Damar Laut Resort

Damar Laut Resort

Thursday, 10 July 2014

KeSiHaTaN MaKiN BaiK

Assalamualaikum

Alhamdulillah dah masuk 12 hari kita berpuasa tahun ni... moga ramadhan ini dapat menambah keimanan dan ketaqwaan kita pada-Nya. Syukur yang teramat....kerana ramadhan kali ini,jiwa dan hati aku merasa teramat tenang dan damai. Sesungguhnya ini satu nikmat yang jarang aku dapat sepanjang hari-hari biasa.

Hari ni cuma nak meng'update kesihatan en suami. Alhamdulillah...petang semalam berkesempatan pergi klinik TCM selepas sepuluh hari pengambilan air herba dan kapsul. Bila doktor buat check-up pada badan en hubby...Alhamdulillah...ada perubahan positif. Buah pinggang sebelah kanan yang lemah tempoh hari...semakin kuat tapi masih tak mencapai tahap yang baik. Kata doktor...buah pinggang sebelah kiri masih lemah. Kandungan gula untuk kencing manis pun ada penurunan kepada 12.00...ermm... itu bacaan masa xmakan kapsul, sebab dah habis...malam sebelum tu en hubby dah makan 2 biji durian...Mungkin kalau makan kapsul tu dan tak makan durian...boleh jadi banyak penurunan.

Doktor masih pesan suruh jaga pemakanan...4 makanan yang wajib dielakkan ikut kata doktor...pisang..pulut...teh..mee kuning. Kesian kat kami...dah lah minuman harian kami sememangnya teh 'o'...Jadi berkorban lah untuk kesihatan.

Air herba dan kapsul sambung pengambilannya untuk sepuluh hari lagi.

Dari pandangan mata aku secara luaran...en hubby lebih bertenaga berbanding sebelum ni...kalau tak selalu sangat dia mengeluh letih bila buat kerja berat sikit.Kadang-kadang tu balik kerja jer dah tak larat nak buat apa-apa.badan jadi lemah sangat..Alhamdulillah...sekarang ni dia pun nampak positif atas usaha kali ni. Kalau ini lah jalannya untuk kami memperoleh zuriat...InsyaAllah akan kami teruskan usaha ini. Doakan agar kami istiqamoh dengan usaha ini...



1 comment:

  1. alhamdulillah wiwie, perubahan yg baik...smg Allah beri kesembuhan...amin...

    ReplyDelete