Damar Laut Resort

Damar Laut Resort

Thursday, 6 February 2014

BiLa BoSan-boSaN

Assalamualaikum..

Lama tak berceloteh kat sini...xde mood...bosan...segala macam mood datang..nak kata busy???...tak jugak.Nak kata..xde cerita...ade banyak cerita....tapi....tak boleh nak cerita.(ape yang aku merepek nih?)

Ni..entri kedua untuk tahun 2014...harap2 tahun ni yang terbaik untuk aku. Permulaan January yang baik..macam2 cerita..macam2 berita..akhirnya awal bulan dua..aku p join kelas juruestetik. Hilang segala rasa sunyi dan bosan.Tiap2 malam pulak tu...haha..tinggal en hubby sorang2 kat rumah. Hari tu nampak seorang anak dan ibu bergaduh,sangat sedih kalau itu berlaku pada aku.


Ada perkara nak luah....
Tapi tak tau macam mana nak mula..
Ada rasa nak kongsi...
Tapi xda ayat yang betul...

Jadi ibu bukan mudah...
Sebab itu satu amanah...
Jadi ibu bukan senang..
Sebab tak boleh nak garang-garang..

Kecik-kecik dimanja-manja..
Dah besar..kau yang kecewa..
Manjakan anak biar berpada..
Kelak hidup tak tersiksa..

Aku takut..
Sekarang aku mengata..
Kelak masa aku pula..

Aku asyik fikir..silap siapa..
Tapi..baru sekarang baru jumpa...
Kalau sebut I..B...U..
Tapi sebab apa....
Jawabnya silap manja..

Hari ni anak kau jadi derhaka..
Kau kata bukan salah kau...
Aku tetap kata salah kau..

Dari kecik kau didik anak kau..
Kau nak salahkan kawan.....
Kau nak salahkan cikgu skolah..
Kau nak salahkan kerajaan..

Tak payah salahkan siapa2..
Semak hati...Audit diri..
Salah diri sendiri...

Takutnya aku...
Takut syurga tak terima kamu...
Mohon Tuhan ampunkan dosa kamu-kamu..

Wahai ibu...
Jaga amanahmu...
Didik cara Rasul mu..
Bukan ikut citarasa kamu..

Sekian.






Tuesday, 7 January 2014

SaLaM 2014

Assalammualaikum

Diam tak diam dah masuk tahun 2014..banyak benda tak tercapai lagi. Azam tahun ni??????
Setiap tahun pun aku tak pernah buat apa-apa azam, yang penting hidup perlu bahgia. Kalau tahun ni nak buat azam pregnant boleh tak?....Semua Allah dah rancang untuk hamba-Nya, aku berusaha yang termampu jer.


“Orang yang gembira dan bahagia tidak memiliki segalanya. Mereka cuma memanfaatkan apa yang ada,” ~Ustaz Abu Khari~


Aku suka kata-kata ustaz ni. Untuk renungan diri aku sendiri..bagi membandingkan kata"anak ini lah kebahgian kami"..abis tu.. takde anak tak boleh bahgia?.... 



Manfaatkan apa yang ada....apa yang aku ada?...aku ada suami yang penyayang....aku ada ibu bapa yang sangat ambil berat pasal aku...aku ada mentua yang layan aku macam anak sendiri..aku ada adik-beradik yang boleh hiburkan hati aku....so..rujuk surah Ar-Rahman tentang ayat yang diulang sebanyak 31 kali "Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan"...

InsyaAllah..akan aku manfaatkan segala nikmat kebahgian yang Tuhan berikan selagi ada hayat ini.





Friday, 20 December 2013

KeSaN PeNgamBilanNya....

Assalamualaikum..

Salam jumaat sahabat2 blogger...hari ni nak share sikit pasal kesihatan my hubby. Kalau sesiapa yang ada baca entri sebelum ni..sahabat mungkin tahu hubby adalah penghidap diabetes type 2.

Minggu lepas kami pergi farmasi untuk cek glucose hubby...bacaan dia still tinggi 12.2mol...untuk puasa....ubat hospital dah lama tak makan...makanan memang tak pantang. The worst thing is....berat dah turun dari 79kg ke 74kg. Kalau orang sihat itu satu kejayaan buat mereka...tapi buat hubby..satu kegagalan atau kejayaan aku pun tak pasti. Tapi satu perkara yang ada peningkatan untuk tekanan darah dia...109/70...yang terbaik dalam rekod dia yang pernah ada. Sebelum ni...182/79(masa ni doktor dah bagi ubat cholestrol)...hehe...of coz la hubby tak makan ubat tu. Bacaan cholestrol yang terbaru time cek kat farmasi tu..5.1...pharmacist tu kata..wah memang cantik bacaan ni. Tekanan darah dengan kolestrol ok...tapi glucose tu kena kurang lagi.......dia suruh kurang makan nasi....haha...kita orang melayu...nasi makanan ruji.

Kalau tengok pada rekod yang terbaru ni....agak2 apa la yang en hubby buat sampai leh turun berat dan cholesterol macam tu sekali... Senaman?..huhu..memang tak la...Dah ramai tegur en hubby dah kurus...dia sendiri pun tak tau nak jawab ape...bila orang tanya...kenapa kurus....kurang makan jawabnya. Mungkin jugak kot. Tapi satu benda yang aku nak share ialah satu produk ni....keluaran Fadhilat Herb.



 Kalau nak tau detail pasal produk ni boleh la tanya en google. Hubby hanya pengguna bukan penjual. Aku pun tak tau nak panggil ape produk ni...tapi ngan hubby aku sebut melada pahit jer..haha..memang pahit pun. Tapi lalu pulak dia minum hari2. (Satu2 nya supplement yang hubby tak putus ambil) kalau yang lain jgn harap...dah beratus aku habis..idak disentuhnya.(frust aku).

Produk ni diperkenalkan oleh kawan sepejabat hubby 3 bulan lepas..since dia tau hubby diabetic dia pun promote. Sebab kawan jual..hubby pun beli la...Alhamdulillah...aku sebagai orang yang paling rapat nampak perubahan dia lepas sminggu dia ambil...dia tak nampak penat macam dulu. Kalau tak bila balik keje asyik merungut badan lemah. Nampak dia lebih aktif dari biasa. Since dah tengok perubahan macam tu..aku bagi galakkan untuk dia terus minum air ni. ..dah tu ubat hospital xmo makan. Kalau biar nanti melarat pulak. Aku rase sebab apa dia lalu minum air ni....sebab sejuk...leh letak dalam peti sejuk. Hubby memang penggemar ais. Tiap2 pagi aku ni jadi penuang setia air ni..org pagi2 tuang teh untuk suami..aku plak tuang ubat untuk suami..bior la..janji dia nak minum. Sebulan hubby minum 4 botol....harga pun tak mahal..kalau nak banding ngan supplement2 lain...sebotol dalam rm20..untuk seminggu.

Aku pun macam teringin nak minum bila tengok tahap kesihatan dia yang meningkat tu...tapi tak termampu nak minum pahitnya.......
 Aku ada terbaca...entah kat mana entah...air ni pun boleh bantu untuk kesuburan....tapi ibu mengandung tak boleh minum.  Untuk wanita yang period tak teratur boleh la cuba.

Minuman ni sekadar usaha untuk dapatkan kesihatan yang lebih baik..segalanya dengan izin Allah.

Tuesday, 17 December 2013

TaHun PerTaMa di SiNi

Assalamualaikum

Syukur Alhamdulillah..hari ni genap setahun aku bekerja di syarikat ini...semakin hari pengalaman semakin bertambah hendaknya.

Aku sendiri tak sangka boleh bertahan di syarikat ini hingga hari ini.Kalau dulu...masa baru kerja selalu terfikir nak cari kerja lain. Bukan sebab tension...tapi sebab kesorangan...sedih kena kerja sorang2 tanpa kawan2 sekeliling. Tinggal kat ofis sorang2....dulu macam tak percaya boleh bertahan...sebulan kerja dah fikir nak cari kerja lain. Tapi itu la hakikat manusia biasa...lebih suka pandang yang negatif dari positif... Bukan itu jer..siap dengan dorongan orang sekeliling especially ahli keluarga suruh cari kerja lain...konon-kononnya senang nak cari kerja.

Tapi semua tu aku berjaya tepis...huhu..terharu jugak dengan kejayaan diri sendiri ni. Dalam diam dah setahun aku manage company sorang2....hahaha...macam company ni aku yang punya. Dulu aku tak dapat bayangkan ape akan jadi pada aku kalau aku keje kat sini lepas 3 bulan....aku ingat mesti dah jadi kera sumbang seh.(almaklum lah tak pernah keje sorang2)..aku fikir pengalaman aku tak dapat berkembang kalau stay kat company ni..semua kena buat sendiri..kena cari alternatif sendiri kalau nak apa2 maklumat.dan ini sangat2 mengajar aku maksud independent...mula2 dulu tak biasa..rasa nak nangis sebab company dulu,nak apa main mintak jer...sekarang semua kena cari sendiri...guna pengalaman yang ciput nih. ..Sebenarnya...ini lah rezki yang dah ditentukan untuk aku. Sepatutnya aku bersyukur....sebab ada kerja..betul tak?

Lepas 6 bulan kerja dengan company ni..baru sendiri sedar..."takkan nak berhenti lagi dalam masa kurang setahun..cukup2 lah company dulu setakat 6 bulan....bila fikir2 balik...tak cantik pulak resume aku. Keje sana...6 bulan..keje sini 6 bulan...kat situ boleh kurangkan markah 'loyalty" aku untuk sebuah company... Lagipun kerja kat sini tak buat aku tension...rasanya itu dah memadai bagi aku. Masuk kerja pukul 8..pukul 5 boleh balik...tengah hari boleh balik lunch kat rumah dengan hubby. Pengalaman dulu mengajar aku erti syukur...huh company yang terdahulu ada yang kena balik sampai 11 malam...mujur belum kawin masa tu.

Kat sini kerja pulak dengan kaum adam...aku sorang kaum hawa...jadi soal anak...xjadi masalah. Takde adik or kakak yang nak bercerita pasal pregnant ke..pasal anak ke....lega.

Hehe...since dah genap setahun ni...pelan2 dah kena buat rancangan untuk 2014...nak stay kat sini..atau cari tempat baru. Tapi kalau kat area Tapah ni...berapa banyak vacancy yang ada?...alamak..kena berhijrah pulak?...takpe2 fikir kemudian.

Alhamdulillah dah setahun ni..kepercayaan bos kat aku dah makin bertambah...dengan harapan aku akan bertahan untuk masa akan datang..BOLEH?..siap mintak aku datang ofis KL sehari setiap minggu. Atas alasan dia tak percaya accountant yang sedia ada kat sana. Sakit hati gak aku...aku pulak yang jadi mangsa keadaan sebab orang tu.Walaupun..keputusan belum muktamad lagi...aku memang tak setuju..

Segala yang berlaku atas kehendak-Nya..segalanya ada hikmah. Pengalaman yang paling mencabar di sini....adalah menjadi amanah. Almaklumlah..kerja tanpa pengawasan manusia...bila2 masa pun boleh mengulat.

Dan..bekerja di sini la..aku mampu berblog....banyak masa terluang...kalau kat tempat lain selesai kerja or penat sekejap boleh chit chat ngan kawan sebelah. Tapi kat sini aku hanya boleh chit chat online jer. Tapi tetap tak sama bila kita bersembang face to face kan???? dan ini menyebabkan aku lebih banyak luangkan masa membaca info2 kat google...bila BOSAN.



Ape2 pun nak wish congrat kat diri sendiri sebab dah setahun keje kat company ni...hehe.TAHNIAH!.
InsyaAllah..dengan pengalaman yang ada setakat hari ini dan akan datang..akan digunapakai untuk kerjaya aku di masa depan..

Tuesday, 26 November 2013

SuCCeSfulL oF TheM (3)

As'salam

Alhamdulillah..hari ni Tuhan bagi kesihatan yang baik dari semalam(dah 2hari badan rasa panas tak berapa sihat). Hari ni cuma nak  kongsi inspirasi aku dengan kawan2 yang senasib. Aku memang tak pernah jemu untuk cari perkara2 yang berkaitan azoospermia ni...dan beberapa hari lepas aku terbaca dari satu forum mengenai kejayaan mereka dalam menangani masalah yang sama :-

"Hi...Finally I can give some good news for those who are dealing with Azoospermia. I have been waiting for 3 years to be able to post on here and give good news. DH has NOA azoospermia. Unexplained. And he was 30 when we discovered it, in the prime of his life, a real man's man. What a devastating blow to him! After more than 2 years of pussyfooting around, (in July 2009) we went to do the testis biopsy and the doctors actually said he had NECROSIS (!!!) on one testicle. And no sign of sperm. On the other side, they found SPERMATID (not even sperm! And only 3 of them!!!) Our chances seemed pretty slim.

But the nurse we were dealing with was magnificent. As far as she was concerned, as long as SOMETHING was found, we had hope. And then 2 weeks ago we went for the EC and ET...In seaching further in DH's cryogenically frozen tissue, they found another 11 spermatid (NOT SPERM). They tried to fertilize nonetheless, since 14 eggs had been retrieved from me. Well, the next day, they told us that 12 out of 14 had fertilized! OMG!!! We did a 3dt, and to our (and the doctors and nurses) utter amazement, 7 of the fertilized eggs were grade 1! (i.e 8 cells or better), 4 were grade 2 (6-7 or better) and 1 was grade 3 (around 5 cells). They transferred 3 embies that day and we settled into the 2ww.

I had been scrutinizing my body for symptoms, are my boobs looking bigger? Do I have any veins? Do I feel nauseous? NOTHING! Yesterday was 10dp3dt...and I just could not resist. I did a HPT...and to my utter delight, a second line showed up! I wish I had a scanner so I could show the cynics! miracles do happen!

My hubby had NOA with no sperm, not even in the testes! Only spermatid! If you dont know what spermatid are, they are immature sperm, sperm without the tail. And yet, this is our first ICSI, and we got a BFP! I am doing my beta test tomorrow. BTW, my DH's FSH level was also really really high. 35. Yikes! And also, I have gone through horrible doctors telling me things like "Now dont be upset, but you probably wont have kids," or "your chances are pretty slim", or the "prognosis is really poor with these spermatids". Oh yeah? Then explain 12 eggs fertilizing Grade 1? And explain my 2 lines on the HPT? Have faith. Miracles DO happen in spite of what the doctors tell you. His testis biopsy was brutal. Not a tiny little slit, because those dont really work because the area targeted is small. This was full out biopsy with a HUGE chunk of tissue removed, and the embryologist sifted through it for hours and found only 3 on the day of the biopsy. This sounds bad but he has 1 1/2 testicles left. Yes, he was slaughtered.

I used to hunt and hunt for posts like this, and I saw very few. I promised that I would write on here the day I got my BFP, because I know that there are plenty of women like me. If you have questions or anything at all, please contact me. I know what you are going through because I have lived through this. And I finally got my positive yesterday! I still feel like this is a dream, but I tested again today using clearblue, and the result is BFP again! We live in South Africa, which contrary to what a lot of people think, is highly advanced in areas of medicine (after all, the first heart transplant was done right here in Cape Town, South Africa, by Dr Chris Barnaard). The procedure I did was ICSI, which has a greater success rate than with IVF. Look it up. Email me through this site and I will give you my private email address if you want to talk more. I will happily answer any questions you may have. Write "azoospermia" in the subject heading so I know its not spam. As I said, I have lived through this everyday since the day I got married and I remember feeling so lost when I would scour the websites and people would not reply back to me once they got their good news. I swore I would never be like that. Forget all those who are still looking for answers. If you want to even chat with me, I can even skype with you. It happened to us, it can happen to anyone else. NOA, no blockage, no sperm at all, necrosis (that means DYING TISSUE!) on one testicle, and here I am pregnant!"

MOGA IA BOLEH JADI INSPIRASI BUAT AKU DAN KAWAN2 TTC YANG SENASIB. 

Thursday, 21 November 2013

SYaHidNya SeoRanG MuJahiDDin

As'salam,

Subahanallah...Alhamdulillah..Allahhuakbar...Sesungguhnya mati itu pasti...itulah yang mampu aku luah dalam hati tatkala menonton video kenangan AHMAD AMMAR AHMAD AZAM..pemuda Malaysia yang syahid di turki pada 2 November 2013 bersamaan 1 Muharam 1435H. Video berdurasi selama 24minit 15 saat sangat menyentuh hati. Untuk peringatan aku dan umat Islam.

http://www.youtube.com/watch?v=HIR30U3E9sE



Manusia yang lahirnya seorang yang biasa...berakhir dengan kematian yang luar biasa. Mampukah kita Syahid seperti Ammar?

Untuk muhasabah diri sendiri...
Ahmad Ammar mendapat Hidayah se-awal umur 20 tahun..Apa yang aku buat pada masa umur aku sebaya Ammar? Aku masih leka dengan hal duniawi.

Ya Allah......masih banyak kekurangan aku dalam mentaati perintah-Mu.

Monday, 18 November 2013

SuPPleMeNt UnTuK LeLaKi

As'salam...

Apa khabar sahabat2 blogger?....hari ini datang ofis dengan otak yang kosong...tak mo fikir apa2...cuma yang terfikir nak update blog...haha..Monday blues...blurrrr.

Otak yang kosong..tapi still nak bercerita....ye la dah seminggu tak update...macam lame jer..macam malas jer...Opps..bukan malas...tapi akibat dari kekangan masa.. Minggu lepas sibuk dengan audit. Mengelabah dibuatnya...rasa macam buat kerje giler pun hado.. Mana taknye..akaun selama 6 bulan disuruhnya aku key in dalam masa 3 hari...GILER KER????..ingat aku robot ke.. kalau setakat 40-50 transaction boleh lagi aku siapkan...Ini...dekat 400 transaction...mau tak tido malam dibuatnya. Tapi dengan usaha keras aku ni...setakat kerja sampai 11 malam selama 3 hari..mampu siap 380 transaction..huhu..Alhamdulillah setel jugak closing account tahun ni. Tapi tak habis kat situ..banyak yang tak betul..gara2 buat kerja last minute. Nampak gayanya banyak adjusment nak kena buat lepas ni....

Dalam pada sibuk minggu tu...MIL sibuk promote kat aku Proxceed Plus...tau tak ape tu? Ala...supplement yang doktor Zubaidi cadangkan untuk lelaki yang ada masalah sperm.  MIL..siap pm kat facebook lagi.  Mula-mula suruh aku baca bab kesuburan lelaki...kat blog dr Zubaidi...penat aku cari..tak jumpa plak. Last2 tanya ape nama supplement tu?...Proxceed Plus...haaaaa..kan senang....


Tu...dia...nampak tak macam mana rupa dia?..tengok dari pada gambar ni..kandungannya macam serbuk jer...bancuh dalam air. Kalau pil..confirm en hubby tak makan punya.(kalau beli la..) Kalau ikut kegunaannya adalah untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma....mmmmm..pada aku mungkin sesuai untuk suami2 yang kurang kuantiti sperma dan lemah. Tapi untuk azoospermia sesuai ke tak?...bila dah baca info tu.(kalau nak tau lebih lanjut google la yer..) Mula2 dah rasa macam...mmmmmm..macam tak sesuai jer untuk en hubby.. tapi sebab rasa tak puas hati yang menggunung...terus pm dr Zubaidi..tanya sesuai tak untuk orang ada masalah Azoospermia?..sehari lepas tu baru doktor balas..."W'salam sekiranya ia disebabkan masalah production, boleh dicuba. Sekiranya disebabkan saluran tersumbat, pembedahan mungkin perlu dilakukan".. Yang mana satu masalah en hubby yer?...tak tau pun..sebab tak continue lagi check up dgn hospital. Tapi aku agak...masalah production sebab hormon level hari tu memang out of normal range..(terernya kau buat andaian)..sekadar pengetahuan atas pembacaan aku jer. Ok..patut ke en hubby cuba?...

Alamak...bila dah jumpa MIL...harga Proxceed Plus ni RM270 sekotak..untuk 15 hari..kena ambil sekurang2nya 3bulan untuk tengok kesannya....huh..mandi peluh aku dengarnya...macam2 terfikir...beli karang en hubby tak minum..harganya sama dengan belanja rokok en hubby sebulan...beli kang tak berkesan utk azoospermia...adoi la. Ape yang terbaik yer?...cari2 testimonial yang berjaya setakat ni pun..setakat masalah kurang kuantiti dan lemah jer...belum jumpa yang azoospermia lagi...