Damar Laut Resort

Damar Laut Resort

Wednesday, 19 June 2013

IriDoLogY

Salam

Semalam masa boring2 xde wat kerja aku saja2 google pasal rawatan melalui mata yang hubby buat tu.. Rupanya baru aku tau..ade istilah dia iaitu..IRIDOLOGY...Ada jugak info yang mengatakan iridology ni adalah istilah bagi akupuntur mata..ntah betul ker tidak.. Kalau google pun tak banyak info sangat macam akupuntur or homeopathy..aku pun tak sure kenapa?...maybe cara rawatan ni tak ramai pengamal yang wujud kat Malaysia ni..aku pun baru jer tau..hehe. So aku nak share sikit info yang aku dapat dari website lain.

Mata yang Allah kurniakan bukan sahaja untuk melihat. Ianya juga merupakan gambaran tahap kesihatan seseorang. Apa-apa sahaja yang berlaku terhadap organ-organ dalam badan kita, ianya akan terakam dalam mata kita. Kelebihan dari rawatan ini ianya boleh menganalisis dan mengawasi tahap kesihatan seseorang itu.
Iridologi kini merupakan salah satu ilmu yang sedang berkembang dan mulai digunakan oleh pengamal perubatan tradisional dan homeopathy. 

Didalam iridologi terdapat carta iris yang menunjukkan lokasi organ-organ pada tubuh manusia. Teorinya menyatakan iris mata itu pada hakikatnya berhubungan dengan setiap organ dan tisu tubuh menerusi sistem saraf dan otak. Fiber saraf yang terdapat pada iris akan memberi tindakbalas terhadap sebarang perubahan yang berlaku didalam tubuh dengan cara memanifestasikan fisiologi refleks yang sejajar dengan lokasi dan perubahan tisu tertentu.Menerusi kanta pembesar dan sebuah lampu khas, seorang iridologis boleh melihat dan mentafsir atau menganalisa tahap kesihatan seseorang, juga menunjukkan dimana terdapat kekuatan dan kelemahan organ-organ dan tisu tubuh seseorang itu. 

 Iridology adalah diantara kaedah menganalisa kelemahan anggota badan.Fiber iris berhubung kait dengan gangguan kelemahan diseluruh anggota badan melalui sistem rangkaian saraf. SEORANG IRIDOLOGIST YANG BERPENGALAMAN boleh menganalisa dengan tepat tentang masalah fiber saraf mata

Apa itu Iridology?.. Satu kaedah sains dimana maklumat-maklumat keadaan kesihatan badan seseorang dapat diterbitkan dengan cara memerhatikan petanda-petanda unik dalam irisnya.
Satu ilmu mengenai iris mata yang merupakan satu gabungan raksasa penghujung-penghujung saraf(dianggarkan 28,000 saraf dalam seluruh anggota tubuh yang badan dimana ianya saling sambung-menyambung dengan organ-organ tubuh badan yang tertumpu pada iris.Dapat mengetahui tahap kesihatan organ-organ dalaman yang menyebabkan punca pelbagai penyakit. 

Apa kelebihan Iridology?... Iridologi adalah selamat,tiada sebarang sentuhan fizikal. Dapat mengenal pasti secara tepat dan jitu tentang bahagian tubuh yang bermasalah., Keadaan kesihatan dapat diketahui tanpa maklumat dari pesakit. Kaedah iridology mempunyai kebaikan tersendiri dan ia mampu mendedahkan hal-hal seperti berikut; Kelemahan dan kekuatan yang sedia ada pada tisu dan organ.Paras keasidan badan
Tahap toksid dalam tubuh dan menunjukkan tempat dimana ia terkumpul. Tahap mental dapat dikesan dengan melihat pada reaksi terhadap emosi,tekanan dan keletihan.Tahap keseluruhan tubuh-lemah,pertengahan dan baik (kesihatan secara umum).Punca masalah kesihatan dan kaitannya dengan organ tertentu.Keadaan anggota tubuh-akut (acute), sub-akut (sub-acute), kronik (chronic) atau merosot teruk (degenerative).

Sejarah Iridology...
Iridology mula-mula ditemui secara kebetulan pada awal tahun 1820 oleh seorang anak laki-laki
bernama Ignaz Von Peczelly berhampiran Budapest, Hungary.   Si Ignaz yang pada waktu itu berumur 11 tahun, berjuang melawan seekor burung hantu yang mengerikan dengan cengkaman kuku-kukunya yang tajam.   Tanpa sengaja, kaki burung hantu patah dalam perlawanan dengan si Ignaz.   Suatu saat, kedua-dua makhluk itu bertentang mata, dan si Ignaz melihat satu goresan hitam pada IRIS (selaput mata) si burung hantu.   Si Ignaz membalut kaki si burung hantu dan memeliharanya sampai sembuh dan jinak.   Walaupun kemudian sudah dilepaskannya, namun si burung hantu tetap saja tinggal di kebunnya sampai belasan tahun kemudian.   Kemudian suatu hari, Si Ignaz mengamati, tercalar hitam pada IRIS burung hantu tadi berubah jadi tercalar putih, petanda sudah sembuh barangkali fikirnya.   Disitulah dia mula berfikir lebih lanjut bahawa mungkin ada hubungan antara mata dan kaki burung hantu itu.Kemudian, Ignaz membesar menjadi seorang remaja dan masuk fakulti perubatan.   Setelah dewasa dan bekerja di rumah sakit sebagai seorang doktor, dia tetap mengingati keadaan mata (iris) si burung hantu itu dan berfikir mungkin pada diri manusia seperti itu juga.   Ertinya mungkin ada hubungan mata dengan bahagian tubuh lain.Maka setelah berada di rumah sakit, dia dapat peluang untuk melihat mata para pesakit, dari satu orang ke orang lain dan seterusnya.   Dari pengamatannya selama bertahun-tahun dapatlah ia suatu keyakinan bahawa setiap penyakit yang serupa / sama dari orang ke orang, selalu memberikan tanda pada daerah tertentu yang sama pula pada mata (iris) orang-orang berkenaan. Begitulah seterusnya, penyelidikan dan pembuktian kebenarannya berkembang maju dari satu orang kepada orang lain, dari seorang ahli bekas muridnya ke ahli yang lain dan seterusnya.
Kemudian muncul seorang Amerika, Dr Bernard Jensen yang pada waktu itu masih muda, tertarik dan masuk ke dalam lingkungan ini.   Kemudian melalui kajian-kajiannya tentang iridology ini secara sendiri atau dengan group, selama lebih daripada 50-tahun dari + tahun 1930, berjaya memudahkan penemuannya dengan membuat suatu diagram atau peta iridology (sebagai hasil pemeriksaan iris dari +350.000 orang), yang boleh digunakan dengan mudah dalam membuat analisa / pembacaan keadaan yang berlaku pada tubuh seseorang melalui irisnya dengan hasil yang sangat tepat. 

Penggunaan Iridology di Malaysia...
Di Malaysia, orang dalam kalangan tertentu mula mengenal iridology mungkin baru selepas tahun 90-an.   Iridology belum / tidak tersebar secara meluas pada masyarakat umum.   Padahal di negara maju, Iridology sudah dikenali sejak 150 tahun lebih.   Iridology merupakan satu rangkaian ilmu pengetahuan mengenai cara mengesan atau mendedahkan penyakit dan kelemahan badan lain yang sangat unik tetapi sangat mudah penerapannya.Cuma masalahnya, perlu masa untuk menarik kepercayaan masyarakat kerana sudah lumrah untuk tidak mempercayai hal-hal yang baru.Disamping itu, masyarakat beranggapan bahawa soal kesihatan seperti merupakan perkara yang suci. Banyak hal-hal yang belum terjamah yang sangat penting ertinya dalam pembinaan kesihatan dan rawatan pelbagai penyakit.   

Kat bawah ni contoh carta yang diguna pakai oleh Iridologist untuk menafsir penyakit/masalah badan manusia.

http://upload.wsapps.net/S1-20285457/rte/5164C_Iridology%20Chart%20-%20web.jpg

Monday, 17 June 2013

AkuPuNtuR

Salam

Aku nak citer pasal akupuntur yang aku pergi baru2 ni. Sabtu lepas aku tak keje..lepas zuhur aku ajak hubby g cari tempat akupuntur tu.. Hehe dengan "gamble"nye aku main redah jer pergi tambun..kononnya dah ade alamat yang aku google dah boleh tunjuk aku kat mana tempat dia..ehek 3 kali pusing tak jumpa jugak. Terpaksa mengalah..kena call no phone yang adik aku bagi tu. Bila aku call jer..kawan dia yang angkat..alamak..kantoi plak..cadangnya taknak bagitau dia..abis tu terpaksa jugak tanya direction tempat tu.

Hehe..kelakar pun ade..jauh nun ke dalam kebun herba..1.5km dari pekan tambun...jalan nak masuk tu muat2 untuk satu kete jer. Terpaksa masuk semak kalau berselisih dengan kereta lain. Sampai jer kat situ..macam blur...tempat tu macam terpencil sikit..tapi bila masuk halaman tempat tu...ade banyak kete la pulak. Tapi orangnye tak nampak pun. Bila kitaorang turun jer kereta...ada nyonya ni keluar tanya kami nak ape?...Haha..hemtam sajer la..nak buat akupuntur..

Baik betul nyonya tu...peramah plak tu...macam2 dia sembang..sepatutnya kena buat appointment.. Nasib menyebelahi kami time tu.. Doktor memang ade tapi, ada class. Hehe...tapi dengan baik hatinye..doktor tu suruh tunggu mase dia rehat nnt. Kami tunggu pun tak lama..dalam 20 minnit mcm tu jer. Doktor keluar class terus cek mata hubby...dia tak tanye pun ape penyakit hubby...dia tengok mata hitam hubby jer..dia dah diagnose ape problem hubby. Ok..cantik..terus doktor bagitau sperm count problem... yup..memang tepat pun.Actually doktor tu Chindian..Dr.K.Devi..but his wife pure chinese..umo dia maybe around 65 years old.Tapi doktor tu punya cakap melayu penang memang tip top...mula2 tengok dah macam melayu...cakap cina pun fasih...bila aku tanya wife dia baru tau.


Ok...dalam masa yang sama..ade sorang doktor medical dari hospital KL datang situ belajar akupuntur jugak....jeng2...wow!..terkejut gua...ingatkan...kita yang biasa2 jer percaya pada rawatan alternatif ni.. rupanya medical officer yang modern ni pun percaya gak. Then...biler explain kat doktor medical tu(Melayu) hubby azoospermia...yup...betul...sperm count is zero.

Dua orang doktor tu bawa hubby masuk bilik untuk cucuk jarum/akupuntur...ok..aku masih menunggu kat luar...tak lama lepas tu Dr. K Devi panggil aku suruh teman sembang ngan hubby. Hehe...masuk jer bilik tu...aku tengok dah terpacak 9 batang jarum kat badan hubby.. atas kepala 1..perut 3..kaki 4..tangan 1., ok perfect..hubby kata dr melayu tu yang cucuk..tiap2 cucuk tu baca Bismillah..syukur..ada keberkatan. Hubby kata sakit sikit...kaki rase kebas..dr. kata dont worry. Setengah jam kena cucuk.

Lepas tu doktor consult pulak..pasal problem hubby. Badan hubby sangat banyak toksin...so kena clearkan toksin tu dulu...baru boleh tuju tempat yang betul2 problem. So aku dah paham..kalau makan ape ubat pun tak guna selagi toksin2 tu tak di singkirkan..Disamping akupuntur tu..kena ambik ubat yang doktor cadangkan..dokor tu buat sendiri..tapi dah dibotolkan siap label skali. Satu jenis teh..dan 4 jenis pil..total amount...RM239..mmm...doktor K.Devi punye explanation memang aku puas hati. Tapi ubat tu kami tak amik lagi..lepas gaji nanti baru amik..pikir2..nak habiskan dulu homeopathy yang ade tu..lepas tu baru continue dengan yang doktor cadangkan tu. So...akan stop dengan yang lain2...mula dengan yang akan datang...dan yakin dengan izin Allah..boleh sembuh...rasanya tempat ni la yang aku paling yakin.

So far dah dua hari berlalu..hubby takde plak kata letih ke ape...nampak macam biase jer..kata adik aku dulu bile dia buat akupuntur..besoknye..mesti dia letih sgt2...tapi hubby tak nampak letih langsung. Lepas ni nak pergi lagi.


Wednesday, 12 June 2013

MaSiH MeNcari

Salam der,

Hari ni menunggu masa lagi 2 hari cik P menjelma. Sengal2 badan usah cakap la...sakit pinggang memang tak bleh blah. Kemalasan cukup bagus...kelaparan pun boleh tahan jugak..perut ni asyik berkeroncong jer.
Tapi tahan jer la..lunch nanti makan puas2. Sebenarnye takde idea sangat nak menulis..tapi letak tajuk macam tu sebab terpikir pasal rawatan terbaik untuk hubby.

Ya..Allah..Kau tunjukkan lah jalan yang terbaik untuk ku. Dalam sibuk2 bekerja pun hati tak pernah lupa untuk berdoa untuk zuriat kami suatu hari nanti. Pernah juga mak tanya aku tentang keadaan ini. "sanggup ke kamu lalui keadaan ini?"...jawapan aku.."ntah la mak..selagi dia mampu untuk kawal sikap baran dia,selagi itu aku mampu bertahan..in sha Allah"..mak senyum. Tapi dalam hati aku..sedihnye...Tuhan tak menguji hambanya kalau kita tak mampu lalui...

Aku masih mencari tempat akupuntur untuk en hubby kat kawasan Ipoh. Pusat rawatan yang bagi ubat herbal hari tu tak mau buat akupuntur..aku masih yakin akupuntur akan membantu hubby. Dalam diam aku teringat yang ade sorang kawan adik aku keje kat kedai akupuntur cina..jeng..jeng..so aku pun selidik la...kawan adik aku ni pun pandai gak wat akupuntur sikit2.  tapi sebenarnye dia keje sebagai tukang kebun kat taman herba tokeh tu...oooo...so aku dapat la dia punye..adress & no tel...tapi hati ni belum berani nak call sebab takut kawan adik aku yang angkat phone..hehe..kantoi plak.


Monday, 10 June 2013

TraDisiTiOnAl ChiNeSe MediCine

Salam blog..

Huh lamanye tak menaip blog ni...genap sebulan yang lepas aku menulis. Hari ni baru ade hati nak menulis semula..Actually takde specific topik yang nak di ceritakan.. Cuma nak kongsi sikit pasal Tradisional Chinese Medicine... Selepas jumpa dr syikin sebulan yang lepas macam2 maklumat yang aku search kat internet untuk azoospermia ni. Klau kat oversea banyak kes yang dapat sembuh dari sakit ni guna rawatan akupuntur dan chinese herb. So, lepas dapat info pasal ni..aku pun cari la tempat akupuntur yang berpengalaman dekat kawasan Ipoh...sebab mula2 plan nak pergi ker klinik dr. nik omar..tapi bila pikir2 balik...emmm..financial tak mengizinkan kalau nak berulang-alik dua kali sebulan. So, aku ade la jumpa website pusat rawatan cina kat ipoh..4 hari sebelum pergi aku dah call doktor tu citer sikit prob hubby. So, doktor kata ok..boleh jumpe dia on public holiday.

Alamak..on that day..wesak day...hihi..sampai depan klinik tutup plak. adoi la..nasib baik en hubby tak marah..dia call doktor. Then, doktor kata dtg balik pukul 2. Nasib baik dekat ngn umah mak. Mula-mula jumpa doktor, en.hubby kata nak buat akupuntur..bile doktor tanya balik apa problem?..terus tak jadi buat akupuntur...doktor consult en.hubby dulu. Lepas tu bagi 2 botol ubat herbal untuk seminggu..RM20 sebotol. doc kata ubat tu kuat..setengah orang tak tahan dengan ubat tu pans boleh jadi ulser mulut..dalam seminggu boleh nampak perubahan..doc kata badan hubby sejuk..jadi dia bagi ubat untuk panaskan badan..Then, doc suruh buat sperm count test lagi sekali untuk rekod dia kat makmal swasta. Semua skali bayaran termasuk ubat & sperm test tu RM170.

Hehehe...sekarang dah nak masuk 3 minggu tak continue check-up. Pagi semalam pergi makmal nak buat sperma test...pekerja makmal kata..Isnin-Jumaat jer ada buat. Huh..tak pasal2 kena datang lain kali plak. Hubby kena cuti lain. Ubat herba tu pun dah habis mungkin cuti sabtu ni pergi ambik ubat lagi.. Memang ade perubahan pun..badan dia pon makin bertenaga..air tut dia pun makin pekat.

Semalam, en.hubby pergi buat cermin mata baru..tukar yang lama dah teruk sgt. So..aku nak citer sikit la..power spec dia dah berkurang..huh terkejut beruk aku...jarang sgt dengar power spec orang boleh berkurang...jeles pun ade..aku ni makin bertambah ade la. Balik rumah lepas tu..mula la terpikir macam mana power dia boleh kurang?...sebab ubat cina tu ker..sebab ubat homeopati ker?..ini kesan positif..kena teruskan pengambilan tersebut...andaian jer tu. So..ubat homeopathy yang ade lagi tu kena teruskan jugak. Tapi aku letih skit sebab en.hubby malas suap ubat sendiri..semua aku yg kena sediakan.

Saturday, 11 May 2013

TrYinG To CoNceiVe (6)

Salam

Ini entry kedua untuk hari ni...aku cuba asingkan appointment pada 7/5/13. Hari Rabu tu..aku terpaksa lari dari tugas..semata2 untuk jumpa dr. shikin. Tak boleh nak cuti...tapi cover la skit untuk kluar ke Ipoh...nak buat macam mana I have no choice. Hari tu aku tak kluar lunch..xmakan pun sebab ingat nak balik awal.

Pukul 2.30 baru bertolak dari pejabat...en hubby dah tunggu awal dah. Sampai hospital pukul 3.20..terus pergi ke Klinik Pakar O@G. Nurse yg in-charge kt hospital pun ade kat situ.. Seorang india yang baik budi bahasanya. Sampai jer kami kat sana..dia dah tunggu.. Dalam ramai2 tu..dia dtg jumpa kami."nak jumpa dr shikin kan?"..tunggu sekejap..tadi dia tunggu u. agaknye dr. dah kluar solat. dalam 10 min kami masuk jumpa dr shikin.

Doktor cuma terangkan ape yang sepatutnye la.What is next step yang kena buat because of the result...
En. hubby di sarankan buat biopsy..yang mana operation kecil perlu dilakukan di testis untuk melihat samada terdapat sperma dalam kantungnya atau tidak Operation tersebut hanya dilakukan di KL dan Alor Star..memandangkan makmal dan tempat operation bersebelahan. Di Ipoh..tidak dilakukan. Doktor masih menyarankan kami mengambil anak angkat. Berkali2 doktor tanya kat aku..tak berminat ke untuk ambil anak angkat?..aku menggeleng. Tapi dari penerangan dr shikin..aku dapat mengagak...peratus sperm itu wujud sgt rendah. Sebab kata dr....fsh level en hubby yg terlalu tinggi ni tak pasti ade hasilkan sperm ke tidak. Yup..itu la yang bermain kat fikiran aku sekarang ni...en suami xde sperm. ade kah ia titik?..atau persoalan yang perlu jawapan.....adekah dengan homeopathy jer dapat membantu.?....terbaca pasal rawatan akupuntur yang membantu dalam mengurangkan fsh level..yang mana ia dapat membantu mengimbangi hormon dalam badan.

TryIng To CoNCieVe (5)

Salam,

Memandangkan hari ni sabtu aku bekerja dan seorang diri di ofis..mungkin sampai ke petang...huhu..ambil kesempatan skejap meluahkan perasaan. Nak sambung cerita pasal appointment doktor pada 3/5/13..jatuh pada hari jumaat...sebenarnye inferlity clinic memang setiap jumaat pun.

Appointment kali ni untuk tengok result yang terbaru...selepas 1st result en hubby azoospermia hari tu..doktor suruh buat lagi sekali test termasuk fsh/lh. Hari tu tak korban kan cuti dah..niat mintak mc jer ngan doktor. Appointment macam biase pukul 9. Hehe..tapi kul 9 tu baru nak kluar rumah..sampai hospital kul 9.30..tunggu punya tunggu pkul 10.30 pun tak panggil masuk lagi..adoi lamenye...kami pergi makan kat cafe hospital dlu..baru kul 11.00..Orang yang datang sebelum kami pun belum panggil lagi...mmm alamat lama la jawabnye. Pkul 12.00 nama aku dipanggil masuk bilik 2. Dalam hati sangat nervous..ape la result yang bakal aku dapat..Kali ni x dapat consult dengan doktor Norashikin...Kena dengan dr. Rama..bukan specialist agaknye. Sebab aku dengar nurse cakap hari ni semua doktor pakar xde. Ala...xbestnye. Jumpe dr. Rama..dia baca jer pasal sejarah lepas..adoi la dr. kenapa xstudi awal2. Baca la awal2 sebelum jumpa kami.. Tengok2 result test xde dalam fail...mmm masalah lagi. Tunggu staffnurse cari fail...dapat result SA...result masih Azoospermia... Dalam kesibukan nurse2 nak cari result darah..diorang sempat tanye..test darah hari tu sape yang ambik..suami atau isteri. Aku cakap suami...diorang dengan lagaknye kata kami ni macam pandai2 jer..sebab dua2 test suami yg buat. sepatutnye fsh/lh tu untuk perempuan. OMG...sakitnye hati..diorang kononnye lagi pandai dari kami. 15 minit depan doktor result tak jumpe. Lepas tu suruh kami tunggu kat luar sbb nurse tgh cari result.

Kami pun tunggu kat luar...en hubby dah merunggut sakan..tak nak dtg dah...luluh hati ni.Jam 12.45 baru dipanggil balik..ade la secebis note handwriting kat tangan dr.Rama. Fsh: 32.7 Lh:27 dan testoteron 3.2..
Tau ape doktor cakap?...I dah call dr.shikin hormon kamu terlalu tinggi..kemungkinan besar kamu kena buat biyopsy..untuk melihat samada kamu ade sperma ke tak. Ok..dr shikin suruh jumpe dia pada hari selasa minggu depan...pkul 3 petang...huhu..Kalau setakat menyampaikan ape yg dr shikin cakap...baik suruh dr. shikin call aku jer.

Thursday, 2 May 2013

HoMeoPatHy

As-salam,

Hari ni keje...gerak dari Ipoh..pkul 7.15 kluar rumah...tepat kul 8.00 sampai ofis. Hehe..hubby hantar. Laju nak mampus kat highway tadi...pagi lagi dah plan nak wat kerja ape hari ni..so far banyak dah setel..ade sikit2 jer lg nak setel.. jadi sambil2 rehat jap..rase nak menulis sikit..

Berbalik kepada tajuk..hehe..Homeopathy..semalam 1 May...cuti Labour Day...seperti yang di janjikan..kami pergi Klinik Homeopathy Kg. Gajah...mula2 plan nak pergi pagi...tapi en hubby ni tak larat la plak nak bangun awal pagi..mmm awal pagi la sangat...pkul 11.30 pagiiiiii...baru bangun...lepas bangun baru nak breakfast...nak mandi la..nak siap la...tunggu itu ini...kul 12.20 baru nak gerak...aish..macam2 hubby ni...dah nak gerak kuar baru la dia bagitau nak tido rumah mak..sebab tu pagi tadi gerak dari rumah mak...sebab cucu kesayangan opah ade balik.

Pukul 12.20 gerak dari Tapah ke Kg. Gajah...perjalanan lebih kurang sejam..menyeronokkan..sebab kami ikut jalan kampung...very excited...lalu sawah padi lagi...dah lame tak jalan-jalan kat tempat macam tu.
Sampai jer kat pekan Kg. Gajah kami pun isi minyak...masa tu la amik kesempatan nak tanya org kat mana Arked Mara...hehe..dekat jer...sebelah pasar. Pusing2 kat situ..dah jumpa..tapi alamak...klinik tutup..doktor kluar rehat...kul 3 baru masuk. Huhu..sabar ini ujian Allah..dari 1.30 nak tunggu pkul 3 ptg..mak ai! lamanye..dekat 2 jam. Tapi rasenye kejap jer..sebab kami berdua..sempat pergi lunch keli ikan keli bakar kat medan selera...sungguh menyelerakan..cari masjid solat jap(Alhamdulillah)..pastu pergi bank cucuk duit...semua setel dah pukul 2.45..ok lagi 15 minit jer...tunggu dalam kete.

Tepat kul 3..kami dah masuk klinik..mmmm..ingatkan doktor..rupanye asisstant dia...lebih kurang pkul 3.30 baru doktor datang..tapi kami masih menunggu..sebab turn kami yang kedua..sementara menunggu tu ade org dtg lagi..en hubby malu org dengar problem dia..sebab doktor consult secara terbuka..xde bilik..siapa yg menunggu boleh dengar. Dengan baik hatinya..dia suruh org yg dtg kemudian tadi pergi dulu. Lame la jugak terus menunggu..kul 4 baru giliran kami. Lepas kami pun ade yg menunggu dah. Tapi en hubby akur..xmampu nak tunggu lg. Jumpa doktor.
Doktor: sape yang ade masalah?
Hubby: saya..
Doktor: ape masalahnye?
Hubby:Azoospermia
Doktor:Dah brape lama kawin?
hubby: setahun setengah...
Doktor:mmm..air ade..tapi isi xde..kosong

Doktor terus ambik buku kat sebelah dia..."saya kena tengok buku balik sebab jarang ade kes ni"....doktor pun menyelak buku homeopathy..aku nampak tajuk muka surat tu..infertility...rupanye dia cari ubat yang sesuai untuk masalah ini.Hubby pun cakap dia ade diabetic..doktor suruh ambik daun ceri rendam dalam air teh setiap hari..lepas tu minum minyak zaiton 1 sudu teh..setiap hari... doktor bagi ubat diabetis 2 botol dan ubat untuk sperm 2 botol..serta 6 botol ubat biji.1.2.3.4.5.6..selesai en hubby.

Aku pun kena makan ubat jugak..doktor kata rahim aku tak kuat..walau pun aku dikatakan normal xde ape2 masalah...6 botol ubat biji..2 botol ubat titis..untuk hormon...

Doktor pesan supaya berisgtifar dan banyak bersedekah...Insyaallah..rezki tu ada.
Total bayaran semua RM120..Alhamdulillah..bekal untuk sebulan..

Nak citer la sikit...org yang ketiga yang dtg tu pun dtg untuk usaha dapat zuriat....tapi istri je yang datang..somi dia tak dtg. doktor suruh dia telefon jer..doktor cakap ngan husban dia. Lepas tu doktor bagi ubat untuk rahim istri terbalik dan sperm husban yang sikit..pompuan tu datang dengan kawan dia..yang mengadung 4 bulan..pompuan tu mintak ubat untuk alahan pregnant..hehe..rupanya..pompuan tu pun sebelum ni datang situ untuk berubat lepas setahun setengah x pregnant..happy plak dengar gud news macam tu....dengan harapan suatu hari nanti aku juga mampu menikmati perkara yang sama.