Damar Laut Resort

Damar Laut Resort

Friday, 12 September 2014

LuPa SeGaLa HaL...

Assalamualaikum..

SubhahanaAllah...Alhamdulillah...Allahhuakbar...segala pujian bagi Allah.
Hari ni baru boleh bernafas lega untuk mencuri masa berblonging bertemankan hujan renyai di pagi Jumaat yang barokah ini.

Banyak perkara nak dikongsi disini..sejak dua minggu yang lepas..tapi terlampau busy nak fikir banyak perkara.. jadi idea yang ade diperam..sampai dah jadi jeruk hari ni(ape aku merepek ni)

Sejak 25hb Ogos lagi...hidup macam tak keruan..segala macam benda dh terjadual utk dilaksanakan selama 2 minggu.. OK..baru terasa sangat penatnye badan setiap hari bila nak tido..

  Ogos, 25 - Persiapan Majlis Hari Raya Syarikat
            26  - Majlis Hari Raya Syarikat
            28  - Kursus Peperiksaan SPA (Putrajaya)
            29  - Perjalanan ke Mersing (7 jam)
           30  - Perjalanan ke Pulau Tioman (Family gathering)
            31  - Aktiviti snorkeling di Tioman (letih ya amat)

 Sept, 1  - Balik ke Mersing dan terus balik ke Tapah ( 12 jam) 
          2 -  MC- Tido satu hari (balas balik keletihan minggu lepas)
    3 > 5 - Balik kerja studi utk exam SPA,malam kelas macam biasa
          6 - Exam SPA -(sepatutnya 3 jam dah jadi 5 jam)
         7 - Buat housekeeping - 2 minggu punya hasil x dituai
   8>11 - Update nota/fail utk kelas - banyak modul tertinggal.

Huh...sepanjang masa ni banyak aktiviti yang perlukan kekuatan fizikal dan mental...
Tak habis lagi jadual sibuk ni sampai awal bulan Oktober. Masa mula2 dapat tahu pasal semua ni 22hb...OMG...dah rasa maca tak mampu nak hadap..Tapi izin Allah itu yg terbaik...semua berjalan lancar. Ahad ni kena pergi kenduri cousin en hubby..petang hari yang sama kena pergi kelas sebab pihak pentadbiran nak datang..Ya Allah..semuanya teratur dengan sempurna..Alhamdulillah.

Alhamdulillah..walaupun dalam keadaan tertekan banyak perkara nak kena fikir..aku masih dapat menikmati dan menghayati keindahan ciptaan Allah di Pulau tioman....Alhamdulillah...kelmarin dapat result.. exam SPA dah lulus..waiting for inteview pulak..


Kongsi sikit keindahan ciptaan Tuhan....Subahanallah..






Monday, 8 September 2014

ReDHa DeNGaN UJiaN Allah


Assalamualaikum...walau ape pun masalah yang kita hadapi....berbalik la pada Pencipta kita...InsyAllah hati lebih terbuka untuk terima takdir-Nya.

Thursday, 14 August 2014

BeRBeKaM Laa..

Assalamualaikum

Alhamdulillah...semalam genap 17 Syawal...berkesempatan menjalankan rawatan bekam en hubby buat pertama kalinya....padahal niat nak mencuba kaedah bekam ni dah ada sejak awal tahun lagi..tapi ada saja perkara yang menghalang.

Sejak dapat tahu ada pusat bekam dibuka di pekan Tapah...aku dah bagitau en hubby nak pergi cuba cara bekam pulak....hihi..tapi aku psiko je dia dulu..konon2nya..aku yg nak pergi berbekam untuk sihatkan badan... haha..padahal memang berniat ak suruh dia buat..semalam aku tak berbekam pun sebab xde perawat perempuan.

Sejak beberapa bulan lepas..aku ade search sikit berkenaan info pasal bekam ni..hari yg baik untuk berbekam pada tarikh 17,19, &21 dalam bulan islam. So..semalam 17 syawal...aku kuatkan hati mengajak en hubby pergi lepas waktu kerja. Alhamdulillah..segalanya dipermudahkan..berkat kesabaran...walaupun pada mulanya pusat bekam dah tutup...tapi aku cuba call..perawat tu bagi kami masuk sebab kami dah ada kat depan pintu dia.

Sebelum berbekam tu,perawat tu tanya masalah en hubby...haha..dua perkara penting yang perlu bagitau macam biasa la...kencing manis & azoospermia. Bila bgtau 3 tahun kawin..si perawat tersenyum...dia pun selepas 4 tahun baru dapat...(si isteri poblem)..itupun selepas 5 kali mengurut,macam2 kaedah dah cuba...
Katanya...ikhtiar jer ape yg mampu...Allah akan menilai segala usaha2 kita tu.

Jadi..semalam en hubby berbekam sunnah dan zuriat...Alhamdulillah dia xmengeluh sakit..cuma bagtau badan rasa ringan sikit.

Kalau ikut pada kesan darah yang keluar dari point2 bekam tu..perawat tu kata bahagian buah pinggang takde masalah.(kami tak sabar nak dengar next ceck-up ngan TCM pulak apa katanya)..

Ape2 pun aku dan en hubby mengambil inisitif untuk berusaha kaedah alternatif dalam tempoh 6 bulan ini sebelum set appointment untuk biopsy..mungkin kalau ade kesempatan kaedah mengurut untuk lelakijuga akan kami cuba.

Pada pendapat aku la..bagi situasi macam en hubby...bekam ni boleh buang toksin dalam badan dan lancarkan perjalanan darah...jadi dalam masa yg sama memudahkan penyerapan herba cina yang diambil...moga2 sperma yg berkualiti dapat terhasil...InsyaAllah.

Monday, 4 August 2014

CeRiTa RaYa 2014

Assalamualaikum

Ape khabar sahabat2 blogger?....dikesempatan ini aku nak ucap selamat hari raya maaf zahir batin..
Hari ni baru masuk keje setelah seminggu bercuti...Alhamdulillah...cuti dan raya berjalan lancar.

Kali ni giliran beraya dirumah mentua...seminggu di sana. Penat jugak melayan tetamu..almaklum la rumah orang...tak sama macam rumah mak sendiri. Kalau kat rumah mak sendiri bebas nak buat ape saja...tapi rumah orang..adab kena jaga.(itu pesan mak).

Isu yang paling besar bila hari raya buat seorang TTCian ialah soalan dah ade anak???...Tahun ni dah masuk raya yang ketiga kami masih berdua. Soalan2 pasal anak ni dah kurang...cuma ade seorang dua saudara mara yang tak berapa rapat yang bertanya....sekadar nak tahu perkembangan jer kot...mmmm.

Hati ni dah sedikit kuat untuk menahan sayu setiap kali soalan itu keluar...tapi Alhamdulillah..Tuhan bagi kekuatan untuk aku jumpa semua saudara mara...takde rasa nak mengelak atau lari dari soalan2 mereka. Setiap tetamu yang datang bawa baby pasti akan aku dukung babynya....bestnye bau baby. Setiap kali pegang baby...hati mengharapkan suatu hari nanti akan merasai ada bayi sendiri.

Hari sabtu lepas balik dari jamuan hari raya famly sebelah FIL...aku n hubby g klinik TCM sbb ubat dah habis...perkembangan terus positif...lepas makan macam2 segala masakan dan buah2an kandungan gula en hubby 14.0. Buah pinggang sebelah kanan dah kuat..sebelah kiri belum cukup kuat...terkejut jugak aku bila doktor suruh pergi buat sperm analisis..mmmm..aku kurang bersetuju. Aku bagitau doktor nak buat test lepas 3 bulan ambil ubat TCM ni...sbb kalau ikut doktor shikin dulu(Dr GH)...badan akan produce new sperm dalam tempoh 72 hari...ni baru sebulan ambil ubat TCM...mmmm conpius jap...nak buat test sekarang ke?...or tunggu lepas buat pinggang belah kiri pun kuat.

Setelah sebulan amalkan kapsul dan air herba tu...dah nampak perubahan pada diri en hubby...yang paling ketara ialah emosi. Alhamdulillah..emosi en hubby kini semakin stabil...kalau sebelum ni en hubby selalunya gagal kawal emosi...tapi sekarang dia lebih positif dalam banyak perkara..kenyataan aku ini disokong oleh MIL. Jadi sedikit kesimpulan yang aku dapat buat...bila kesihatan bertambah baik...emosi juga menjadi baik...InsyaAllah...doakan kami berjaya dengan usaha ini. 




Monday, 21 July 2014

TRaDiSioNal CHiNeSe MeDiCiNe 4

Assalamualaikum

Ape khabar sahabat2 sekalian..Alhamdulilah..sedar tak sedar..kita dah berada pada 23 Ramadhan 1435H. InsyaAllah..untuk sepuluh malam2 terakhir ini...kita dapat bertemu dengan malam seribu bulan.

Hari ni aku saje nak update entri tentang kali ketiga ke klinik TCM Sabtu lepas,aku sempat teman en hubby ke klinik.Alhamdulillah.kesihatan en hubby bertambah baik...bacaan glukos dalam darah semakin menurun..dari 19.7...12.0...dan yang terkini 9.dalam tempoh 20 hari. pemeriksaan air kencing terhadap kandungan protein pun dah semakin baik..dari bacaan +3..+2...dan +1. Kata doktor buah pinggang still lemah... doktor bg tambahan herba dalam air herba yang biasa tu. Harap lepas ni boleh bagi kesan yang memberangsangkan kepada buah pinggang. Kapsul untuk diabetic still kena continue ambil..harap2 ade penurunan lagi. Air herba hari ahad baru boleh ambil..memandangkan kami balik berbuka di rumah mak..so tak sempat nak ambil siang hari..kami janji dengan doktor ambil malam...hihi finally..doktor surh ambil kat rumah dia pukul 10 mlm...

Alhamdulillah...semuanya di permudahkan..mungkin melihat kesungguhan kami datang setiap minggu ke klinik untuk berubat...doktor sudi membantu memudahkan urusan. Ibu doktor itu sendiri yg call aku supaya jangan lupa datang ambil ubat kat rumah malam nanti. Kali ni dapat rezki lebih...air herba tu biasanya dapat 14 paket untuk 7 hari..tapi kali ni dapat 18 paket. So cukup utk...9 hari..tak payah cepat sangat nak kena ulang ke klinik.

Hari ini..hati berbunga2 sebab semalam baru pergi melawat bff bersalin anak kedua...baby girl..Happy sangat dapat riba baby sejam lebih...baby tak nangis pun.  Kulit baby sangat cantik.licin..putih merah.banyak kali dapat cium baby. Bercerita tentang saat melahirkan anak....senang je si bff ni bersalin. 20 minit tahan sakit dah keluar baby...Ya Allah..kalaulah aku diberi nikmat itu..bersyukurnya aku.


Thursday, 10 July 2014

KeSiHaTaN MaKiN BaiK

Assalamualaikum

Alhamdulillah dah masuk 12 hari kita berpuasa tahun ni... moga ramadhan ini dapat menambah keimanan dan ketaqwaan kita pada-Nya. Syukur yang teramat....kerana ramadhan kali ini,jiwa dan hati aku merasa teramat tenang dan damai. Sesungguhnya ini satu nikmat yang jarang aku dapat sepanjang hari-hari biasa.

Hari ni cuma nak meng'update kesihatan en suami. Alhamdulillah...petang semalam berkesempatan pergi klinik TCM selepas sepuluh hari pengambilan air herba dan kapsul. Bila doktor buat check-up pada badan en hubby...Alhamdulillah...ada perubahan positif. Buah pinggang sebelah kanan yang lemah tempoh hari...semakin kuat tapi masih tak mencapai tahap yang baik. Kata doktor...buah pinggang sebelah kiri masih lemah. Kandungan gula untuk kencing manis pun ada penurunan kepada 12.00...ermm... itu bacaan masa xmakan kapsul, sebab dah habis...malam sebelum tu en hubby dah makan 2 biji durian...Mungkin kalau makan kapsul tu dan tak makan durian...boleh jadi banyak penurunan.

Doktor masih pesan suruh jaga pemakanan...4 makanan yang wajib dielakkan ikut kata doktor...pisang..pulut...teh..mee kuning. Kesian kat kami...dah lah minuman harian kami sememangnya teh 'o'...Jadi berkorban lah untuk kesihatan.

Air herba dan kapsul sambung pengambilannya untuk sepuluh hari lagi.

Dari pandangan mata aku secara luaran...en hubby lebih bertenaga berbanding sebelum ni...kalau tak selalu sangat dia mengeluh letih bila buat kerja berat sikit.Kadang-kadang tu balik kerja jer dah tak larat nak buat apa-apa.badan jadi lemah sangat..Alhamdulillah...sekarang ni dia pun nampak positif atas usaha kali ni. Kalau ini lah jalannya untuk kami memperoleh zuriat...InsyaAllah akan kami teruskan usaha ini. Doakan agar kami istiqamoh dengan usaha ini...



Wednesday, 2 July 2014

TRaDiSioNaL CHiNeSe MeDiCiNe 3

Assalamualaikum..

Hari ni nak upload gambar air herba dan kapsul diabetic yg en hubby ambil hari tu.

  Gambar atas ni kapsul untuk diabetic...RM130 =20 biji

Kena telan 2 biji sehari..Alhamdulillah..en hubby tak pernah miss lagi setakat hari ni.Lepas berbuka sebiji,lepas sahur sebiji. 



  Gambar yang ni pulak air rebusan herba untuk kidney....RM55 = 14 paket

Kena minum 2 kali sehari..sama macam kapsul tu. Herba ni kena simpan freeze. Panaskan sikit sebelum minum.Huhu...semalam aku try minum sikit...pahit ya amat..en hubby kata rasanya macam kopi xde gula.

Sabtu ni kena pergi lagi,utk tengok perkembangan tahap kesihatan en hubby lepas ambil ubat ni. Kalau perkembangan positif...InsyaAllah...akan teruskan pengambilannya.