First of all..memang bersyukur sangat coz this is second time..cobaan aku nak create blog..haha. tujuan utama nak share something..tapi di atas sebab yang tak dapat di elakkan terpaksa pendamkan ape yang diingini. After 2 years blog yang lame tak pernah bukak..tibe2 hari ni tergerak hati nak buat blog baru memandangkan kerja kat tempat baru ni agak membosankan. Almaklumlah dok sorang-sorang kat ofis..boringnye tuhan jer yang tau..DAN..hari ni secara rasminye..aku aktif semula berblog.
Status sebagai staff wanita yang dikeliling oleh staff lelaki agak menyesakkan jugak...tapi dengan niat utama nak cari rezeki..pejam mata jer la..walau ape pun, aku masih lagi mencari kerja yang memberi masa depan yang lebih baik untuk masa akan datang. Baru sebulan lebih kerja kat sini..so far everything its ok..first time masuk ofis ni..Masyaallah..terkejut aku..berteraburnye ofis..dengan kerajinan yang ade sikit ni..minggu pertama masuk kerja aku setle hal kemas-mengemas. Kertas dari lantai sampai ke almari siap susun, cukup seminggu setle..minggu kedua,kerja-kerja menyusun fail plak..huh pening tengok isi dalam fail tonggamg terbalik..fuh! penat gak nak faham struktur syarikat ni..rekod ntah kemana..dokumen ntah ke mana..
seminggu tu jugaklah aku sibuk mengasingkan dokumen ikut bulan masing-masing. Ok..lepas dah setle semua baru lah lega sikit..kerja tak banyak tapi nampak banyak bila rekod tak update dan berserabut.
Sekarang ni,everything dah ok..but ade sikit-sikit perkara yang kena betul..nampak gaya macam aku kena manage department aku sendiri. Mybe its good for me..mana la tau suatu hari nanti cita-cita nak jadi business women berjaya tercapai..Insyaallah.
Sejak kerja kat sini,rutin harian dah berubah sikit..sebelum ni pergi kerja kul 8.30pg..skrg pkul 8.00 dah nak kena ade kat pejabat...but as long as tak mengganggu hidup..dah kira okla..tempat kerja pun tak jauh dari rumah..so lunch hour hari-hari boleh balik..tak kira la "tapau: ker tak..janji makan mesti kat rumah.
Setakat ni..cukup la post untuk kali pertama..
No comments:
Post a Comment