Damar Laut Resort

Damar Laut Resort

Wednesday, 2 October 2013

CeloTeh TeH TaRiK

As'salam
Cuaca hari ni panas terik betul..tak macam selalu pagi2 redup. Pukul 6.45 pagi dah terang benderang...Tapi Alhamdulillah..Tuhan bagi kesihatan yang baik buat aku macam selalu. Rasa macam dah lama pulak tak berblog ni..nampak macam takda idea..tapi dalam fikiran banyak cerita.

Hari ni nak bercerita pasal kejadian Jumaat lepas.. Masa tu aku baru keluar ofis tunggu en hubby ambil..Tiba-tiba pulak en.hubby nak hantar ambil g keje hari tu..rupa2nya ada udang sebalik mee.. Dia ajak g 'usha-usha' rumah baru kat area Tapah lepas keje nanti. Konon2nya nak beli rumah kat sini..ntah bila pun tak tau..macam excited sangat dia.

Macam biasa la kalau bab menunggu la paling aku tak suka. Kalau datang cepat takpe jugak..ni hampir setengah jam..boring betul.. Aku pun duduk la kat kedai makan menunggu en hubby sampai. Tiba2 ada la 2 orang uncle india ni datang nak minum..diorang buka workshop selang beberapa lot dengan ofis aku... Adoi..menyibuk jer..duduk kat meja aku pulak tu. Macam dah lama kenal jer...haha. Si uncle yang no 1 sibuk nak belanja aku minum teh tarik..."Mari2 saya belanja u minum teh panas"...haha..aku bagi alasan takut teh tak sempat sejuk hubby dah sampai..tak boleh minum pulak. "oooo..u tunggu u punya laki ke?...itu kereta merah bukan?"...eh dalam hati aku...tau pulak uncle ni. Padahal hari ni..tak naik kereta merah pun...naik kete aku jer. Sah2...diorang perhati aku setiap kali keluar masuk ofis..terasa tepi kain ku dijaga mereka..huhu.

Bila dah lama melayan diorang sembang..mula la keluar soalan yang TTC paling tak suka....."u sudah berapa orang anak?" Bila aku jawab belum ada lagi...sambung pulak soalan lagi..."sudah berapa lama kawin/"..
Haha..aku saje cakap baru setahun lebih...uncle no 2 sambung pulak"ooooo..baru lagi...ini semua kerja maha kuasa..saya kawin pun lepas 3 tahun baru dapat no 1"(slanga india)..amboi..pandai uncle ni cakap maha kuasa...nak gelak pun ada. hehe. Aku pun..mengiyakan jer.. Tak habis pulak yg sorang menyampuk..saya sampai sekarang takda anak...hehe dalam hati aku..ntah kawin ke tidak uncle tu.

Tak habis cerita lagi uncle no 2 tu... "saya dapat no 1 pun pergi sembahyang mintak dengan tuhan..hati mau suci..mintak mau betul2"...aku cakap "hati mesti ikhlas."...haha.."itu macam la".. Sambung pulak.."saya punya abang kawin 15 tahun tarak anak...sampai sekarang". aku tanya tak pergi buat sembahyang ke?..."bukan tak buat..ada buat..tapi tuhan tak mau kasi"... Habis cerita kat situ...en hubby dah sampai. Lega rasa.

Rasa macam nak buat kesimpulan sikit dari sembang2 aku dengan uncle tu. Hakikat manusia ni..walau ape pun bangsa dan agama kita...pasal zuriat ni semua percaya ia anugerah Tuhan. Sehebat mana pun orang tu...dengan Tuhan jugak kita meminta.. Diorang pun macam kita juga..berusaha..berdoa..
berserah/tawakkal..  Kalau seorang yang bukan muslim boleh berkata-kata macam tu..apatah lagi kita yang bertuhankan Allah yang satu.  Ya Allah aku hamba Mu yang lemah...tunjukkan aku jalan yang lurus.

Monday, 23 September 2013

ReZeKi OrAnG

As'salam..

Macam biasa Monday blues...mood keje ke laut. Sejak balik dari Langkawi hari tu takda mood nak wat entri kat blog..Nak kata letih tak jugak..Berjalan sakan  kat sana sampai sakit2 kaki. Tapi hari ni bukan nak citer pasal pergi langkawi. Tapi nak cerita pasal berita semalam masa pergi rumah MIL.

Cuti weekend baru ni..macam biasa la balik kampung. Sepatutnya balik tido rumah mak aku..tapi minggu ni terlebih pulak duduk rumah mentua. Takut pulak mak aku terasa. Walaupun cuti 2 hari jer..sempat jugak menghabiskan masa pergi jalan2 tengok wayang dengan hubby. Dah lama tak menghabiskan masa jalan2 cuci mata. Kebetulan weekend takde plan nak ke mana-mana..lepas servis kereta..kami pergi tengok wayang. Tak plan pun nak tengok cite ape. Hubby kata kite tengok jer cite ape yang ada. Kami tengok citer THE FLU.. haha...masa beli tiket ingatkan cerita omputih..skali citer Korea daa. Tapi jalan cerita tu memang best..sampai meleleh air mata bila tengok scene seorang kanak-kanak merayu untuk nyawa mak dia. Bahagianya kalau aku ada anak secomel & secerdik dia....kiut sangat.

Lepas tengok wayang kami singgah rumah mentua sebelum balik. Datang kali ni MIL bagi no telefon sorang pakcik untuk berubat pasal masalah zuriat nih. Sebelum aku sampai rumah mentua... hubby ada bagitau kakak saudara dia baru pregnant 3 bulan setelah 6 tahun kawin. Yer..aku pernah jumpa Kak Zura tu..dia ada ambil anak angkat sorang. Dah rezki dia...tapi setahu aku..dia pernah pregnant 2 tahun lepas tapi tahan 2 bulan jer. Itu pun masa aku jumpa dia raya tahun lepas.

So..dari Kak Zura la MIL dapat no telefon pakcik ni. Mengikut cerita Kak Zura nama pakcik tu..Pak Ho..tinggal kat Kuala Kangsar. Dua kali Kak Zura pergi berubat dengan dia...katanya Kak Zura yang bermasalah...lepas 2 kali berubat terus lekat...Alhamdulillah..semua ni dengan izin Allah. Dia cerita jugak pasal si abang sedara yang 15 tahun kawin pun isteri dia pregnant lepas berubat dengan Pak Ho.

Bila aku tanya MIL cara Pak Ho berubat...dia tak tahu pulak...mmm takpe la. In sha Allah..kalau takde aral..hujung minggu ni kami pergi. Kebetulan kakak hubby yang dah setahun kawin juga tak preggy lagi..mybe dia pergi jugak dengan kami. Mengharap sangat tu tak la..tapi kami cuba ikhtiar..In Sha Allah..


Friday, 13 September 2013

NaK PerGi ReuNion

As'salam..

Diam2 hari ni dah Jumaat..Hari yang ditunggu2 oleh semua pekerja yang bercuti Sabtu Ahad. Hari ni aku excited lain macam sikit..sebab malam ni nak gerak g Kedah. Esok pagi sampai la Langkawi. Wah..macam seronok sangat nak g Langkawi..giler excited sampai tak boleh nak tido lena. Pukul 5.30 dah terjaga.."eh dah siang nak g langkawi.." haha..sebenarnya excited nak jumpa kawan2.

Konon2 nya reunion la.. padahal perginya 5 org jer termasuk aku. Tapi sebab dah lama sangat tak jumpa diaorang..tu yang excited tu. Diorang housemate masa aku blajar dulu. 3 tahun setengah hidup sebumbung. Macam2 perangai ade..tapi diorang la kawan gaduh..kawan baik time tu. Sepatutnya kami 6 orang tapi sebab sorang tengah sarat mengandung..dia di kecualikan. Jelesnya..lepas kawin dia terus lekat..rezki dia.

Kami yang ber5 ni..3 bujang...2 dah kawin termasuk aku. Kami sama2 TTC sejak 2 tahun lepas...dia kawin awal sebulan dari aku. Aku kesian sangat kat kawan aku tu..macam jatuh di timpa tangga..lepas 2 bulan kawin..mak dia meninggal..bapa dia kawin lain..adik-beradik 2 orang jer. Adik lelaki dia dah kawin..dah ade anak pun. Kesian dia..takde tempat nak mengadu..adik-bradik pompuan xde...mak mentua selalu perli dia sebab tak pregnant. Sekurang2nya..aku kena bersyukur sebab aku ada orang2 sekeliling yang aku boleh share problem.

Aik..da lari topik ni..reunion ni last minit punya plan. Mula2 nya..kawan2 dari KL nak melancong ke Kedah jer..diorang nak singgah rumah aku untuk ziarah jer..haha. Sekali aku terdapat tau...ape lagi..NAK IKUT JUGAK!!!!..Sudahnya plan terus masuk langkawi..sebab ade sorang yang bujang ni tak pernah pergi langkawi rupanya..hihi..abis kena gelak dengan yang lain.. 1 Malaysia dia dah pusing..sebab dia ni urusetia seminar-seminar guru. Sabah sarawak abis dah berjalan..vietnam..semua dah lepas. Sekali dia bagitau langkawi tak pernah pergi lagi..hehe.

Kalau ikut perancangan..diorang amik aku kat rnr je..lepas tu terus gerak g Kedah...Tido rumah yang dok Kedah tu.  Pagi sabtu naik feri pukul 8. Masing2 ni tengah teruja nak pergi Island hoping. Dalam ramai2 tu..aku sorang jer yang pernah g island hoping. Aku g masa honeymoon dulu..tapi tak mandi kat tasik dayang bunting..rugi plak tak mandi. kali ni pergi lagi sekali..dengan harapan nak mandi tasik puas2. Tak tau nak cakap..tgk rezki mcm mana. 2-3 hari ni kerap hujan pulak. Haha..ada pulak hubby suruh bawa balik air tasik tu dalam botol..lepas tu minum kat rumah..Ai!..ni dah kes bida'ah.

Kiranya ni 1st time nak pergi jauh tinggal hubby sejak kawin. Selalunya aku yang kena tinggal...baru jer minggu lepas hubby g langkawi. Nak mintak permission pergi pun macam2 cerita..last sekali dia bagi pergi tapi kena call dia setiap kali ubah lokasi..huh..bunyi jeles tak bertempat. Pesan JANGAN pakai cantik2..buat cara dah kawin. Adoi..la..comfirm sehari 5-6 kali hubby akan call aku kat sana.

Eh..teringat pasal packing..baju tak masuk beg lagi..hehe..lunch hour boleh balik masuk baju dalam beg. Tak tau nak bawa ape ni..yang penting sluar track dengan t-shirt untuk main air...bestnye. Hopefully percutian kali ni boleh buat kenangan manis..YES!


Monday, 9 September 2013

KeNduRi PeRgi HaJi

As'salam

Semalam..Ahad..masa bermalas-malasan di rumah...kami suami isteri jarang sangat bercuti kat rumah sendiri ,biasanya setiap minggu mesti balik kg...Kebetulan minggu ni pun ada jemputan kenduri doa selamat sepupu hubby dekat ngan rumah kami sempena keberangkatan menunaikan haji..kami pun tak balik kg. Haha...seronoknya pagi2 Ahad berada di rumah sendiri..berdua jer ok!. haha..dunia aku yang punya. Suka hati nak bangun pukul berapa pun..xde sapa nak kisah..takde sapa nak mengata bangun lambat pun.

Tapi kalau spesis mata tak leh tutup lama-lama bila hari dah terang..tak yah nak berangan la...hihi.paling lewat boleh tido pun pukul 9 jer..lebih2 kang sakit kepala. Mengemas sikit2..lepas tu dah boleh rilek tengok tv..Tv pun aku yang punya..kalau dok rumah parents...ramai yang ada..kena la bertolak ansur.

Kul 12 bersiap2 la pi kenduri..punya la lama kami berdua bersiap..pukul 1 baru nak gerak. sampai kenduri orang tengah baca doa.Alhamdulillah..tak lewat sangat. Lepas makan..mak sedara hubby mula bertanya pasal urut yang aku nak pergi tu..dulu2..aku pernah tanya dia pasal tukang urut kat kg..tapi masa tu sebelum dapat result hubby. Lepas dapat result..semuanya cancel. Tapi ape yang aku boleh cakap ngan makcik2 macam tu?...selalunya org akan salahkan isteri sebab tak pregnant...senyum tanpa jawapan.

Lepas makan pergi lepaking plak kat rumah makcik yang lagi sorang..memang enjoy la kat sana sebab diorang ni..org2 KL yang balik kg untuk release kesibukan bandar. Tapi ada yang kurang menyenangkan biler nak balik..salam jer dengan sorang makcik hubby "awak ni xde ape2 lagi ke?"..huh i hate this question. aku geleng kepala jer.."menantu wan nun yang dan 3 tahun kawin tu dan lekat dah"..aku jawab sambil lewa jer..bukan aku tak tau..semalam hubby dah bagi tau dah.."oh yer ke?...dia ade buat ape?treatment ke?".Sebenarnya bila keluar jer soalan tu..rasa macam nak jerit bagi tau orang yang suami saya ada masalah..doktor kata kami xleh ade anak seumur hidup...huhuhuuuuhuh...nangis puas2.

Susahnya..hadapi benda macam ni...hati TTC mana yang tak cemburu bila dengar orang lain preggy. Tapi hakikatnya Allah jer tau perasaan ni. Tapi berpegang la pada janji Allah...Allah hanya menguji hamba-Nya berdasar kemampuan hamba-Nya. Allah Maha Mengetahui.

Saturday, 7 September 2013

TeTaMu PeRtaMa DiaKhir SyaWal

As'salam

Haha..aku sendiri pun nak ketawa taip tajuk tu..macam tajuk novel pulak. Tetamu tu sebenarnya parents and adik bongsu aku..Kebetulan semalam Jumaat..hari terakhir syawal..jadi tajuk yang sesuai kot. Al-kisahnya..sepanjang syawal mana ada tetamu datang rumah kami..semalam yang betul2 famly aku datang lepak lama2 kat rumah..Actually,seminggu selepas raya hari tu ada gak keluarga in-law datang singgah tak sampai 15minit pun(tak boleh dikira raya la kan)..sekadar nak hantar makanan kat hubby. Diorang on the way gi KL time tu..MIL ingat aku keje hari sabtu tu.thats why la dia hantar lauk untuk makan lunch..haha..sekali aku dah siap masak kat rumah..Kesian..tu la..datang mengejut lagi.

Family aku datang tu pun sebab diorang on the way balik dari Terengganu rumah abang aku..So before diorang bertolak balik tu aku ajak mak singgah rumah aku..sebab nanti aku tak balik kg 2 minggu..hehe 2 minggu je..di sebabkan aku ni balik tiap2 minggu..2 minggu tu rase lama sangat. Haha..nampak macam tak serius mana pun tak balik 2 minggu. Tapi bagi abah aku..ini perkara serius..sebab ape?..sebab dia pernah sakit bila lame sangat tak jumpa anak2 dia..huh dasyatnye?..betul..anak2 ni semangat untuk abah aku.

Family pergi Terengganu bukan sebab nak jalan2..tapi sebab nak jumpa cucu...sebagai orang yang tak dapat bagi cucu kat atok ngan opah..agak terasa jugak. Actually..abang aku baru dapat anak yang ke3 bulan Jun lepas. Sanggupkan?...jauh2 Opah ngan atuk datang sebab cucu tanya bila nak datang rumah diorang...padahal kakak ipar aku berpantang 2 bulan kat Ipoh..hari2 jumpa cucu. Tapi itu la hakikatnya..tarikan budak2..apa tah lagi dari darah daging sendiri...Aku sendiri pun sayang kat anak2 buah aku tu...ketiga-tiga lelaki. Parents aku belum ade cucu gurl2 lagi. Mungkin kah aku?...mmm

Diorang datang..aku tak sempat sambut depan pintu pun..sebab aku keje. En. hubby yang cuti ada kat rumah..En. hubby tak pandai sangat layan orang ni..mak tunggu sampai aku balik. Rasa happy plak bila family datang rumah kita. Aku bawa balik goreng pisang..hihi..minum petang kan..
Tapi nampak mereka macam kepenatan..aku offer makan nasi..mula2 abah tak nak..bila offer kat adik yang kuat makan tu..anytime la..ok jer.

So..dalam setengah jam..siap masak sardin + sayur timun tua masak lemak kuning(fevret adik aku) + lauk makan tengah hari tadi..sambal sotong dengan terung bakar..selere betul diorang makan....aku happy.
Licin..masak cincai pun jadi..abah kata bile lagi nak masak macam ni?..nanti abah datang lagi..hehe. Ini la pengubat jantung hati aku...susah senang aku..diorang tahu.Nak hidangkan kuih raya memang dah takde..hujung syawal macam ni...semua dah licin. Tapi ini la namanye rezki..simple tapi selere.

Tuesday, 3 September 2013

Ulang Tahun Ke-2

Salam 1Malaysia..
Hari ni genap 2 tahun perkahwinan aku dan hubby..3 September...tapi kalau ikut bulan islam..hari pernikahan kami bersamaan 3 Syawal...dah lepas pun. Semakin lama tempoh perkahwinan semakin tinggi cabarannye.
Lepas ni semakin ramai org akan tanya..biler nak ade anak..huh...letih kot nak menjawabnye.. sbb mmg x akan ade jawapan..Semua ni rahsia Allah. Walau ape pun..Alhamdulillah..rumahtangga kami masih lagi bertahan walau pelbagai ujian melanda. Semakin hari semakin matang menempuh alam perkahwinan..semoga perkahwinan kami terus kekal sampai ke Jannah...In sha Allah.

Walaupun hari ini hari Anniversary kami yang ke-2..nampaknye xde sebarang sambutan..sebab hubby pergi out station ke langkawi...huh..tak bestnye. Minggu ni terpaksa tinggal sorang2 kat rumah...sangat boring sebab xde kawan..kalau ade anak...sekurang-kurangnye ade gak peneman. Ok lah..nak citer sikit pasal minggu lepas..weekend hari tu balik rumah MIL...sempat gak aku share problem hubby ngan MIL..huh sgt sporting..tak sangka..walaupun aku xde kawan nak share problem aku..tapi dengan MIL aku boleh share..aku ade..kau ade?..hehe..cuma satu perkara dia nampak kurang bersetuju biler aku cakap nak ambil anak angkat..dia kata pasal aurat..Yup sangat betul aku stuju..tapi aku akan ambil ubat hormon untuk susukan..but tiba2 MIL cakap..jiran sebelah rumah dia pernah ambil ubat pun tak mau keluar..Uhh!..boleh jadi macam tu jugak ke?...Ya ALLah..aku mohon kasih sayang Mu..kurniakan aku zuriat dari keturunan ku.


Monday, 26 August 2013

SeLamAt HaRi RaYa

As'salam
Lamanya aku tak menulis kat blog ni..semapat lagi nak ucap selamat hari raya kat blog ni bertarikh 19 syawal..hihi...baru perasan bulan Julai langsung takde entri. Blog masih aku buka..tapi takde hati nak menulis.. Bermulanya puasa...balik keje awal...so lagi la malas nak meluangkan masa untuk benda2 ni..letih la konon. Kalau ikut pengiraan esok genap la 2 bulan tak menaip ape2 entri kat blog ni..hihi..nampak beno malas tahap gaban. Sebenarnye..aku takde ape2 nak bercerita..fikiran agak tertekan. Selalu sangat menangis..tapi pada siapa aku nak mengadu?. Selama tak menulis blog ni...aku lebih banyak mencari info pasal masalah en.hubby. Membaca..membaca..dan membaca..dah jenuh search macam benda dengan en. google. Clue macam dah dapat..tapi...aku masih percaya pada Kuasa Allah. Kalau aku baca dari sudut saintifik atau medical condition...memang takde harapan langsung untuk zuriat ni..sebab penyakit hubby ni berkait dengan genetic problem yang aku agak adelah Klinifelter Syndrom.

Huh..memang berat kalau kita nak kaji benda ni satu2..tapi sebab benda ni ade kaitan dengan aku..indirectly aku terpaksa baca sebanyak mungkin.. Kalau nak ikutkan statistik kat Malaysia ni..hanya 1% jer lelaki yang mengalami masalah ini...Aku banyak baca sintom2 lelaki yang berpenyakit macam ni..n most 80% en.hubby mengalaminye. But...aku xde kepastian 100% lagi sebab blood test tak buat lagi untuk confirm kan benda ni. Susah sangat nak share benda ni dengan orang lain..sebab pada aku..orang yang biasa2 takkan paham masalah aku...dengan hubby sendiri pun aku tak dapat share.

Masa mula..aku dapat info pasal masalah ni..aku ade forward link website tu kepada MIL...huh berani betul.! Aku nak mintak kepastian dengan dia..then bila aku jumpa dia..dia kata...symptom2 masa kecik tu xde kat anak dia...owh..ok...Setakat itu jer la yang mapu aku share dengan MIL. So..sampai la ke hari ini...aku tak ajak en.hubby g mane2 treament lagi. Sebab aku sebenarnye dah penat...pergi sana sini..keluar duit...tapi hubby tak bagi support 100% untuk usaha ni..setakat mampu menangis..menangis..menangis.

Setakat hari ini..kami berehat untuk ape2 treatment. Mybe..hujung tahun ni atau awal tahun depan..hubby akan apply untuk testicular byopsi.