SubhahanaAllah...Alhamdulillah...Allahhuakbar...segala pujian bagi Allah.
Hari ni baru boleh bernafas lega untuk mencuri masa berblonging bertemankan hujan renyai di pagi Jumaat yang barokah ini.
Banyak perkara nak dikongsi disini..sejak dua minggu yang lepas..tapi terlampau busy nak fikir banyak perkara.. jadi idea yang ade diperam..sampai dah jadi jeruk hari ni(
Sejak 25hb Ogos lagi...hidup macam tak keruan..segala macam benda dh terjadual utk dilaksanakan selama 2 minggu.. OK..baru terasa sangat penatnye badan setiap hari bila nak tido..
Ogos, 25 - Persiapan Majlis Hari Raya Syarikat
26 - Majlis Hari Raya Syarikat
28 - Kursus Peperiksaan SPA (Putrajaya)
29 - Perjalanan ke Mersing (7 jam)
30 - Perjalanan ke Pulau Tioman (Family gathering)
31 - Aktiviti snorkeling di Tioman (letih ya amat)
Sept, 1 - Balik ke Mersing dan terus balik ke Tapah ( 12 jam)
2 - MC- Tido satu hari (balas balik keletihan minggu lepas)
3 > 5 - Balik kerja studi utk exam SPA,malam kelas macam biasa
6 - Exam SPA -(sepatutnya 3 jam dah jadi 5 jam)
7 - Buat housekeeping - 2 minggu punya hasil x dituai
8>11 - Update nota/fail utk kelas - banyak modul tertinggal.
Huh...sepanjang masa ni banyak aktiviti yang perlukan kekuatan fizikal dan mental...
Tak habis lagi jadual sibuk ni sampai awal bulan Oktober. Masa mula2 dapat tahu pasal semua ni 22hb...OMG...dah rasa maca tak mampu nak hadap..Tapi izin Allah itu yg terbaik...semua berjalan lancar. Ahad ni kena pergi kenduri cousin en hubby..petang hari yang sama kena pergi kelas sebab pihak pentadbiran nak datang..Ya Allah..semuanya teratur dengan sempurna..Alhamdulillah.
Alhamdulillah..walaupun dalam keadaan tertekan banyak perkara nak kena fikir..aku masih dapat menikmati dan menghayati keindahan ciptaan Allah di Pulau tioman....Alhamdulillah...kelmarin dapat result.. exam SPA dah lulus..waiting for inteview pulak..
Kongsi sikit keindahan ciptaan Tuhan....Subahanallah..