Damar Laut Resort

Damar Laut Resort

Thursday 7 February 2013

DiaBetes Di uSia MuDa????

Hari ni..en hubby punye turn g chek up penyakit dia...huhu..ramai yang tak sangka di usia 26 tahun dia dah kena buat buku hijau(type A diabetes). As a wife,sometimes rasa sangat kecewa bila dapat tau hubby adalah seorang pesakit diabetes. Masa mula-mula diagnose dia kena diabetes tahun 2012,time tu aku baru 3 bulan kawen. Ya..Allah..masa dapat tau tu...meleleh air mata bila dengar hubby sah diabetes. Time tu macam-macam bermain difikiran ni. Umur tak panjang la..susah dapat anak la..adoi..macam-macam lagi. Seminggu gak bersedih nak menerima kenyataan  hubby sakit.

Macam mane mula-mula  tau dia kena diabetes?..erm panjang kisahnya.. seingat aku, masa tu awal January 2012...setiap hari dia complain dia asyik nak kencing jer...so biler tanye,banyak minum air ker?..banyak. Jadi normal la..kalau banyak minum,banyak la buang..lepas tu dia start rasa dahaga..masa dia kuat rasa dahaga tu..memang dia nampak teruk sangat..macam org dehydrate. Pelik pulak aku rasa..padahal baru jer minum tadi..penat dia usah cakap la..berdiri lama pun tak boleh.Malam kalau masa tidor tu ade la 3-4 kali bangun gi kencing.Sementara tu, aku ada gak tanya kat mak aku,based on her experience kalau asyik dahaga dan nak kencing jer selalunye simptom orang diabetes..atau pun kencing kotor..dalam hati..erm..dah sah ade yang tak kena.walaupun masih mendoakan ianya sebab lain.Berat masa tu pun turun mendadak,dalam sebulan setengah turun 10kg..OMG...ape petuanye?bila ditanya..minum air yourgurt tiap hari.. Nak di jadikan cerita,suatu hari aku ngan hubby ikut family mentua gi melawat uncle hubby yang tengah critical kat hospital. Time tu,aku aku tengok muka dia.macam orang yang penat sangat..huh apsal lain macam jer ni?...katanye dahaga dan sangat letih..aku hairan..orang lain yang tua-tua tak pun macam dia..masih boleh berdiri..sampai dia terpaksa mintak kat cousin bangun dari kerusi sebab nak duduk. So, aku ajak pergi klinik cek ape yang patut. katanya..nanti la..malas la.. erm ape nak buat wife terpaksa akur.

Rentetan dari uncle yang sakit tu,selepas seminggu dia kembali keRahmatullah..petang tu kami bergegas ke rumah arwah. Tapi sebab terlambat,arwah dah dikebumikan bila kami sampai. Kami hanya sempat berjumpa ahli keluarga yang terdekat jer. Selepas selesai tahlil pada malam tu,kami pun menuju nak balik. So, kalau ikut masa dah lewat malam..jadi highway alternatif yang terbaik la untuk cepat sampai. Opps!...nampaknye sangkaan meleset ingatkan boleh sampai awal...sekali tersangkut selama 1 jam setangah kat highway gara-gara accident,sepatutnye stengah jam dah boleh sampai.Dan...tiba-tiba hubby gagal mengawal kencing..Alamak...kete aku....abis seat kete lenjun. Sejak tragedi malam tu..sampai jer rumah aku pujuk hubby pergi klinik pergi cek problem dia...akhirnye dia setuju.

Keesokan pagi, hubby hantar aku kerja..dengan harapan balik kerja nanti kul 1 boleh terus gi klinik..Ok..cantik la macam tu..tepat kul 1 dia dah sampai nak ambik aku..tiba-tiba dalam perjalanan dia belok kanan jalan gi rumah mak dia. Eh?..kata nak pergi klinik?..nanti la..balik umah ibu dulu..lepas makan baru pegi..huh banyaknye excuses. Sampai umah maknye..kena bebel..sebab tak gi klinik. Last skali aku pujuk gak.takpe kalu tak nak kluar duit..biar aku yang bayar..then terus pergi. Klinik pertama pergi..sampai kat kaunter..doktor xde. Budak klinik suruh datang balik kul 4..huh tak payah la..klinik lain pun ade..malas nak tunggu..buatnye hubby tak nak pergi lagi susah. So,pergi lak klinik lain, lepas buat pedaftaran terus dipanggil masuk bilik doktor.Doktor: ape masalah? Hubby: kerap kencing. Doktor :ada demam? Hubby: takde..Doktor: Kencing kerap ni adalah simptom kepada dua penyakit..yang pertama kencing kotor atau yang kedua kencing manis yang terlalu tinggi,kalau boleh kita cek kandungan gula dalam darah encik.
Masa tu jari di cucuk untuk ambil secalit darah. Jeng-jeng..bacaan pada alat pengukur tertera no 25..si pembantu doktor yang pegang alat tu buat muka terkejut.. Doktor: bacaan ini terlalu tinggi, saya akan buat surat untuk refer encik ke hospital..surat itu encik terus bawa ke unit kecemasan hari ini juga.. Hubby: ok.
Lepas siap surat pembantu klinik bagi dan kena bayar RM12...dalam hati aku: murah plak ingatkan kena 30-40 hinggit.

Petang tu jugak,naik kete FIL dengan MIL terus g unit kecemasan bawa surat tu..sampai jer terus masuk bilik untuk cek tekanan darah dan kandungan gula lagi..masa tu bacaan gula yang aku ingat dah jadi 23.
MA tu kata..tinggi  ni..mula la macam-macam soalan keluar..keturunan ade diabetes ke? ade ambik ape-ape ubat ker?...jawapannye: semua xde. 10 minit lepas tu..hubby kena masuk CCU..gelabah gak aku time tu..ingtkan kena masuk ICU..tapi sebelah bilik ICU...dalam CCU ni pesakit yang perlu rawatan segera di tempatkan...betul ke tak,tak pasti plak. Sampai jer situ..dapat satu katil.sorang-sorang staf dalam bilik tu datang inteview..especially doktor pelatih..nurse datang bagi kepit ibu jari(hehe untuk jantung ker ape aku lupe) and cucuk tangan sambung salur untuk drip.Tunggu sampai dua jam. Nurse test abs lagi...dah turun 18..nurse kata ok dlu..kalau tak turun kena cucuk insulin. Huh nasib baik la.. sampai kul 9 malam baru leh balik berbekalkan ubat untuk seminggu kalu tak silap name ubat tu Metformin,surat MC seminggu,referal letter kepada klinik kesihatan terdekat. Hambik kau..makan ubat setiap hari...seumor hidup kot.

Dan hari itu lah..bermulanya hidup hubby sebagai pesakit diabetes hingga hari ini dan seterusnya. Sehingga hari ini ramai keluarga dan kawan tertanya-tanya macam mana leh kena diabetic semuda ini?..sebab keturunan ke?..jawapanya : tidak sama sekali,ibu bapa tiada rekod diabetes..tapi lebih tepat kerana habit minum air yang dikilangkan dalam botol /kotak/tin setiap hari. Sebagai isteri of coz rasa kasihan tu tinggi, sebab muda lagi terpakse pantang makan macam-macam benda. Sedangkan masa muda ni la nak rasa nikmat makan.Dan buat diri aku sendiri dan sesiapa saja...kalau makan tu berpada-pada,ingat orang tersayang.(macam mesej pandu laju plak).

As a result untuk hari ni ..abs=9.1 berat=77kg tekanan darah=121/83 (mengikut kata doktor tekanan darah agak tinggi berbanding rekod sebelum ni)..ubat Metformin dan Glutezite kena continue makan setiap hari  4biji pagi 4 biji malam. Sekarang ni tengah pikir macam mana nak turunkan balik bacaan tekanan darah tu..kalau boleh takmo makan ubat lagi..macam-macam side effect.


17 comments:

  1. salam puan,saye turut simpati dengan keluarga pa..dan smoga huby puan tabat n cepat pulih.sa pun bar saja cek kandungan gula semalam 12.1.doc ckp tinggi...sbelum ni saye cek 15.5 dan doc suru saye control mkn an tak perlu ambil ubat sebab usia saya muda lagi..tp doc semalam suru saye ambil ubat ..saye pun kompius n rase takut..sbb ade orang ckpmkn ubt hospital sia mudabole rsakkan buah pinggang..

    ReplyDelete
  2. W'salam anim..terima kasih untuk respon awak. Betul tu..better awk jgn ambil ubt dulu..nanti kalau dah ambil..kena makan seumur hidup..xboleh stop...lagi pun awk muda.Dari sekarang awak kena jaga. Awak boleh control lagi...mybe awak boleh amalkan ape2 supplement yang tak memudaratkan dan jg pemakanan...n make sure bacaan gula dlm normal range.. Ubt hsptl tu blh merosakkan buah pinggang dlm jangka panjang.

    ReplyDelete
  3. salam..saya juga antara pesakit diabetes di usia muda. skang saya cuma jaga diet dan sentiasa joging tiap2 hari.sebenarnya pesakit diabetes boleh hidup seperti normal jika sentiasa mematau paras gula dalam darah.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..saya pesakit diabetes jgk..umur bru 20...dah 5 tahun kene diabetes sejak PMR..sekarang saya ambil insulin sepanjang hari 4 kali sehari..sejak saya dapat penyakit ni hidup saya terus berubah..saya rasa malu dan kurang bergaul..saya tak tahu kenapa sebab dulu saya seorang yg peramah orangnya..sekarang susah betul nak dapat kawan yg banya sebab mungkin badan cepat penat untuk bersembang dengan kawan..dan dulu saya seorang yang ceria dan peramah..ada tips tak nak mengatasi masalah ini?

    ReplyDelete
  5. salam syukri

    terima kasih kerana sudi berkongsi cerita anda. saya yakin anda adalah seorang yg sangat tabah kerana sudah 5 tahun menanggung diabetes. berat mata memangdang berat lagi bahu memikul. saya kena diabetes type 2 sejak awal jan 2014. mula2 kena memang rasa down dan hidup umpama menunggu mati. saya rasa pada masa itu seperti ada "timing bomb" yang sedang berdetik didalam diri saya. tunggu masa nak meledak. namun persaan itu semakin hilang dan saya sudah dapat menerima hakikat bahawa saya adalah salah seorang yg dianugerahkan Allah dengan ujian ini.

    Nasihat saya janganlah menanggung perasaan itu seorang diri.. saya mula berkongsi masalah saya ini dengan family saya dan kemudian saya mudah mencari kenalan di alam maya yang senasib dengan saya. kami mula berkongsi tip dan cara diet dan supplement yang digunakan. Alhamdulilah cara ini memberi kekuatan kepada saya untuk menempuh hari mendatang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammualaikum, bagaimne dgn kesihatan encik skrg?

      Delete
  6. Alhamdulillah...semakin baik.Pemeriksaan darah di hospital semua normal.

    ReplyDelete
  7. Saya 22 tahun...cerita dah seakan akan sama dengan kes saya ni...saya pengidap diabetes type 1...kena cucuk insulin setiap hari...doktor beritahu saya kalau tak jaga,umur 30 tahun keatas kemungkinan saya hilang penglihatan

    ReplyDelete
  8. Saya 22 tahun...cerita dah seakan akan sama dengan kes saya ni...saya pengidap diabetes type 1...kena cucuk insulin setiap hari...doktor beritahu saya kalau tak jaga,umur 30 tahun keatas kemungkinan saya hilang penglihatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh contact sy tak,atau whatsapp sy, nk tnye sedikit 011-14288648

      Delete
  9. Anak saya sekarang umur 17 tahun. Dia adalah pesakit Diabetes Type 1....dah start injection insulin sejak umur 8 tahun....sehari 4 kali injection. Alhamdulillah dia aktif tapi kena jaga pemakanan dan doktor mmg ajar dia untuk kira karbohidrat yg diambil so anak sy akan tau berapa unit insulin yg dia perlu cucuk.

    ReplyDelete
  10. Ubah cara Hidup.  Insyaallah kencing manis boleh terkawal. Ubat pun akan berkurang.

    ReplyDelete
  11. ubat mesti dimakan dan control makanan.. tukar beras kpd beras perang ataupun basmati bykan makan sayuran hijau(fiber) jadi makanan karbohidrat tidak tukar menjadi gula dalam badan..ubat bukan penyebab buah pinggang rosak sebenarnya gula yg tinggi dalam badan yang akan menyebabkan buah pinggang rosak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betol, ikut aturan ubat yg doktor bg insyaallah, sebb klo x mkn ubat la yg menyebabkan buah pinggang rosak..

      Delete
  12. 💐Assalamualaikum slm sejahtera warga group📢
    💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing manis dan jugak kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit....

    Boleh Call atau Wasap terus pengasas die..nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2.. direct terus senang kn .ni nmbor dia.👉🏼 *En Mohd Zuhairi- 0174687570*

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau..kanser yg sudah merebak ke organ2 lain pon boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3)Pengamal perubatan herba ni dh banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser..ade ramai yg dh pulih....

    5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    6) Bagi yang ada sakit *KENCING MANIS* pon boleh mendapatkan ubatan *paling mujarab* , termasuk *kencing* *manis* *kronik* seperti *kaki* *berlubang* dan *bernanah* *sehingga* *tidak* *perlu* *dipotong* .

    Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sdri pon guna produk die (jus herba) dh 3thn.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar knser yg tepat .💪🏼

    Nanti dh beli produk die blh join group wasap..boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4..
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.setia dengan jus herba ini.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    *Skg sudah sembuh dr kanser.*
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 *sekarang dh sembuh*
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    *Tengku Aziah bt Tengku Ishak,bacaan gula 16 ,bertahun thun hidap kencing manis,minum herba ini bcaan sntiasa 6 shaja *

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Pn. Rugayah Jilani -
    Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- *sudah sembuh !*
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- *sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.*
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna produk jutawan herbs nih....ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    *En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..*

    👍🏻In sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain

    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼

    *NOTE* :

    mohd zuhairi- *0174687570*

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete