari Isnin.hehe..rasa macam tak bertanggungjawab pulak walau takde siapa pun nak kisah.

Actually nak kongsi pasal pergi berubat cara tradisional hari tu. Tempat yang MIL cadangkan pergi tu kat Kampung Sayong Masjid. Mula-mula memang rasa malas nak pergi..tapi dah orang tu mengharap jugak lepas dengar kejayaan orang lain yang preggy. Aku dengan hubby pergi petang sabtu..waktu rawatan dia pukul 2-7 ptg...sampai kat sana pukul 2.30..dah ada orang pun. Kami dapat giliran no 3...masa sampai tu tgk macam ramai jer. Rupanya yang teman org datang berubat yang lagi ramai.

Pagi sebelum pergi tu dah telefon dulu pak cik tu untuk datang. ..dan ada  barang yang kena bawa untuk berubat. Kebetulan..bukan kami je yang datang untuk rawatan zuriat ni..pasangan yang sebelum kami pun sama juga. Diorang dah kawin 7 tahun...dah merata-rata pergi berubat(mengikut cerita mak dia). Masa sedang dirawat tu..sempat juga aku curi2 dengar..Pakcik tu kata dua2 ada masalah. Jadi dua2 kena berubat.

Jeng2..tiba giliran kami pulak. Berdebar jugak..sebab ini 1st time aku berubat cara tradisional ni. Dah bagi nama suami isteri...sekali pakcik kata aku yang ada masalah????????????????????????????????????....sengugut....................... TERBELIAK mata aku. hubby tgk aku..aku tgk hubby...oppps...macam ada yg tak kena pulak. Pakcik kata Suami ok takde problem... dalam hati mula la berkata macam2...betul ke tidak ni?..boleh percaya ke tidak ni???..Adoi. 3 tempat rawatan yang kami pergi sebelum ni dari hospital sampai homeopati semua bgtau hubby yang problem. Tiba2 kat sini kata ..aku yang ada problem.

Tapi aku tak diam juga...aku bagitau kat pakcik tu..sebelum ni pergi jumpa doktor..doktor kata suami yang ada masalah...doktor kata kosong. Pakcik tu kata..."doktor tu ramalan jer".  Confius jap...sape kami nak percaya. Dalam pada tu..sempat jugak pakcik bercerita ada doktor dari hukm berubat dgn dia dah ada 2 anak...lepas 17 thn kawin. Mmmm...dengan izin Allah.

Barang yang kena bawa tu kena habiskan dalam 7 hari. Buat cuci dalaman..darah2 kotor yang tak keluar habis tu kena cuci. Baiklah pakcik. hubby apa pun tak payah....aku pulak yang kena berubat...APA DAH JADI???

Sampai rumah bila cerita kat mak aku dengan MIL...masing2 pun terkejut. Tapi..dua2 akui...ubat cara kampung memang macam tu. Walaupun ada sikit kurang yakin...aku tetap kena teruskan juga rawatan ni sampai selesai. Mana la tau kalau ini jadi sebab di sebalik Takdir ALLah. Dah hubby jenis tak mahu makan ubat dengan consistent..biar la aku yang makan pulak. Kalau kena en hubby yang berubat...ntah la..aku pun tak tau macam mana pulak sakitnya hati aku nanti kalau dia tak mau makan ubat lagi. Moga ada harapan buat kami di sini.


8 comments:

  1. hi wiwie..
    apa barang yang perlu di bawa tu? leh share ke?
    awak nak tahu, suami saya pun mcm tu juga..berapa byk tempat kami g berubat kampung, semua kata suami ok...pelik kan?
    tapi mereka tak de kata saya de masalah plak, semua kata kami dua2 ok, cuma suami de gangguan. bila tanya gangguan apa, sorang pun tak mau bgtau. tapi diorang kata gangguan tu tak kacau pun sperm suami,cuma emosi je..hmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kacang kuda,limau.beras...tu la yang pelik tu...emm..bila perkara macam ni la yg buat ramai yg was2 nak berubat cara tradisional..contra sgt dgn result perubatan moden.

      Delete
  2. baca n3, assalammualaikum...unik nama blog, salam kenal...saya pun pernah mengalami cam ni, bomoh mintak bawak buah anggur, epal, buah kana, kurma, limau oren...air sungai,air kolah masjid, air telaga (air salji je dia tak mintak), Tanah tempat lahir....utk berubat dapat anak. bila ingat balik gelak sorang-sorang. saya dan isteri kahwin hampir 9 tahun...dah puas berubat...last kami berehat dari buat rawatan, kami amalkan minum,mandi (siram rambut je) air zamzam hari-hari...hujung tahun 2012 Alhamdulillah Allah kurnia berita gembira utk kami. terus berusaha dan terus berdoa...Allah maha segalanya, amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..tq sudi menjengah blog saya. Macam2 usaha en muaz dah cuba. Bila sampai masanya..semudah itu dapat rezki. Terima kasih atas perkongsian en muaz..In Sha Allah..saya akan cuba cara yg en muaz amalkan.

      Delete
    2. Alhamdulillah..selepas 9 thn akhirnya saudara muaz dan isteri berjaya peroleh cahaya mata akhirnya. Doakan untuk kami semua pula ye.

      Delete
    3. insya Allah...parnah pergi umrah/ haji ? kalau belum usahakanlah untuk kesana, selepas kami balik dari sana...hati, perasaan tu jadi lebih tenang...
      pada en suami-suami bantu dan sokongan isteri anda...zuriat yng lahir tu kan zuriat kita bersama..

      Delete
  3. kampong sayong masjid...dekat kampong teman. saya kampong sayong lembah...orang kuale

    ReplyDelete
  4. salam, boleh share alamat tmpt berubat tu x? ni no contact saya 0194325021, btw, mak saya org kg talang.

    ReplyDelete